Penjagaan Gigi dan Gusi Anak Anda
Penjagaan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa. Kepentingan gigi primer (gigi susu) Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan. Panduan Penjagaan Oral Baru lahir hingga 24 bulan *Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur. *Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja. *Mengatur tabiat makan anak anda. *Berhentikan ...