Kawan-kawan

Diabetes Melitus Semasa Hamil

Apakah Diabetes Melitus?
Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?

Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Mellitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (diabetes melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap

Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.

Adakah GDM kerap berlaku?
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.

Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
-Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
-Wanita berumur (>35 tahun).
-Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
-Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
-Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
-Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

Bagaimana penyakit ini dikesan?
Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.

Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri.

Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan.

Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).

Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.

Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

Bagaimana rawatan terhadap GDM?
Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

Mengapa diet yang khusus disyorkan?
Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.

Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
- Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim,
- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.

Perlukah melakukan senaman?
Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa,
mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal.

Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah. Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj.

The American College of Obstetricians & Gynecologists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi. Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.

Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?
Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

Adakah anda perlu mengambil insulin?
Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes.

Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.

Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?
Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Penjagaan ubat-ubatan dan jarum
Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?
Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur,berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?
Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar caracara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.

Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?
Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin. Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya.

Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran

Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?
Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin.

Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor. Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalam air kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.

Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?
Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.

Petikan dari http://www.edaransalindah.com

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil


Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung.

Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia.

Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supaya keperluan antara 250 sehingga 300 kalori setiap hari dipenuhi. Istilah "makan untuk dua orang" tidak sesuai untuk diikuti.

Pertambahan berat badan sebenarnya bergantung kepada keadaan anda sebelum mengandung: Pertambahan berat badan yang disyorkan ialah:
*Berat badan normal (BMI antara 20 sehingga 23): 11kg sehingga 16kg,
*Berat badan tinggi / gemuk (BMI melebihi 23): 7kg sehingga 11kg,
*Berat badan rendah /kurus (BMI kurang daripada 20): 12kg sehingga 18kg,
*Sekiranya mengandungkan kembar: 15kg sehingga 20kg.

Secara kasarnya, pertambahan berat badan setiap bulan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut trimester:

Trimester Pertama (Bulan 1 - 3) 1 hingga 2 kg sebulan,Kedua (Bulan 4 - 6) 0.5kg seminggu, Ketiga (Bulan 7 - 9) kurang 1kg sebulan.

Petikan dari http://www.salindah.com

Doa Amalan Ketika Mengandung

Doa amalan selepas Solat Lima Waktu:

Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Tekanan Darah Rendah / Hipotensis

Pagi tadi saya ke klinik kerana sejak dari semalam saya mengalami pening kepala dan kebelakangan ini saya mengalami cirit birit, najis berwarna hijau dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan pengalaman, semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah tekanan darah. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah cukup 24 minggu..terasa sekejap sahaja masa berlalu..perasaan takut bersalin makin lama makin menebal terbuku di dada...takut!!..hehe. Disebabkan hipotensis, saya ditahan sekejap di klinik untuk dimasukkan air satu botol.

Walaupun hari ini saya tidak sihat, tetapi saya perlu kuatkan semangat...semangat untuk balik kampung! Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman..cuti untuk satu minggu lebih. Tak sabar rasanya bercuti, menyambut aidiladha dan berkongsi kegembiraan dengan adik yang baru melangsungkan perkahwinan.

Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah.

Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubati Tekanan darah rendah (hipotensi) biasanya akan diambil perhatian apabila sudah menimbulkan gejala atau gangguan kepada pengidapnya. Contohnya, pesakit merasa pitam lalu jatuh, atau boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Berlawanan dengan hipertensi (tekanan darah tinggi), hipotensi merupakan keadaan dimana tekanan darah yang tidak normal kerana tekanan yang terlalu rendah. Walaupun kedua-duanya tidak normal, namun ia biasanya tidak diberi perhatian berbanding hipertensi.

Jauh lebih mudah menurunkan tekanan darah tinggi kerana ubatnya mudah diperolehi. Sementara untuk menaikkan tekanan darah rendah lebih sukar dan hampir tiada ubatnya.

Walaupun demikian, tekanan darah rendah tidak pernah sampai membahayakan atau menyebabkab gangguan kesihatan yg kronik. Oleh kerana itulah hipotensi tidak menyebabkan org ramai merasa bimbang mengenainya, malah ia biasanya tidak dipedulikan.

Tekanan Darah Yang Normal
Seseorang dikatakan bertekanan darah rendah apabila tekanan darah kurang dari 90/60 mmHg. Menurut Badan Kesihatan Dunia WHO yang penting ia tidak boleh rendah dari 50mmHg. Jika sekiranya ini terjadi, aliran darah koroner jantung akan berkurang dan berisiko menyebabkan serangan jantung.

Kerana arteri koroner yang terletak di celah2 otot jantung ia akan mengembang dan bekerja waktu semasa fasa diastolei, jika aliran darahnya berkurang boleh menyebabkan serangan jantung.

Ramai dikalangan pesakit mengalami tekanan darah rendah pada hampir sepanjang hidupnya. Namun kerana tidak menunjukan sebarang tanda, maka ia dianggap normal oleh kebanyakan kita. Sementara bagi sesetgh org, turunya tekanan darah memerlukan pengambilan ubat. Hipotesis di anggap sebagai gangguan kesihatan hanya apabila menyebabkan gejala pening, pitam atau pengsan.

Tekanan darah kita berubah-ubah sepanjang hari. Menurun ketika kita tidur dan naik saat kita bangun. Ia boleh meningkat ketika kita sedang cemas, aktif, atau merasa sangat gembira.

Sebenarnya tubuh kita sangat sensitif terhadap perubahan tekanan darah tersebut. Sel-sel khusus di dalam arteri yang disebut baroretor, dapat merasakan ketika tekanan darah kita mulai naik mahupun turun. Apabila sel ini merasakan tekanan darah sedang naik atau turun ia akan mengeluarkan tanda yang membuat seluruh tubuh bertindakbalas dan membawa darah kembali kepada keadaan normal.Contohnya jika anda berdiri secara tiba2semasa sedang duduk, bororestor akan merasakan tekanan darah anda turun ia naik semula dan akan segera bertindak balas meyakinkan darah boleh mengalir ke otak, ginjal dan organ2 penting yang lain.

Barorestor menyebabkan jantung berdegup lebih cepat dan kuat. Kajian menunjukkan ubat untuk tekanan darah rendah tidak sebanyak ubat hipertensis. Jadi untuk mengatasinya ia memerlukan pemilihan makanan yang sesuai seperti daging, durian atau menambah sedikit pengambilan garam. Sebaliknya elakkan pengambilan makanan seperti bawang putih, daun bawang, kangkung, labu siam, timun, lobak dan makanan yang boleh menurunkan hipertensi. Untuk aktiviti senaman, anda boleh melakukan senaman aerobik atau senaman ringan. Bagi mereka yang masih muda boleh memilih jenis high impact, sedangkan bagi warga emas lebih baik memilih low impact (hentakan ringan) Boleh juga dengan meluruskan ke2 tangan ke depan, lalu kedua tapak tangan digengam dan dibuka berulang kali. Atau melakukan gerakan membongkok dan berdiri secara berulang-ulang untuk membiasakan jantung. Jika sedang melakukan sebarang aktiviti dan secara tiba2 merasa pening atau pitam, berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut, cuba duduk atau baring. Kaki perlu diletakkan lebih tinggi daripada jantung supaya darah mengalir ke tubuh bahagian atas dan mata dijaga tetap terbuka untuk mencegah dari pengsan.

Boleh juga dilakukan urutan perlahan2 dari arah kaki ke betis, ke paha, ke perut dans eterusnya sebagai tindakan awal agar darah mengalir ke kepala, badan lemah, terasa mau pengsan.

Tips Untuk Tekanan Darah Rendah
Asimtomatik kronik ia boleh dikatakan sebagai keadaan normal pada org yang berkaitan. Biasanya tidak berlaku sebarang gejala dan tidak perlu rawatan

Neurally Mediated Hypotension (NMH) Kerana berdiri terlalu lama, anda mungkin merasa pening, merasa hampir pengsan atau sakit perut. Juga boleh terjadi kerana seorang menghadapi keadaan yang menakutkan, menyebalkan atau tidak selesa. Ia biasanya dialami kanak2 remaja

Hipotensi Berat Menyebabkan otak, ginjal dan organ utama lain tidak cukup mendapat darah sehingga tidak boleh berfungsi secara optimum. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor secara segera. Infeksi, luka terbakar yang parah, berlaku alergi atau alahan.

Jauhi penyebabnya Perkara2 yang boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah rendah adalah

Dehidrasi kerana kurang minum air, demam, diare, muntah dan lain2

Pengambilan ubat tekanan darah tinggi, ubat jantung, antidepresi, ubat disfungsi ereksi atau ubat untuk parkinson Penggunaan diuretik secara berlebihan

Mengalami anemia, infeksi berat, gangguan jantung, gangguan sistem saraf pusat, gangguan endokrin (termasuk hipotiroid, diabetes dan kadar gula rendah dalam darah)

Terlalu lama berada di bawah sinaran matahari atau suhu panas, kehamilan, terlalu lama berbaring kerana dakit, usia semakin tua.

Hidup dengan Hipotensi
Ramai kalangan orang yang mengalami tekanan darah rendah boleh menjalani kehidupan yang normal dan sihat. Jika anda mengalami hipotensi perlu melakukan perkara2 berikut :

;D Bangun dari duduk dan baring perlahan2
;D Jgn berdiri terlalu lama
;D Jgn terlalu lama berada di bawah sinaran matahari
;D Diet rendah karbohidrat
;D Banyak minum air Hindari daripada pengambilan alkohol

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan....

Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium.

Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan.

Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang ditetapkan oleh WHO iaitu 400 ug/L. Ujian yang dilakukan ke atas sperma lelaki-lelaki ini mendapati sperma mereka berkualiti rendah, bilangan yang kecil, kurangnya pergerakan dan struktur yang tidak normal. Kadmium juga menunjukkan kesan yang sama dalam kajian di atas.

Terdapat banyak kajian menunjukkan bahaya pendedahan raksa kepada kesihatan umum. Pada tahun 1950an, pencemaran raksa organik telah berlaku di Teluk Minamata, Jepun. Ikan-ikan yang tercemar ini telah dimakan oleh wanita-wanita mengandung. Kebanyakan bayi-bayi yang dilahirkan oleh wanita-wanita ini mengalami kerosakan saraf yang teruk dan digelar Penyakit Fetal Minamata.

Raksa juga dilepaskan secara semulajadi ke alam sekitar melalui kerak bumi dan lautan. Hampir semua ikan yang dimakan manusia mengandungi bahan tersebut. Kajian dari Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA), ikan marlin, layaran dan jerung mempunyai kadar raksa 5 hingga 7 kali ganda lebih tinggi daripada ikan tuna dalam tin dan 2 hingga 4 kali ganda lebih tinggi daripada tuna segar.

Oleh yang demikian dinasihatkan agar wanita mengandung, ibu yang menyusukan anak dan mereka yang merancang untuk mendapatkan anak seharusnya menghadkan pengambilan ikan tuna kerana raksa dalam ikan itu boleh mengakibatkan masalah kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Sumber : Ketidaksuburan dan kecacatan bayi: Logam Berat, PenawaRacun Mac'03, Pusat Racun Negara, USM

Nota : Jika mahu makan sandwich tuna, gunakan LIGHT TUNA.

Pisang Lenyek

Pisang sesuai dijadikan makanan pertama bayi anda. Kebanyakan bayi menyukai pisang kerana rasa lemak manisnya.

Bahan-bahan
• 1 biji pisang
• Susu ibu/ susu formula

Lenyek pisang dengan garfu. Tambah susu sehingga sesuai dengan kepekatan yang anda mahu. Susu ibu akan sedikit berair. Anda juga boleh memekatkannya dengan menambah bijirin bayi.

Penjagaan Gigi dan Gusi Anak Anda

Penjagaan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral
Baru lahir hingga 24 bulan

*Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
*Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
*Mengatur tabiat makan anak anda.
*Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.
*Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
*Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
*Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
*Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun
*Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
*Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
*Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun
*Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purat a umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
*Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
*Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
*Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur
*Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
*Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.

Petikan dari Penjagaan Gigi dan Gusi, infosihat.gov.my

Pemakanan Bayi

Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak?
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna.

Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan?
6 bulan.

Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan?
Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan.

Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari.

Makanan jenis apakah yang boleh diberi
Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan dibasuh untuk menentukan kebersihan. Apabila bayi telah biasa mengunyah, selalunya dalam linkungan umur 6-7 bulan, makanan yang sempurna perlu diberikan.

Makanan yang sempurna mengandungi :
1. Makanan asas seperti bijirin/bubur nasi
2. Bahan makanan protein seperti ikan, telur ayam, daging, kacang-kacang
3. Makanan berkhasiat vitamin seperti sayur-sayuran dan/atau buah-buahan

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.

Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD):
* Keluarga yang pernah mengalami NTD
* Pernah hamil anak yang mengalami NTD
* Mengambil ubat sawan
* Kencing manis

Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.

Petikan dari http://portal.alamhamil.com

Muntah Susu

Apa itu muntah susu?
Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?
Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Gejala dan simtom
* Keluar secara 'effortless'
* Muntah terjadi sebaik minum susu
* Muntah selepas sendawa
* Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu
* Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu
* Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.
* Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu
* Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa
* Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur
* Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur
* Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.
* Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.
* Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
o Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
o Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
o Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?
Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

Tip untuk menyusukan bayi
* Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
* Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
* Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
* Pakaikan lampin dengan lebih longgar
* Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Petikan dari http://portal.alamhamil.com

Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

* Menghadiri kelas antenatal
* Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
* Tonton video kelahiran
* Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

Petikan dari http://portal.alamhamil.com

Tanda-tanda Keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

* Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
* Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
* Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:
* Usia terutama 35 tahun keatas
* Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
* Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
* Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
* Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
* Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
* Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
* Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
* Pernah hamil dengan anak cacat
* Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
* Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
* Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
* Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
* Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
* Gigitan ular
* Meminum cafin secara berlebihan
* Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
* Terdedah kepada Komputer monitor
* Hubungan seks
* Senaman

Petikan dari http://portal.alamhamil.com

Risiko Ketidaksuburan

Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan?
Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma doktor yang boleh menentukan punca ketidaksuburan anda.

Penyelidikan telah menunujukkan satu dari sepuluh pasangan akan menghadapi masalah untuk hamil. Sekiranya anda salah satu daripadanya jangan risau kerana peluang untuk anda hamil masih ada. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan anda.
Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemandulan?

Sekiranya anda ada mempunyai masalah berikut, beritahulah doktor anda dan jangan membuang masa untuk menunggu selama setahun.

Perempuan
* Endometriosis
* Uterine fibroid
* Jangkitan kuman pada sistem peranakan
* Fallopian yang tersumbat disebabkan jangkitan kuman atau pembedahan
* Jangkitan kuman yang berjangkit melalui hubungan seks (STD)
* Sakit semasa haid
* Haid yang terlalu banyak
* Sakit semasa seks
* Keluar susu dari payu dara
* Tiada haid berbulan bulan
* Terdapat bulu yang berlebihan pada muka dan tubuh
* Pembedahan pelvis atau perut
* Kencing manis canser atau sakit tiroid
* Merokok
* Sekiranya anda terlalu kurus atau terlalu gemuk

Lelaki
* Pernah menghidap penyakit mumps
* Kencing manis
* Penyakit testis
* Memakan ubat darah tinggi atau steroids
* Suka Hot tub or sauna secara tetap

Apa yang patut saya buat sekiranya saya rasa saya mungkin menghadapi masalah?
Berjumpalah dengan pakar sakit puan dan jangan takut untuk memberitahu sebarang sejarah perubatan yang mungkin boleh dikaitkan dengan masaalah ketidak suburan anda.

Petikan dari http://portal.alamhamil.com

Uri Lekat (Retained Placenta)

Saya tidak pernah mengalami masalah ini, tetapi saya mendapat tahu mengenainya dari suami saya yang menceritakan isteri kepada rakan sekerjanya terpaksa buang rahim kerana mengalami uri lekat dan menyebabkan dia tidak dapat mengandung lagi.
"Saya sedang hamil anak kedua..baru 18 minggu.Sewaktu bersalin anak kedua 23 Mac 2008 lepas, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, selepas itu saya menghadapi kesukaran dan ujian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran saya..uri saya tidak dapat dikeluarkan dengan normal..uri saya telah melekat. 2 doktor telah berusaha mengeluarkan uri tersebut dan alhamdulillah berjaya. Namun, selepas itu pula saya mengalami tekanan darah yang tinggi. hampir 8 jam saya berada di labour room..sekarang nie, bila saya mengenangkan kejadian lepas, saya takut."

"Saya ada bertanya doktor ada kemungkinan tak lekat uri lagi untuk anak kedua ni, doktor pun tak dapat nak pastikan. Saya masih ingat doktor pelatih pegang tali pusat yang dipotong tu maacm gaya orang masukkan gear 1,2,3,4,5 dan reverse untuk cubaan keluarkan uri...sampai dia kepenatan...saya pula masa tu tidak rasa ngeri pula sebab sebelum ni tidak pernah ambil tahu pun tentang ini, bila dah siap semua barulah tahu akibat lekat uri ini boleh bleeding dan bawa maut."

"Uri lekat atau 'retained placenta' berlaku apabila selepas proses untuk mengeluarkan placenta(uri) secara 'control cord traction' (CCT) gagal dilakukan, dan samada tali pusat terputus semasa proses CCT atau placenta terkoyak dan sebahagian tertinggal di dalam rahim. Salah satu sebab keadaan uri lekat berlaku antaranya kerana rahim gagal mengecut dan kekurangan kalsium dalam badan. Selalunya jika kita pernah mengalami uri lekat, doktor akan merekodkan ianya sebagai 'bad obstetrical hystory'dengan ink merah.Maknanya kemungkinan untuk kejadian ini untukberulang itu ada. Dalam kes uri lekat, doktor terpaksa mengeluarkan uri dengan menggunakan tangan samada dibawah kesedaran pesakit ataupun tidak. Sesetengah hospital mereka akan berikan pesakit bius sebelum melakukan prosedur tersebut."

What is retained placenta?
Retained placenta means that all or part of the placenta or membranes are left behind in the uterus (womb) during the third stage of labour. The third stage is when you deliver the placenta and membranes. You'll be treated for a retained placenta if the third stage takes longer than usual or if there are signs that any of the placenta or membrane is still attached to the uterus.

A natural third stage, which involves you actively delivering the placenta by pushing it out, normally takes about 10 to 20 minutes but it can take up to an hour (NCCWCH 2007: 178). The third stage can be speeded up with an injection in your thigh, given just as your baby is being born. This is known as a managed third stage and usually takes about 5 to 10 minutes (Dombrowski et al 1995; Magann et al 2005). Managing the third stage reduces the risk of you experiencing heavy bleeding (NCCWCH 2007: 178).

You'll be treated for retained placenta if you have not completely delivered the placenta:
• within one hour of your baby's birth, if you have a natural third stage - this happens in about 13 per cent of cases (NCCWCH 2008: 246)
• within 30 minutes of your baby's birth, if you have a managed third stage (NCCWCH 2008: 246) - this happens in less than 5 per cent of cases (Prendiville et al 2000)
Why and how does a retained placenta happen?

There are three main causes of retained placenta:
• uterine atony - this means that the uterus stops contracting or doesn't contract enough for the placenta to separate from the wall of the uterus
• trapped placenta - the placenta comes away from the uterus successfully but becomes trapped behind a closed cervix
• placenta accreta - an area of the placenta remains attached because it is deeply embedded into the uterus wall
(Weeks 2008)

A trapped placenta can happen during a managed third stage if the cord snaps during "controlled cord traction". Your midwife gives you an injection and then waits for signs that the placenta has separated. Controlled cord traction is when she puts one hand on your tummy to keep your uterus steady whilst pulling gently on the cord with her other hand.

If the placenta has separated and is ready to come out, it will slide easily through the vagina. If it has not completely separated, if the cord is very thin or if your midwife pulls too hard, the cord may snap, leaving the placenta inside the uterus. If this happens you can usually help to deliver the placenta by pushing with a contraction when the midwife tells you to, but occasionally the cervix will have closed too much to let the placenta out.

Retained placenta may be due to a small piece of placenta, connected to the main part of the placenta by a blood vessel, being left behind in the uterus. This is called a succenturiate lobe. The midwife will examine the placenta and membranes carefully after delivery to ensure that they are complete. If she notices a vessel leading to nowhere, this should alert her to the possibility of part of the placenta being retained.

Sometimes a part of the placenta may adhere to a fibroid, or a scar from a previous caesarean section (Lindsay 2004: 995).

Sometimes a full bladder will prevent the placenta from being delivered, so your midwife may insert a catheter to drain your bladder Lindsay 2004: 995.
What are the problems associated with retained placenta?

Normally after the placenta is delivered, your uterus contracts down to close off all the blood vessels inside the uterus. If the placenta only partially separates, the uterus cannot contract properly, so the blood vessels inside will continue to bleed.

If the third stage is managed and delivery of the placenta takes longer than 30 minutes after the birth of your baby, your risk of heavy bleeding increases substantially (Magann et al 2005). Heavy bleeding in the first 24 hours after birth is known as primary postpartum haemorrhage (PPH).

If small fragments of placenta or membrane are retained and are not detected immediately, this may cause heavy bleeding and infection later on. This is known as secondary PPH and happens in just under 1 per cent of births (Hoveyda and MacKenzie 2001).

How is it treated?
If the third stage is taking a while, you could try breastfeeding your baby or rubbing your nipples, as this can cause the uterus to contract and may help to expel the placenta (Prendeville et al 2000). If you're sitting or lying down, try changing to a more upright position so that gravity can help (Harris 2004: 512; Prendeville et al 2000).

If you choose a managed third stage, you'll be given an injection of an oxytoxic drug to make your uterus contract and your midwife will use controlled cord traction to gently pull the uterus out.

If the placenta still can't be removed, it may need to be removed manually. You'll be given a regional anaesthetic such as a spinal or epidural, or you can ask for a general anaesthetic if you prefer.(NCCWCH 2007: 248).

Before the placenta is removed manually your midwife will insert a catheter in to empty your bladder and you'll be given intravenous (IV) antibiotics to prevent infection (Lindsay 2004: 996). After manual extraction, you may need more drugs which are given intravenously to help the uterus contract down (Lindsay 2004: 995-6).

If you have prolonged heavy bleeding in the days or weeks following the birth, you may be referred for an ultrasound scan to see if there are any fragments of placenta or membrane in your uterus. If so, you will be admitted to hospital for removal under anaesthetic - a procedure known as evacuation of retained products of conception (ERPOC), and treated with antibiotics.

I had a retained placenta with my first labour. Can I do anything to stop it happening again?
If you have already had a retained placenta in a previous birth, you have a higher risk of it happening again (Tandberg et al 1999: 33-6). There is not much you can do to prevent it happening again if it was due to the placenta adhering to an old caesarean scar, or placenta accreta.

Retained placenta is more common in premature births than those born full term, probably because the placenta was designed to stay put for 40 weeks, so if you have another premature labour, it may happen again (Dombrowski et al 1995).

However, if the retained placenta happened because the cord snapped or the cervix closed too quickly after having the oxytocic injection, you may wish to discuss with your midwife whether or not to have a natural third stage with your next baby. By allowing the placenta to deliver naturally, you avoid the possibility of the cervix closing too quickly and trapping the placenta.

Petikan dari http://www.babycenter.ca/

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

Kepada Ibu
1. Pendarahan yang teruk @ banyak yang boleh menyebabkan renjatan dan kematian ibu.
2. Kelahiran yang tersekat @ tersangkut.
3. Berlaku koyakan yang teruk di sela paha dan pintu rahim @ kemaluan.
4. Jangkitan akibat penggunaan peralatan yang tidak basmi kuman.
5. Peranakan @ rahim boleh pecah (reptre uterus)
6. Lekat Uri.
7. Masalah kesihatan kepada ibu sepert :Sawan jika ibu mengalami tekanan darah, tinggi,kegagalan jantung ibu.

Kepada Bayi
1. Lemas tertelan air mentuban.
2. Kecederaan di bahagian otak yang boleh menyebabkan terencat akal.
3. Bayi bersaiz besar boleh tersangkut ketika dilahirkan dan mengalami kecederaan di anggota lain.
4. Kesejukan (hipotermia).
5. Kematian bayi.
6. Jangkitan kuman seperti tetanus neonatorum disebabkan penggunaan peralatan yang tidak suci hama untuk memotong tali pusat.

Tanda Tanda Lelaki Subur

Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.

2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.

3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.

4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

Pengaliran Sperma Yang Mantap:

Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.

Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.

Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.

Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.

Air mani cair tidak bermakna tiada benih:

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.

Petikan dari Mingguan Wanita 13-19 April 2007

Tip Membersihkan Botol Susu Bayi

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali.

Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu terendam. Bila air sudah mendidih, masukan botol-botol susu yang ingin disterilkan. Rebus selama 2-5 minit. Matikan api dan angkat semua botol. Selesai!. Selamat mencuba.

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

Pernahkah anda terpikir bahawa Botol Susu boleh bahayakan kesihatan bayi anda? Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat/berbahaya adalah bertanda 3,6 dan 7. Hal ini adalah kerana bahan pembuatan plastik tersebut dapat menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Apa itu D&C?

Mengapa perlu D&C
D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud:

Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser
pada dinding rahim.

Apakah tujuan kita melakukan D & C
Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah.

1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pintu rahim dan untuk membersihkan rahim daripada lemak-lemak yang mungkin mencegah daripada pencatuman benih dan pertumbuhan embryo pada dinding rahim.

Ia mungkin juga boleh membuka kesumbatan pada saluran fallopian apabila disertai dengan prosedur “Hydrotubation”. Hydrotubation ialah satu kaedah dimana ubat cecair disuntikkan melalui pintu rahim dengan tekanan yang kuat ke dalam ruang rahim dengan tujuan untuk membuka saluran fallopian. Kaedah seperti ini juga dilakukan untuk tatacara x-ray yang digelar “Hysterosalpingogram” tetapi pada x-ray ia disertai dengan pengambilan gambarfilem. Sedangkan ketika D & C dan hydrotubation tidak disertai dengan x-ray tetapi pergerakan air ke dalam saluran fallopian boleh dikesan melalui ultra-sound scanning.

2. D&C dilakukan untuk membersihkan rahim daripada sisa tisu, uri atau selaput daripada kehamilan yang gugur tetapi tidak sempurna kegugurannya.

Jika dibiarkan, sisa-sisa tisu ini ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan mungkin boleh juga dijangkiti kuman mengakibatkan sukar untuk wanita tersebut hamil lagi dimasa hadapan. Oleh itu pembersihan ruang rahim melalui proses D&C adalah sangat penting untuk mencegah dua kerumitan tersebut.

3. D&C juga dilakukan untuk mengesan penyakit kanser khususnya kanser rahim.

Di kalangan wanita-wanita yang mengalami masalah seperti pendarahan selepas putus haid, pendarahan yang tidak tentu masa di luar haid dan juga bagi mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan, D&C akan dapat mengesan apa jenis penyakit kerana tisu-tisu yang didapati daripada dinding rahim akan dihantar ke makmal untuk kajian kaji-sel (histopathology).

4. D&C juga dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada kehamilan yang luar biasa seperti “Molar Pregnancy”.Dalam keadaan molar pregnancy atau kehamilan anggur ini kandang-kala D&C dilakukan dua kali dengan jarak dua minggu antara pertama dengan kedua.Tujuannya ialah membersihkan rahim daripada sisa-sisa sel molar yang ada berkemungkinan di masa hadapan kelak menjadi kanser rahim.

5. D&C juga dilakukan untuk membuang tumbuhan fibroid yang kecil atau “polyps” yang
mungkin berlaku di pintu rahim dan dalam rahim khususnya bagi tumbuhan yang kecil.

Cautery adalah lain-lain tata-cara yang dilakukan beserta dengan D&C termasuklah 'cautery' pintu rahim jika berlaku 'erosion' atau hakisan yang menyebabkan jangkitan kuman dan pengeluaran lendir yang banyak, berbau dan berwarna dan ia tidak boleh dirawat dengan ubat-ubatan. Rawatan 'cautery' iaitu penggunaan letrik (electro-cautery) ataupun menggunakan kaedah sejuk (cryo-cautery) pada pintu rahim. Setelah dicautery lapisan baru akan tumbuh pada pangkal rahim dan dengan ini masalah hakisan (erosion) akan dapat diatasi

Wanita-wanita yang menjalani D&C yang disertai dengan prosedur lain, hanya perlu dimasukkan ke wad harian di klinik atau di hospital. Ia masuk di waktu pagi hari pembedahan setelah berpuasa selama enam jam. Pesakit kemudiannya dibius untuk memudahkan tatacara dilakukan. Biasanya ia perlu berehat selepas pembedahan ini selama dua hingga empat jam dan pesakit akan dibenarkan balik.

Selepas D&C pesakit akan mengalami sedikit perdarahan, bergantung kepada apakah sebab D&C dilakukan. Ada yang mengalami pendarahan dalam satu atau dua hari, ada yang sampai 10 hari atau lebih. Biasanya pemulihan selepas D&C untuk keguguran atau kehamilan luar biasa mengambil masa selama dua minggu. Tempoh waktu tersebut diperlukan untuk pemulihan rahim.

Petikan dari http://www.hamidarshat.com

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir

Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing:

1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.

2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan.

3. Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini.

4. Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau:
1. Lampin dibiarkan terlalu lama.
2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan.
3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera.

5. Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah.

6. Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair.

7. Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit.

Petikan dari http://mengandung.com/

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda

(Dari Rumah Ke Wad Bersalin)

Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:)

Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri.

Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan.

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut:

Untuk Anda:
1. Kad Rawatan Bulanan
2. Nursing Bra
3. Nursing Pad
4. Maternity Panty - Beli yang pakai buang
5. Sanitary Pad
6. Baju Panas
7. Stokin
8. Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
9. Kain Batik
10. Tuala
11. Minyak angin @ panas

Untuk Bayi:
1. Baju Lengan Panjang/Pendek
2. Seluar Panjang/Pendek
3. Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
4. Barut
5. Lampin/Diapers
6. Selimut @ kot bayi
7. Tuala
8. Sabun Bayi
9. Syampu
10. Bedak
11. Losyen Bayi @ Minyak Bayi
12. Krim Bayi

Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.

Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.

Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.

Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.

Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:
* Pernafasan @ Deep Breathing
* Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
* Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
* Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.

Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya. Selamat bersalin!

Petikan dari http://mengandung.com

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi

SOALAN:

ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi?
Bapa Serba Tak Tahu,

JAWAPAN:

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?

* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?

Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang

* Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.
Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.
Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.
Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

* Patent Ductus Arteriosus(PDA)
Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

* Masalah Retina
Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi

Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.

Petikan dari www.bharian.com.my

Wanita dan Kesuburan

Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita?
Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita?

Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun.

Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran.

Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja.

Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun disebut sebagai fertile period.

Oleh itu bagi pasangan yang inginkan cahaya mata, inilah masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seksual atau persetubuhan atau sebaliknya elakkan hubungan bagi yang merancang untuk tidak ingin hamil.

Waktu subur boleh dikenalpasti sendiri melalui:

1. Pusingan Haid (menstruasi):

Bagi seseorang wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur setiap bulan biasanya subur. Pegeluaran benih akan berlaku pada hari ke-13 atau 14 (dikira dari hari pertama darah haid keluar).

Satu pusingan haid - ianya dikira dari hari pertama keluar haid hinggalah sehari sebelum haid datang semula. Ianya meliputi jangka masa 28 ke 30 hari.

Oleh yang demikian adalah penting bagi setiap wanita yang inginkan cahaya mata senantiasa merekod tarikh bagi keluaran haid dalam buku catatan khas - yang mengandungi carta suhu badan.

Selain itu ada beberapa tanda yang biasanya berlaku pada masa keluaran benih seperti ada rasa sakit atau senak dibahagian bawah perut dan pengeluaran lendir yang berlebihan dari kemaluan. Kadangkala lendir ini berwarna coklat, jernih dan mudah dijalurkan atau stretchable dan rupanya seperti putih telur mentah. Sebaik sahaja lendir keluar, lendir bertukar bentuk menjadi lebih kesat dan pekat.

2. Catatan Suhu Badan:

Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil.

Bagi seseorang wanita yang mengalami masalah gangguan haid tidak teratur atau kesukaran untuk hamil maka anda digalakkan menemui Dr. Sakit puan dan kemungkinan akan menjalani ujian-ujian berikut:

1. Ujian Darah:

Ujian darah untuk mengesan paras hormon boleh juga digunakan untuk menentukan wanita itu keluar benih atau tidak. Sukatan paras hormon progesterone dilakukan pada hari ke-21 hingga 25 dalam pusingan haid. Manakala bagi wanita yang pusingan haid mereka tidak teratur seperti datang haid sekali dalam tiga bulan ataupun sekali dalam enam bulan, biasanya tidak subur kerana benih tidak keluar dengan teratur. Dalam hal demikian beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesan punca masalah tersebut. Antara ujian yang penting ialah menyukat paras hormon dalam aliran darahnya seperti hormon gonadotrofin (FSH, LH) dan prolaktin.

2. Ujian D & C:

Ujian D & C selalunya dilakukan oleh doktor kepada wanita yang mengalami masalah kurang subur. Ia merupakan tatacara pembedahan kecil di mana saluran pangkal rahim wanita itu dikembangkan. Proses ini digelar dilatation. Ruang rahim kemudian dikikis dengan alat tajam yang digelar curettage. Tatacara ini memberi manfaat kepada sesetengah wanita yang pangkal rahim mereka sempit dan ini mungkin memudahkan perjalanan benih lelaki ke dalam sistem peranakan.

Melalui proses mengikis ruang rahim ini juga membantu doktor mengeluarkan tisu yang tidak normal untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Sesetengah doktor melakukan insufflation iaitu memancutkan air berwarna ke dalam saluran peranakan ketika melakukan D & C itu. Tatacara ini bertujuan untuk menguji sama ada salur fallopian terbuka atau tersumbat dengan melihat pengaliran air yang dipancutkan itu. Ujian ini jarang dilakukan pada masa sekarang kerana seringkali ia tidak memberi kepastian mengenai keadaan saluran peranakan tersebut.

Prosedur ini secara tidak langsung juga dapat membantu doktor mengenalpasti samada seseorang wanita itu boleh mengeluarkan benih ataupun tidak.

3. Pemeriksaan Fizikal:

Bahagian tubuh badan wanita yang patut diperiksa termasuklah:

* Buah dada
* Kilang tiroid pada leher
* Sistem peranakan.

Pemeriksaan leher adalah bertujuan untuk mengesan ketumbuhan pada kilang tiroid yang biasanya boleh mengeluarkan hormon tiroksina berlebihan dan seterusnya mengganggu pengeluaran benih.

Pemeriksaan buah dada pula bertujuan untuk mengesan ketumbuhan dan pengeluaran air susu kerana jika keadaan ini berlaku ada kemungkinan imbangan hormon dalam darah wanita itu terganggu. Mungkin paras hormon prolaktin tinggi dan ini mengganggu pengeluaran benih perempuan.

Pemeriksaan sistem peranakan ini adalah sangat penting untuk menentukan sama ada sistem peranakan seseorang wanita itu normal atau tidak. Sistem ini melibatkan faraj, pangkal rahim, saluran peranakan dan kilang ovari. Berbagai-bagai cara digunakan untuk memeriksa dan menilai system peranakan ini. Biasanya setelah doktor memeriksa kemaluan dan peranakan seseorang wanita itu, dia dapat menentukan secara kasar sama ada sistem peranakannya normal ataupun tidak.

4. Pemeriksaan Laparoskopi:

Ia merupakan pemeriksaan untuk melihat secara terus ke dalam perut wanita melalui sejenis teropong yang digelar laparoskop. Teropong ini dimasukkan melalui satu hirisan sepanjang setengah inci di bawah pusat. Menerusi teropong ini doktor boleh melihat keadaan ovari, salur fallopian dan sekeliling rahim. Jika terdapat sesuatu penyakit yang menimbulkan masalah bagi kesuburan wanita, rawatan yang sewajarnya perlu diberi.

Pemeriksaan laparoskopi ini juga sangat penting kerana memang terdapat penyakit seperti ketumbuhan dan jangkitan kuman yang tidak memberi sebarang tanda, boleh dikesan melalui teropong tersebut. Antara jenis penyakit yang selalu tumbuh ialah sejenis ketumbuhan yang digelar endometriosis. Penyakit ini kerapkali mengganggu pengeluaran benih dan ia juga menyekat saluran peranakan. Menurut kajian Dr. Hamid Arshat Pakar, iaitu Pakar Sakit Puan yang terkenal di negara kita, kejadian penyakit ini kini kian meningkat. Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai wanita zaman sekarang yang melambatkan perkahwinan ataupun menangguhkan kehamilan dan kelahiran anak.

Selain itu juga wanita yang pernah mengalami keguguran sama ada secara sengaja atau tidak, kerapkali juga dijangkiti oleh kuman khususnya pada bahagian saluran peranakan. Saluran peranakan boleh rosak dan tersumbat. Ketumbuhan juga boleh berlaku pada kilang ovari dan ini boleh mengganggu pengeluaran benih.

Sesetengah penyakit yang dikesan ketika pemeriksaan `laparoskopi’ dirawat pada masa itu juga tetapi ini adalah terhad. Kadangkala, rawatan selanjutnya perlu dilakukan dengan satu pembedahan besar untuk mengatasi masalah saluran tersumbat ataupun untuk mengeluarkan ketumbuhan pada rahim atau ovari.

5. Ujian Hysterosalpingogram (X-Ray)

Ia merupakan ujian yangn dilakukan pada seseorang wanita yang dikesan saluran peranakannya tersumbat. Prosedur ujian ini khusus untuk melihat ruang rahim dan juga saluran peranakan menerusi gambar X-ray. Sebelum gambar X-ray diambil, satu jenis cecair khas atau contrast medium disuntikkan ke dalam pangkal rahim dan selepas itu beberapa gambar X-ray diambil. Ujian ini biasanya dilakukan sebaik sahaja berhenti darah haid tetapi sebelum waktu subur. X-ray yang dilakukan selepas waktu subur dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada bayi sekiranya berlaku kehamilan akibat terdedah kepada bahangan atau sinar X-ray.

Semoga tulisan bulan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda berhubung dengan anda dan kesuburan.

Petikan dari http://mengandung.com

Resepi Bijirin Oat dan Pisang

Bahan-bahan
¼ cawan oat segera
½ cawan air/susu ibu/susu formula
¼ cawan pisang lenyek

Penyediaan:
Campurkan kesemua bahan kecuali pisang.
Didihkan dengan api kecil selama 5 minit.
Tutup api, angkat dan masukkan pisang. Kacau rata.
Untuk bayi bawah 8 bulan, kisar dengan pengisar sehingga berkrim.
Anda juga boleh campurkan atau gantikan pisang dengan buah-buahan lain seperti epal atau peach.

Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi

Tekstur makanan yang berlainan turut menambah kepada kepelbagaian dalam menu bayi selain daripada jenis dan warna makanan. Walaupun memperkenalkan bayi kepada tekstur makanan yang baru merupakan perkara yang baik, namun bayi selalunya memerlukan masa untuk biasa dengan rasa dan tekstur baru. Setiap bayi mempunyai selera yang unik, tetapi transisinya lebih kurang begini :

Empat Hingga Enam Bulan :
• Makanan dikisar halus sehingga menjadi puri.
• Cairkan makanan bayi dengan cecair seperti susu ibu/formula/air suam.
• Jika buah-buahan direbus, gunakan air rebusan tersebut untuk mencairkan makanan.
• Kisar makanan menggunakan pengisar.
• Penapis berjaring halus boleh digunakan untuk menapis makanan sambil melenyeknya dengan sudu.

Tujuh Bulan :
• Makanan bayi boleh dipekatkan dengan sedikit ketulan-ketulan kecil.
• Jika menggunakan penapis untuk menapis makanan, gunakan penapis yang kasar.

Lapan Bulan :
• Selain daripada memperkenalkan bayi dengan tekstur makanan yang baru, tekstur makanan 8 bulan juga dapat melegakan gusi bayi yang sedang tumbuh gigi.
• Makanan dilenyek dengan menggunakan garfu, sudu atau alat untuk melenyek.
• Makanan juga perlu dimasak sehingga lembut.
• Makanan juga boleh dicincang halus.
• Daging dan ayam kisar boleh diberikan semasa umur ini.
• Makanan jejari boleh diperkenalkan.

Setahun :
• Bayi sudah boleh makan makanan yang orang dewasa makan seperti makan nasi berbanding bubur.
• Anda cuma perlu memotongnya kepada potongan kecil untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

Petikan dari http://www.hamidarshat.com
Related Posts with Thumbnails