Kawan-kawan

Si Kecilku Selalu Terjatuh

Ini calar yang Rakin dapat ketika saya tertidur dan dia merayap-rayap ke sana sini, akhirnya terjatuh ketika berdiri di bucu meja.

Semalam si kecil Rakin terjatuh dan terhentak di birai meja ketika dia dalam posisi berdiri ingin mengambil mainannya yang terjatuh dari pegangannya. Anakku ini selalu terjatuh, tapi kali ini walaupun tidak luka tapi bunyi hentakkannya agak kuat..cukup membuatkan hati saya berdebar-debar. Padahal baru sahaja beberapa saat menuju ke dapur. Anak kecil yang sudah pandai bergerak begitulah..perlukan pengawasan yang lebih tapi dalam kita berhati-hati dan cukup mengawasinya juga ia tetap berlaku jua. Segera saya mengambil air batu untuk dituam ditempat yang benjol. Ya Allah lindungi lah anakku..jauhilah anakku dari apa sahaja yang memudaratkannya'.

Petikan dari drsaiful.blogspot.com.

Jika si manja anda terjatuh tanda-tanda berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda-tanda tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah-muntah memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda-tanda yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

Petua Hilangkan Selesema Bayi

Selesema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ingin saya kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi.

1. Petua gunakan minyak kelapa dara / minyak zaitun dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi. InsyaAllah selesema akan hilang dengan cepat.

2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Atau...sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi.

Selamat mencuba :)

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.

Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.

Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.

Bagaimana mengatasi kembung perut

1) Sendawa

Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.

3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Petikan dari http://akundirimu.blogspot.com/

Ibumu..Ibumu..Ibumu..Ayahmu

'Abang...patutlah Rasullullah berkata Ibumu..ibumu..ibumu..kali ketiga barulah ayahmu'...tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku sedang saya memujuk si Rakin daripada menangis ketika terjatuh. Maha Besar Allah jadikan naluri si ibu yang perihatin dengan tindak tanduk anaknya walaupun sekejap dan matanya yang tidak lekang memerhati gerak geri anak-anak untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan baik dan selamat walaupun sedang membuat sebarang kerja. Ketika itu saya teringatkan sebuah cerita antara Rasulullah dan sahabatnya.

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”


Lagu ini khas untuk ibu dan ibu mertuaku.

Kuliah Pagi 1

Suka dengar ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Khas untuk suamiku...hihi. Saya sayang kamu. Wink wink.







Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

Syahmi: Mama.. siapa buat Syahmi?.. Siapa bagi adik?..Siapa buat bird?
Mama: Allah yang buat Syahmi. Allah yang bagi adik. Allah yang buat bird.
Syahmi: Ooo, sape Allah?
Mama: Allah itu yang ciptakan kita semua.
Syahmi: Ciptakan tu ape?
....
Tanpa jemu saya menerangkannya tentang kewujudan kita semua datangnya dari Allah. Suka saya kongsikan sebuah artikel yang saya baca dari JIWANG.ORG.

Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka.

Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara kedua ibu bapanya yang telah tua. Dialah yang mencari rezeki setiap hari untuk keluarga dan ibu bapanya itu. Suatu hari, walaupun setelah puas berusaha mencari rezeki, lelaki itu hanya memperolehi semangkuk susu. Sampai di rumah, ibu bapanya sedang tidur. Lelaki itu menunggu kedua orang tuanya bangun untuk memberi susu itu kepada mereka.

Anak-anaknya yang kelaparan bergantungan di tepi jubahnya merengek-rengek meminta susu tersebut. Lelaki itu tetap menunggu kedua ibu bapanya bangun dan meminum susu itu terlebih dahulu, kemudian barulah mereka akan minum susu yang selebihnya. Itulah amalan seorang anak soleh yang mendapat perhatian Tuhan, iaitu mengutamakan ibu bapanya lebih daripada diri dan keluarganya.

Dalam zaman moden ini, kisah seperti ini ibarat sebuah kisah dongeng sahaja. Adalah mustahil kita boleh mencari seorang anak soleh seperti ini pada zaman sekarang. Yang selalu kita dengar dan kita baca ialah kisah anak-anak yang degil, yang nakal, yang terlibat dalam pelbagai salah laku serta jenayah. Anak-anak yang ''??super''? sekalipun yang ada pada zaman ini hanya setakat boleh memberikan ibu bapanya keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Bila mereka besar, mereka hanya boleh jadi ''??orang biasa?yang sekadar dapat memberikan kemewahan kepada ibu bapa dan keluarganya.

Mereka tidak dapat menzahirkan akhlak ''??super''? yang telah menghiasi peribadi orang-orang soleh satu ketika dahulu.
Mengapa ini terjadi? Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan ialah kerana kita tidak berjaya menanamkan iman dalam diri anak-anak . Menanamkan iman dalam diri anak-anak bukan setakat menghantar mereka ke sekolah-sekolah agama, atau mengajar mereka 6 rukun iman. Itu baru mengajar, belum menanamkan iman lagi.

Menanamkan iman memerlukan proses yang jauh lebih mendalam dari itu. Di antara proses yang paling utama untuk menanamkan iman ini ialah menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak. Setelah anak-anak diajar tentang sifat-sifat Tuhan, kita perlulah mengasaknya dalam diri anak-anak sehingga mereka benar-benar dapat rasakan sifat-sifat Tuhan itu. Cara paling mudah untuk melakukannya ialah dengan mengajar dan mengajak anak berhubung dan bercakap-cakap dengan Tuhan dalam setiap keadaan

Tetapi sebelum itu, anak perlu difahamkan SIAPA itu Tuhan. Kalau masalah itu ialah masalah yang memerlukan pergantungan, contohnya dia perlukan wang yang lebih untuk peralatan sekolah, ajak anak supaya dia boleh menganggap Tuhan itulah sebenar-benar ibu dan ayahnya (maksudnya, termpat pergantungan yang sebenar-benarnya).

Datangkan hujah-hujah kepada anak, misalnya:
* walaupun kita sebagai ibu yang melahirkannya, tetapi hakikatnya Tuhanlah menciptakan dirinya daripada tiada kepada ada dan memberikan nyawa.

* Kalau ayah pula bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya, maka hakikatnya Tuhanlah yang mengurniakan rezeki itu. Tuhanlah yang menciptakan ayahnya, menyihatkan dan memberi tenaga kepadanya sehingga dia boleh bekerja untuk mencari rezeki. Oleh itu, tempat pergantungan dan tempat meminta sebarang hajat hanyalah kepada Tuhan yang benar-benar berkuasa.

* Begitu juga, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar kawan di waktu dia dilanda masalah kesunyian, difitnah atau disalah sangka oleh kawan. Dialah kawan yang paling setia. Di setiap waktu, Tuhan akan mendengar aduannya dan Tuhanlah penyelesai segala masalah.
Kalau kawan ada had masa untuk dia berjumpa, dengan Tuhan tidak ada had masa. Kalau dengan kawan, perlu dia berjumpa di sesuatu tempat, dengan Tuhan, dia tidak perlukan tempat untuk berjumpa. Kalau kadang-kadang kawan tidak mahu atau tidak mampu melayan kerenahnya, Tuhan sentiasa bersedia untuk melayan kerenahnya. Tuhan tidak pernah salah sangka kerana Dia Maha Tahu segala-galanya. Tuhan juga adalah kawan yang paling jujur dan setia kerana Tuhan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya.

* Seterusnya, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah raja yang paling berkuasa sewaktu dia takut menegakkan kebenaran (seperti takut cikgu marah kerana minta keluar kelas untuk sembahyang), atau menganggap Tuhan itulah pemimpin yang sebenarnya sewaktu dia kebingungan untuk memilih di antara beberapa pilihan.

Apabila dia sudah dapat menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar tempat pergantungan, bahawa Dialah sebenar-benar kawan, raja dan pemimpin, ajaklah si anak alihkan sebarang permintaan, pengaduan, keluhan, ucapan terima kasih, pujian dan apa juga yang bermain di fikiran dan bibirnya kepada Tuhan. Cuma bezanya, kalau dengan manusia, kita perlu bercakap dengan mulut supaya boleh didengari, dengan Tuhan , kita perlu bercakap dengan hati . Kalaupun kita bercakap dengan mulut, ia mesti turut dihayati di dalam hati.

Untuk peringkat permulaan, ajarlah dia cara hendak mengadap dan menyusun kata-katanya kepada Tuhan. Kerana Tuhan itu terlalu jauh lebih hebat dan berjasa berbanding sekalian raja, pemimpin, ibu, ayah dan rakan-rakannya, tentulah perlu beradab sopan ketika hendak mengadap dan membuat permintaan kepada-Nya.
Supaya beradab dengan Tuhan :
1. Mulakan dengan mengaku kita banyak dosa dan kelemahan
2. Berkata-katalah dengan merendah diri dan mengagungkan Tuhan
3. Buatlah permintaan dengan merayu-rayu sebagai bukti kita benar-benar mengharap kepada Tuhan sekaligus merasa diri lemah dan Tuhan sahajalah yang berkuasa
4. Memohonlah dengan bersandarkan kepada keberkatan dan kebesaran Rasulullah SAW supaya doa kita mudah dikabulkan Tuhan.

Contoh kata-kata aduan yang boleh diajarkan kepada anak supaya dipanjatkan kepada Tuhan sewaktu dia ditimpa penyakit:
Ya Allah, wahai Tuhan yang telah menciptakan sekelian alam. Engkaulah Tuhan yang sangat berkuasa. Tidak ada satu pun yang berlaku di alam ini yang tidak Engkau tahu wahai Tuhan. Dan tidak ada penyakit yang Engkau tidak dapat ubatkan wahai Tuhan. Aku minta ampun atas segala dosaku. Atas sebab dosaku itulah Engkau berikan aku penyakit ini, dengan tujuan supaya aku bersabar. Itulah cara Engkau hendak menghapuskan dosa-dosaku itu. Tapi Tuhan, aku ini serba lemah. Aku tidak sanggup menanggung sakit ini lama-lama. Begitulah lemahnya aku wahai Tuhan. Tentu Engkau sangat berkuasa untuk sembuhkan penyakit aku ini. Aku akan makan ubat yang ibu berikan, tetapi Engkau sahaja yang boleh sembuhkan. Tolonglah Tuhan. Tolonglah aku yang banyak dosa ini. Aku tahu Engkau tentu marah kepadaku kerana aku selalu buat jahat. Tetapi kabulkanlah pemintaanku ini dengan berkat kedua ibu dan ayahku yang sangat taat kepada Engkau .

Ajarlah anak bercakap dengan Tuhan dalam keadaan-keadaan yang lain juga, seperti:
* meminta pertolongan Tuhan apabila hendak mengambil peperiksaan
* meminta pertolongan Tuhan kerana susah hendak berbuat baik
* meminta maaf kepada Tuhan apabila rasa bersalah kerana terbuat dosa (contohnya, tertinggal sembahyang)
* mengucapkan terima kasih kepada Tuhan sewaktu mendapat nikmat
* mencari simpati apabila rasa keseorangan bila diketepikan kawan dan lain-lain lagi

Dalam setiap keadaan, ajarlah anak menyusun kata-kata yang sesuai. Lama kelamaan, dia akan pandai menyusun kata-katanya sendiri. Apabila anak-anak terus-menerus diajar supaya bercakap-cakap dengan Tuhan, secara automatik hatinya akan diasak dengan rasa bertuhan, di antaranya merasakan Tuhan itu Maha Mendengar, Tuhan itu Maha Mengetahui, Tuhan itu Maha Penyayang, Tuhan itu Maha Pemurah, Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu Maha Berkuasa dan lain-lain lagi. Inilah sebahagian dari proses menanamkan iman dalam diri anak-anak. Ia boleh ditanam tanpa kita perlu sebut perkataan iman itu sendiri.

Dengan latihan seumpama ini, anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa. Dia juga akan begitu sensitif untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang akan mengundang pertolongan dan keredhaan Tuhan. Barulah akan muncul semula watak anak-anak yang soleh yang sanggup mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan Tuhan mereka

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi


Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi

• Tidurnya tidak nyenyak.
• Banyak berliur.
• Pipinya merah.
• Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam).
• Gusinya membengkak dan merah.
• Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya.
• Selera makannya rendah.

Artikel dari Bondamama

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek.

Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia,
Thailand dan Laos.

Lain-lain negara seperti :
Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. Wanita mengandung dan ibu tunggal tidak boleh dibuang kerja.
Brazil - 4 bulan bagi ibu. 7 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100%.
Cameroon - 3 bulan bagi ibu. 10 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100%.
China - 3 bulan. Gaji dibayar 100%.
Cuba - 3.5 bulan. Gaji dibayar 100%.
India - 135 hari (Kerajaan Persekutuan). 90 hari (Kerajaan Negeri). 15 hari bagi bapa. Gaji dibayar 100%.
Italy - 5 bulan. 80% gaji dibayar selepas bersalin.
Sweden - 18 bulan bagi ibu. 3 bulan bagi bapa/penjaga. Gaji dibayar penuh dan kos ini ditanggung oleh majikan dan Kerajaan.
United Kingdoms 26 Minggu (7 bulan).90% gaji dibayar untuk 6 minggu pertama dan baki 20 minggu gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan.
Lain-lain negara di sini.

Menurut Dr. Husna Sulaiman cuti 90 hari amat penting kepada wanita bersalin namun ia memerlukan sokongan pihak tertentu. “Cuti 90 hari membolehkan ibu dan anak menyesuaikan diri antara satu sama lain namun tempoh itu tidak mencukupi kepada ibu yang menyusukan anak. Bagi memastikan ibu dapat terus menyusukan anak, majikan perlu menyokong dengan menyediakan kelonggaran atau kemudahan menyusukan anak kepada mereka. Manakala suami juga perlu menyokong dengan bersama-sama menjalankan tanggungjawab menjaga bayi dan urusan rumah tangga apabila kelapangan supaya tempoh 90 hari mencukupi kepada isteri yang baru melahirkan anak untuk bercuti sebelum memulakan kerja,” ujarnya.

Dengan tempoh itu juga, ibu pastinya lebih lega untuk meninggalkan anak kepada jagaan pengasuh kerana apabila tamat cuti bersalin, anak sudah berusia tiga bulan.
Tempoh cuti sehingga 90 hari mampu memberikan wanita yang baru bersalin rehat mencukupi dan mengembalikan tenaga selepas melalui detik sukar melahirkan anak. Kesihatan yang sempurna daripada segi mental dan fizikal membolehkan mereka menjalankan tugasan di tempat kerja dengan baik dan membantu majikan meningkatkan produktiviti.Selepas memulakan tugasan, kebarangkalian untuk seseorang wanita itu mengambil cuti sakit juga adalah kurang dan ia pastinya menjimatkan kos perubatan majikan.

Analisis Kementerian Kesihatan mengenai data penyusuan susu ibu kebangsaan 2008 mendapati kadar penyusuan susu ibu sepenuhnya di negara ini adalah tinggi dalam masa dua bulan yang pertama, tetapi menurun secara mendadak selepas dua atau tiga bulan, iaitu masa cuti bersalin tamat dan ibu yang bekerja terpaksa kembali semula kepada pekerjaan mereka. Strategi Global Pemakanan Bayi dan Anak-Anak Kecil WHO/UNICEF pula menyarankan supaya kanak-kanak diberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya dalam masa enam bulan yang pertama kehidupan, dan kemudian terus menyusu dengan pemakanan tambahan yang mencukupi sehingga berumur dua tahun ke atas. Hasilnya, bayi akan lebih sihat dengan risiko yang rendah untuk mendapat penyakit seperti jangkitan telinga dan respiratori, cirit-birit dan obesiti, manakala ibu pula mendapat manfaat dengan mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser ovari dan kanser payudara sebelum berhenti haid.

Nota kaki : Tak sabar untuk mengandungkan anak ke 3. :D.

Imiginasi

Saya selalu membayangkan seolah-olah saya adalah orang lain. Membayangkan sekiranya saya berada di negara yang menghadapi bencana alam, berada di kemelut peperangan dan membayangkan apa jua keadaan yang bertitian hidup dan mati. Semalam saya bersama-sama anak sulung saya melihat cerita ultraman cosmos di saluran ceria. Di situ saya lihat keadaan di mana raksasa sedang mengganas, kalau saya di tempat itu, apa tindakan saya? Adakah saya masih mampu memikirkan keselamatan orang yang sayang atau hanya berusaha menyelamatkan diri sendiri. Saya juga pernah membayangkan apabila saya masih hidup di hari tibanya kiamat, bagaimana? Anak-anak di mana? Mampukah saya melindungi mereka? Owh sedih dan takut bila memikirkan saat-saat itu.

Sekarang pula, hampir setiap hari di dada akhbar memaparkan kejadian membuang dan membunuh bayi / anak. Bagaimana tergamak mereka diperlakukan begitu. Sedih dan geram berbaur dihati.

Suka saya mengajak para pembaca tataplah wajah orang kesayangan kamu semasa mereka tidur. Raut wajahnya ketika tidur mampu menceritakan segala-gala apa yang ada di dalam hati. Getaran frekuensi jiwa mereka mampu menggetarkan jiwa sesiapa yang menatap wajah mereka. Kerana saya juga suka melihat wajah anak-anak dan suami saya ketika tidur. Apabila ditatap wajah anak, mereka akan membalas dengan senyuman. Apabila menatap wajah suami, kadang-kadang membuatkan saya tersenyum kadang-kadang menitiskan air mata. Ia mengingatkan saya kepada kenangan-kenangan kami bersama dari awal perkenalan sehingga sekarang. Melihat wajah ibu dan ayah ketika tidur membayangkan segala pengorbanan mereka kepada saya, mampu memberikan keinsafan kepada diri saya. Terdetik dihati ini, masih ada harapankah di hari esok menatap wajah mereka lagi.

Saya juga ingin kongsikan cebisan komik dari china yang ringkas tetapi mampu membuatkan saya menitiskan air mata.


Gambar diambil dari http://www.ronnestam.com

Perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas?

Saya tercari-cari maklumat mengenai perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas? atau umur bayi yang sesuai diberikan air masak?. Namun tiada jawapan yang tepat mengenainya. Saya amat berbesar hati sekirannya ada rakan pembaca yang ingin kongsikan mengenainya. Namun artikel 'Makanan Pertama Bayi' yang saya dapat dari akhbar Berita Harian ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.

Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan.

SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan.

Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya.

Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang memberitahu bahawa tiada istilah tidak cukup susu atau kelaparan untuk anak kecil berusia kurang enam bulan jika diberikan di dalam sukatan serta masa tertentu, lebih-lebih lagi jika anak itu menyusu badan.

Menurut maklumat itu lagi, susu ibu mengandungi cukup nutrien dan vitamin yang diperlukan seorang bayi tanpa perlu ditambah khasiat daripada sumber lain waima buah-buahan atau sayur-sayuran.

Berdasarkan pembacaannya juga, ada kajian menyatakan pada ketika bayi berusia enam bulan, barulah tubuhnya berkemampuan membina bakteria pelindung yang turut membantu sistem penghadaman memproses makanan pejal.

Kini, barulah dia sedar mengapa orang tua banyak pantang larang. Kesimpulannya, elakkan daripada menyuap bayi anda makanan pejal sebelum usianya melebihi enam bulan bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini kepada si kecil kemudian hari.

Pada peringkat permulaan mengenalkan bayi dengan makanan pejal, bubur nasi atau makanan yang dikisar halus adalah digalakkan. Kuantiti boleh ditambah sedikit demi sedikit bersesuaian usia si kecil.

Seperti yang penulis perhatikan, setiap kali pulang ke kampung, cucunya yang kecil akan berpeluang menikmati bubur nasi yang dimasak bersama kentang serta lobak merah, kemudian ketika direneh, daging segar yang dibeli Tok Wannya dari pasar tani dipotong halus dan dimasak bersama bubur. Kata ibu mentua, manis daging sebagai penambah rasa kerana bayi kecil tidak boleh mengambil gula atau garam.

Seronok juga Jauna, sesekali bubur nestum bertukar bubur nasi bercampur sayuran dan daging segar. Itu sebaikbaiknya untuk anak kecil berbanding makanan pek segera.

Tapi, setahu penulis, ada juga ibu yang tidak menyuap bayinya makanan lain, selain bubur nasi dan susu walaupun selepas anaknya berusia hampir setahun. Kata ibu penulis, tubuh anak yang tidak disuap makanan pejal berbeza berbanding anak kecil lain yang mana mereka akan kelihatan lembik.

INFO Carta pemakanan si kecil

Enam bulan
* Tekstur makanan: Halus
* Minuman: susu
* Makanan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga
* Elakkan: Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur, cili dan kekacang

Tujuh bulan
* Tekstur makanan: Halus tapi sedikit kasar berbanding pada usia enam bulan
* Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
* Makanan: Buah, sayur, gandum, telur kuning dan mentega kacang
* Elakkan: Susu lembu segar, cili, garam, gula, telur putih, ikan dalam tin dan organ dalaman haiwan

Lapan hingga 12 bulan
* Tekstur makanan : lenyek/kisar/ cincang
* Minuman: Susu ibu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
* Makanan: Buah, sayur, ikan, daging, produk tenusu dan telur kuning
* Elakkan: Telur putih, cili, kerang-kerangan, gula, organ dalaman dan lemak

12 hingga 18 bulan
* Tekstur makanan : cincang
* Minuman: Susu, air masak atau jus buah-buahan segar yang dicairkan (1 nisbah 5)
* Makanan: Sama seperti keperluan ahli keluarga yang lain
* Perlu dielakkan: Telur mentah, cili dan kerang-kerangan

Petikan dari : Berita Harian

Apabila Anak Batuk Berkahak dan Selesema

Minggu lalu saya menyerahkan anak kedua saya Rakin Syahid kepada doktor pakar kanak-kanak di Pusat Rawan Azzaharah Bangi berikutan batuk dan selesema yang tak pulih-pulih. Rakin ditahan wad selama 3 hari 2 malam, sehingga kahak dan selesemanya benar-benar pulih. Di wad, Rakin diberi 'nebulizer', jalani fisioterapi, ubatan serta sedut kahak dan hingus. Alhamdullah selepas 4 hari Rakin pulih. Dari situ, saya dapat mempelajari teknik fisioterapi pada bayi, iaitu teknik tepuk yang betul pada bayi yang mana ia boleh membantu melegakan kahak dan selesema pada bayi.

Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/, artikel menerangkan mengenai batuk berkahak pada bayi dan suka saya kongsikan dengan pembaca blog saya mengenainya.

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis ataubrochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizeradalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah


Lain-lain mengenai batuk kahak dan selesema klik sini

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang pulih dari mengalami keguguran rambut yang agak teruk sebelum ini. Rakin sekarang sudah 5 bulan dan saya rasa masalah keguguran rambut saya sudah berkurangan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air (bila dikumpulkan boleh dikatakan sebesar penumbuk tangan :)). Masalah ini menyebabkan rambut saya hampir botak :). Bertanyakan tuan 'google', dan saya dapat beberapa maklumat mengenainya.

Apa yang anda perlu ketahui:

* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com

Cara saya mengatasinya:
-Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.

Tips penjagaan rambut:
-Makan makanan yang seimbang.
-Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.

Penyusuan di Bulan Puasa

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan.

Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'.

Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya.

Suka saya kongsikan jadual pemakanan saya sepanjang puasa..

Buka Puasa
3 biji kurma, nasi, lauk, sayuran, kuih muih, buah, jus/susu bersama horlick dan oat dan air masak.

9 malam
Kuih muih dan air masak.

Sebelum Tidur
Kurma, air masak, Alfafa dan vitamin-vitamin (Shaklee) dan Kalsium.

12 hingga 2 pagi
Apabila selesai menyusukan anak, saya akan minum 2 gelas air masak dan 3 biji kurma.

Sebelum sediakan sahur
Biskut/tart/kek/roti, air masak dan kurma.

Sahur
3 biji kurma, nasi, lauk, sayuran, kuih muih, buah, jus/susu bersama horlick dan oat, air masak sebanyak yang boleh dan alfafa dan vitamin-vitamin (shaklee).

Saya akan membuat pengepaman seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya tidak berkurang malah kadang-kadang tu bertambah. Sentiasalah berfikiran positif dan berdoa.

Kita boleh mencuba.. Allah juga yang menentukan.. =)

Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:-
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Anak Demam


Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut.

Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37.

Jika suhu naik sampai 39-40, perlulah basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun. Pakaian tebal dan stoking perlu dielakkan ketika anak demam.

Berdasarkan petikan dari http://www.susu.my. APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika berlaku pada pasangan muda yang baru menimang cahaya mata serta tidak tahu bagaimana hendak mengurangkan penderitaan si kecil. Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak. Walaupun kadangkala membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan bakteria atau virus.

Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan.

Peningkatan suhu badan ini sebenarnya cara membunuh kuman, tetapi ia juga boleh menyebabkan anak anda demam.

Bagaimanapun, dalam risalah keluaran Panadol, perunding paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata demam itu bukan satu penyakit, tetapi ia menjadi petanda atau amaran kepada penyakit lain iaitu daripada sakit tekak hinggalah kepada jangkitan demam denggi.

Ramai beranggapan lebih tinggi suhu badan, demamnya semakin berbahaya. Namun tanggapan ini kurang tepat kerana suhu tinggi tidak semestinya bermakna anak anda lebih sakit berbanding suhu lebih rendah.

“Suhu badan tidak boleh dijadikan pengukur kesakitan anak. Cara lebih tepat ialah melihat keadaan dan tindak balasnya. Jika anak anda tidak menangis, tidak banyak kerenah dan masih ada selera makan, kemungkinan mereka tidak menghadapi masalah yang perlu dirisaukan.

“Sebaliknya, masalah mungkin serius jika mereka menunjukkan tanda terlalu lesu, lemah dan tidak bermaya serta muntah secara berlebihan,” katanya.

Malah, suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah Celsius (100 darjah Farenheit) atau lebih tinggi. Suhu badan normal ialah 37 darjah Celsius (98.6ºF) dan paras ini turun naik sepanjang hari.

Katanya, suhu badan juga bergantung kepada waktu ia diambil dan kelasakan si kecil. Justeru, ibu bapa disaran menyimpan jangka suhu (termometer) di rumah supaya lebih mudah mengukur suhu badan anak dengan tepat, dan bukan berdasarkan sentuhan tangan saja.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil di bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil pada telinga.

Malah, ia juga perlu diukur beberapa kali untuk melihat perubahan suhu badan anak. Ukuran tepat ini dapat membantu doktor mengenal pasti masalah kesihatan anak anda jika demamnya berterusan.

Walaupun ramai ibu bapa resah apabila anak demam, ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada keadaan menjadi bertambah buruk atau sebaliknya sebelum memberikan ubat. Ini terpulang kepada penilaian masing-masing.

Kaedah melawan demam
Demam biasanya membuat kanak-kanak berasa resah, tidak selesa dan meragam. Jika ia berlaku, Dr Khoo menasihatkan anda melakukan kaedah di bawah untuk membuatkan anak berasa lebih selesa dengan cepat dan dapat melawan demam.

Beri si manja minum banyak air masak. Demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan, dan demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.

Bantu anak untuk berasa selesa. Kanak-kanak yang demam mungkin berasa letih, lesu dan kurang selera makan. Bagaimanapun, semua ini gejala sementara dan mereka akan pulih seperti biasa sebaik demamnya sembuh. Ketika ini, pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang mempunyai aliran udara baik.

Jangan paksa anak anda makan. Secara umumnya orang yang demam kurang selera makan dan ia juga berlaku pada kanak-kanak. Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.

Timbangkan pemberian ubat. Pemberian parasetamol seperti diarahkan doktor adalah langkah selamat. Ia boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam di kalangan kanak-kanak ialah parasetamol. Oleh kerana parasetamol adakalanya disyorkan bersama antibiotik, penggunaannya menimbulkan beberapa kekeliruan.

Parasetamol ialah ubat pelega kesakitan dan berbeza daripada antibiotik dalam dua cara:

Pertama, antibiotik tidak berkesan menentang demam yang disebabkan jangkitan virus. Sebaliknya, parasetamol adalah ubat pelega kesakitan atau analgesik yang berkesan untuk menentang segala demam, walau apa pun puncanya.

Biasanya doktor tidak mengesyorkan pemberian aspirin kepada kanak-kanak kerana ia dikaitkan dengan sindrom Reye, iaitu penyakit ganjil tetapi serius yang menjejaskan otak dan hati bayi dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Kedua, ubat antibiotik yang disyorkan mesti diambil semuanya mengikut preskripsi untuk mengekalkan keberkesanannya. Tindakan tidak menghabiskan antibiotik ini boleh menghasilkan bakteria lebih berdaya tahan dan menyebabkan jangkitan berulang.

Bagaimanapun, parasetamol bukan antibiotik, jadi isu ketahanan bakteria tidak timbul. Malah, ia digunakan lebih 50 tahun, terbukti selamat, tidak merengsakan perut dan memberikan kesan konsisten.

“Kanak-kanak bukan saja kerap jatuh sakit, malah serangan biasanya berlaku tanpa diduga. Jadi, anda boleh menyimpan ubat demam seperti parasetamol di rumah untuk memudahkan anda mengurus demam anak yang boleh menyerang bila-bila masa.

“Dos yang betul bergantung kepada usia dan berat badan anak. Baca arahan pada label botol dengan teliti dan dapatkan nasihat doktor untuk memastikan dos yang betul,” katanya.

Sudu sukatan, cawan sukatan atau picagari dapat membantu memastikan anak anda mendapat jumlah ubat secukupnya. Elakkan penggunaan sudu biasa yang digunakan di rumah kerana saiznya tidak seragam.

Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi anak boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

Selain itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa membaca label sebelum memberikan ubat pelega demam kepada anak. Label atau risalah memberi penerangan mengenai:
Kekuatan atau kepekatan produk.
Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.
Berapa banyak perlu diambil dan berapa lama.
Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.

Cara terbaik untuk menyimpan ubat.
Meskipun demam boleh menimbulkan kebimbangan, kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dalam sehari dua. Rehat secukupnya dan bantuan ubat, kanak-kanak boleh kembali cergas dengan cepat.

ANTARA FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI DEMAM

Suhu badan normal biasanya 37 darjah Celsius.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.

Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.

Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus menimbulkan kebimbangan

Dari 4 kepada 6

Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal.


Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol.

'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.'

Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku. Amin.

Puting Kosong!

Baru-baru ini, saya berpeluang menjenguk Rakin di Pusat Asuhan. Sejuk mata memandang apabila tengok keadaan tempat Rakin dan kawan-kawan sungguh kemas dan bersih. Tapi apabila lihat Rakin yang sedang nyenyak tidur di dalam 'baby carrier', saya dan Syahmi terkejut dan saling berpandangan..Syahmi terus bersuara..'Adik makan puting la mama!'. Erkk..saya tak pernah belikan Rakin puting! Cikgu nya kata memang dari cikgu yang lama lagi Rakin diberi puting kosong tu...hehe ini sah tertukar hak milik. Nasib baik Rakin tak 'ketagih' menghisap puting kosong tu sampai ke rumah. Saya minta jasa baik cikgu-cikgu Rakin agar tidak memberikan Rakin puting kosong lagi.


Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info}

Assalamualaikum, orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.{mosimage} Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh. Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa.

Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing?
Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata. Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite" {mosimage}"Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. Sekiranya anak anda mempunyai masalah lelangit terbelah (cleft palate), dengan menggunakan puting kosong ini akan menyebabkan jurang antara lelangit yang terbelah menjadi lebih luas dan menyukarkan proses pembedahan. Oleh itu adalah dinasihatkan, kepada anak yang mempunyai masalah cleft palate mesti menghindari penggunaan puting kosong (malah menyusu menggunakan puting pun tidak digalakkan) ini secara berdisiplin.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang mencadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan?

Wallahu A'lam...

