Kawan-kawan

Resepi Makanan Bayi

Fruit Puree
Bahan-bahan:
1.Epal/Pear
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Veggie Puree
Bahan-bahan:
1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang
2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak
Cara Penyediaan:
Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya.

Chicken / Meet Puree
1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil)
2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri
Cara Penyediaan:
Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan.

Stok untuk dibekukan di simpan sepertimana penyimpanan EBM. Labelkan setiap bekas. Puree ada yang boleh tahan 3 bulan dan ada yang sehingga 6 bulan. Selamat mencuba!

Petikan dari http://precious-journal.blogspot.com .Petikan ini telah diubahsuai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails