UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG


Sumber : Nini Syikin Shammuin

Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandung dalam QASEH.

Sila baca yer..

NEONATAL JAUNDICE
Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka.

AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH.

Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundice ini sudah menjadi wajib kepada bayi-bayi yang baru lahir sekarang, adalah bagi pandangan jahil sang faqir, pendapat ini tidak sang faqir setujui, kerana jaundice ini akan terkena pada 6 dari 10 orang bayi yang dilahirkan (neonatal jaundice), bermaksud pasti ada sebab kenapa yang 4 lagi tidak terkena.

Adalah perlu kita ketahui, dalam Perubatan Islam konsep Al Wiqayah Khairun Minal Ilaj (Mengelak lebih baik dari merawat) dipegang. Hal yang sama juga perlu pada permasalahan neonatal jaundice.

Jaundice adalah dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

Serius atau tidak masalah ini, kelekaan atau kelalaian dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

Dalam kepercayaan sesetengah kaum, mengaitkan masalah kuning dengan tabiat ibu atau ayah yang suka memakai pakaian berwarna kuning atau memakan masakan yang berwarna kuning semasa bayi dalam kandungan, hal ini sebenarnya agak tidak relevan, tetapi masih boleh di’terima dengar’ berbanding kalau mengaitkan masalah kuning dengan mambang kuning, itu lebih haru.

Perawatan di hospital atau secara allopathy melibatkan Terapi lampu (phototherapy) danExchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Cuma di sini sang faqir lebih suka berkongsi dengan sekalian sahabat kaedah dalam Perubatan Islam untuk mengelakkan dan merawat jika sudah terkena.

UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.


* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH :

1) Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.

2) Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3) Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

4) Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

5) Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)


Banyak lagi petua untuk ikhtiar menyelesaikan masalah kuning, cuma petua di atas sudah memadai dahulu. Diharap menjawab serba sedikit persoalan kalian.

Semoga ALLAH memudahkan urusan kalian.

InsyaALLAH Tohour.

Wassalam.

Comments

  1. Nice blog. Jemput singgah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2013/03/tips-memilih-set-bersalin.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. sheila mohon share sikit tips daripada entri ni ya. sheila backlink kan ke entri ni. terima kasih banyak ya ~~~

    ReplyDelete
  3. nice info sis..saya juga mempunyai pengalaman anak kena jaundice..menurut doktor bayi yang lahir ke dunia memang mempunyai risiko jaundice yang sgt besar terutama apabila kelahiran mereka menggunakan alatan bantuan seperti vacum. thx for sharing info ya!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...ingin bertanya.. Untuk minum madu tersebut menggunakan sudu teh@sudu kecil? Plastik@ besi?...terima kasih atas info yang sangat berguna..

    ReplyDelete
  5. Tolong jawabkan -guna sudu plastik utk minum madu.

    ReplyDelete
  6. asssalamualaikum, sgt berguna info ni..minta izin share ilmu yea. jemput ke blog sy nhk-nor.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..
    Info yang sangat berguna.. boleh amalkan utk next baby, sebab kedua2 anak saya mengalami kuning yg agak lama.. Mohon share Tips ini ya..

    ReplyDelete
  8. Assalam...
    Thanks for the info..menarik ni... :)

    ReplyDelete
  9. Assalam..Mohon share ye..terima kasih

    ReplyDelete
  10. Terima kasih. Very good information.
    In shaa Allah. Nak ikut semua. Sy hamil 3 bulan. Harap x terlewat. Parti delima tu mmg 500ml sehari ye? Sy skrng ambil 2 sudu pagi n malam parti delima gulsan. Jd, x cukup la ye?
    Saya mmg ada niat juga lepas lahir nnt x nk cucuk bb. Tp perasaan x brp nk yakin. Sbb klu kita tolak, macam2 nurse takut2 kita. Nnt anak jd macam tu, macam ni... Mohon nasihat. Terima kasih.
    N saya share ye. Tq

    ReplyDelete
  11. Info yg sgt brguna...wlaupn usia kndungan sy dh msuk 7bln tp blm trlmbt utk dipraktiskn..mohon share. Tq

    ReplyDelete
  12. Bagus petua ini. Sy nak amalkan juga utk kandungan kali ini..

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg sgt bermanfaat. Tq admin. ��

    ReplyDelete
  14. Terima kasih berkongsi info. Memang niat nak amalkan semua tu sebelum anak lahir lagi.
    Madu, kurma, susu kambing dan pati delima ada di rumah tapi tak konsisten amalkan. Insya Allah selepas ni.

    ReplyDelete
  15. Nice sharing dear. Nowadays memang sangat common baby lahir & dapat jaundis.

    Jemput ke blog nuha.. ada perkongsian tentang penawar anak asthma :)

    ReplyDelete
  16. Info yang menarik. Sesuai untuk saya yang mengandung. Anak mengalami jaundis perlu penjagaan yang rapi dari si ibu. Pemakanan dalam pantang harus dijaga terutama herba atau jamu. Jemput ke blog saya untuk kupasan mengenai ibu hamil >>http://www.myheroibu.com/2014/11/bahaya-omega-untuk-ibu-hamil.html

    ReplyDelete
  17. Noted. Tq dear.. Alhamdulillah 3 rd tak kena jaundis tapi tip ni boleh share pada kawan2.

    ReplyDelete
  18. perkongsian yang sangat menarik, tq admin

    ReplyDelete
  19. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas perkongsian. Jaundis memang merisaukan ibu.Tambahan yang berdarah kumpulan 0, jaundis kadangkala berpanjangan. Amalan madu & kurma semasa mengandung adalah petua yang sangat popular untuk mengelak jaundis. Selepas bersalin, cara mengatasi dan merawat jaundis yang paling berkesan ikut pengalamna saya adalah menyususkan bayi sekerap yang mungkin seperti setengah jam sekali. Bayi jaundis selalunya suka sangat tidur dan kurang aktif. Ibu perlu kejutkan dan beri susu badan. Saya perah susu, masukkan dalam botol dan susukan bayi (secara paksa.hehe)

    Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Nice info...terima kasih sangat memang mencari cara untuk elak jaundir dari masa mengandung sbb saya darah o dan anak pertama prolong jaundis...insya allah andai ada rezeki mengandung lagi akan cuba amalkan tips ni

    ReplyDelete
  22. Terima kasih kerana berkongsi informasi.
    Disamping mengguna ubat dan pertua penggunaan Phototherapy juga berkesan untuk rawatan Jaundice pada bayi baru lahir. Sekarang nie ada khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk membuat rawatan di rumah. Kami menggunakan PHOTOTHERAPY di rumah untuk anak baru lahir. Memang berkesan dan lepas 2 hari Jaundice level back to normal. Kami sewa di http://www.hometherapyy.com (0123404007). Mereka menggunakan LED Phototherapyy , tak panas untuk bayi dan berkesan.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan

    saya sudah follow blog anda #256

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang