Posts

Showing posts with the label Kehamilan

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Sumber : Nini Syikin Shammuin Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus. Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandun g dalam QASEH. Sila baca yer.. NEONATAL JAUNDICE Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka. AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH. Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundi...

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil iaitu :- Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak. Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. Surah At-Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisplin.

12 Perkara Perlu Anda Elak

Tanpa anda sedari, ada beberapa perkara yang sering anda lakukan sebelum hamil tidak sesuai untuk diteruskan apabila anda sedang hamil. Berikut antara perkara yang perlu anda beri perhatian. Manicure, pedicure - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh elakkan melakukannya semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda, ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindarinya. Facial - Jika sekadar facial biasa yang menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namum, pastikan anda produk yang digunakan itu benar-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya? Elakkan juga facial yang bertujuan untuk pengelupasan atau pemutihan kerana kulit sangat sensitif semasa hamil. Mewarnakan Rambut - Sebolehnya elakkan terutama pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap ke dalam kulit dan boleh ...

Amalan Sunat Sebelum dan Selepas Bersalin

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat. Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah...

Diabetes Melitus Semasa Hamil

Apakah Diabetes Melitus? Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus. Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan? Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Apakah bezanya antara diabetes...

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil

Image
Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia. Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supay...

Doa Amalan Ketika Mengandung

Image
Doa amalan selepas Solat Lima Waktu: Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Tekanan Darah Rendah / Hipotensis

Pagi tadi saya ke klinik kerana sejak dari semalam saya mengalami pening kepala dan kebelakangan ini saya mengalami cirit birit, najis berwarna hijau dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan pengalaman, semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah tekanan darah. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah cukup 24 minggu..terasa sekejap sahaja masa berlalu..perasaan takut bersalin makin lama makin menebal terbuku di dada...takut!!..hehe. Disebabkan hipotensis, saya ditahan sekejap di klinik untuk dimasukkan air satu botol. Walaupun hari ini saya tidak sihat, tetapi saya perlu kuatkan semangat...semangat untuk balik kampung! Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman..cuti untuk satu minggu lebih. Tak sabar rasanya bercuti, menyambut aidiladha dan berkongsi kegembiraan dengan adik yang baru melangsungkan perkahwinan. Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubat...

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d...

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil . Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): * Keluarga yang pernah mengalami NTD * Pernah hamil anak yang mengalami NTD * Mengambil ubat sawan * Kencing manis Semua wanita yang merancang unt...

Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Protein Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet. Iron (Zat Besi) Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi. Calsium (Kalsium) Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda...

Tanda-tanda Awal Hamil

Bila berlaku kehamilan, sistem badan wanita akan mula menghasilkan hormon untuk membantu perkembangan bayi. Oleh kerana badan ibu belum sesuai dengan keadaan ini, maka ia akan mula bereaksi secara ganjil antaranya… Keletihan Keletihan melampau boleh menjadikan ibu-ibu yang mengandung rasa tertekan. Apatah lagi jika ada anak-anak lain yang masih kecil atau terpaksa menguruskan rumah tangga sendiri tanpa bantuan dari suami atau pembantu rumah. Amalkan Staminex untuk memberi tenaga sepanjang hari walaupun dalam keadaan sibuk. Vena Varikos Urat-urat kaki akan membengkak dan timbul sewaktu hamil. Ini berlaku disebabkan oleh kandungan hormon kehamilan yang meningkat meyebabkan saluran darah membesar dan perjalanan darah menjadi perlahan. Rahim yang membesar juga menekan aliran darah dari bahagian kaki menuju ke jantung menyebabkan perjalanan darah tersekat dan lambat. Ini berlaku pada pada bulan-bulan terakhir kehamilan kerana berdiri terlalu lama dan lebih kerap berlaku di kalangan wanita y...