Persediaan Si Ibu dan Anak Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

Seawal 30 minggu ibu dan bakal ibu perlulah membuat persediaan barang-barang yang perlu dibawa pada hari bersalin nanti. Setelah google di sana-sini, saya jumpa senarai ini, ada yang boleh ikut ada yang tidak.

Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

1. Beg Pakaian.
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1.
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll) - Komen; Biasanya kalau bersalin di hospital swasta, alatan mandi telah disediakan.
5. Kain batik untuk dipakai 3 - KOmen; Perlu bawa beberapa helai sebab ada hospital yang sudah sediakan pakaian untuk pesakit ada yang tidak.
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1 -Komen; Biasanya hospital telah sediakan.
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar) -Biasanya hospital telah sediakan.
13. Cawan -Biasanya hospital telah sediakan.
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu

Setelah siap di di 'packing', perlulah diletakkan di dalam kereta sehingga hari kelahiran tiba.

Persediaan Si Anak
Semasa hari bersalin (biasanya kita akan berada di hospital selama 2/3 hari. Ini bergantung kepada keadaan Si Ibu dan Si Anak). Sediakan satu beg kelengkapan berikut untuk dibawa ke hospital dan jugak di rumah. Jika apa-apa berlaku, bolehlah suami membantu membawanya ke hospital tanpa perlu mencari-cari.

1. Beg Bayi
2. Selimut
3. Baju dan seluar
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes)
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)- Komen; Bab ini memang sensitif. Jangan ikut. Perlu bagi susu ibu sahaja. Biar bayi kita buat hisapan kosong dahulu, susu akan keluar kalau ada permintaan! Para ibu jangan mudah putus asa ya!
8. Susu formula (tin/peket kecil)- Komen; Tidak perlu sama sekali!
9. Minyak telon/ Yu yee

Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.

Petikan dari http://tintadahliaz.blogspot.com

Susu Merundum

Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti.

Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol.

Ini pula si comel saya (Mak mana yang tak mengaku anak-anaknya comel:)). Rakin dah boleh meniarap pada 16.7.10.

Google di sana sini, suka saya berkongsi dengan yang saya jumpa ini.

Kita memang biasa dengar tentang makanan untuk tambah susu seperti longan kering, sayur kucai, lobak putih, halba dan sebagainya. Ramai di antara ibu2 yang mengambil makanan2 tersebut dengan tujuan untuk tambah susu.

Tahukah kita apa fungsi sebenar makanan2 di atas?

Untuk menambahkan susu badan, zat yang paling penting adalah protein. Lain-lain adalah kalori, vitamin B, kalsium dan sebagainya.

Alfalfa mengandungi protein dan kalsium yang tinggi. Oleh itu tidak hairanlah jika ibu-ibu yang mengambil alfalfa akan mendapati susu mereka bertambah.

Saya juga mengamalkan pengambilan Alfafa dan beberapa vitamin dari Shaklee. Memang susu akan mencurah-curah terutama sekali selepas pengambilan Alfafa. Tetapi tahu sajalah agak susah saya nak mangamalkan setiap hari :). Hari ini saya rasa sedikit insaf...hehe.

Asid folik (sejenis vitamin B) adalah penting untuk tindakan biosintetik protein. Jadi ia juga diperlukan. Asid folik ni terdapat dalam sayuran hijau. Jadi, memang benar memakan sayur-sayur hijau seperti kucai akan membanyakkansusu kerana kehadiran vitamin B ni memudahkan lagi proses yang melibatkan protein dalam badan kita.

Selepas bersalin saya tidak pernah mengambil asid folic. Boleh cuba!

Longan kering yang direbus mengandungi kalori dan air yang tinggi. Ibu menyusu memerlukan 1800 kalori sehari sekiranya menyusukan seorang bayi.

Saya memang ada banyak stok longan kering. Tapi ia kurang berkesan kepada saya.

Mengapa sesetengah milk booster tidak berkesan kepada kebanyakan ibu tapi amat berkesan bagi sesetengah yang lain? Ini mungkin disebabkan ketidakseimbangan dalam diet yang diambil oleh ibu itu. Kalau kata hari-hari makan minum rebusan longan kering, tapi sayur tak makan, protein tak ambil, jadi macamamana nak tambah susu kerana berharap kepada kalori dan air semata2.

Asid folik dan kalsium dirembeskan melalui susu ibu, oleh itu ibu menyusu amat memerlukan vitamin B complex dan kalsium, untuk menggantikan kalsium dan asid folik yang hilang. Kalsium berperanan bukan sahaja untuk membina tulang malah juga membina sel2 darah baru yang diperlukan dalam penghasilan susu badan. Kerana itu ramai ibu yang mengalami masalah kekurangan susu bila dalam keadaan haid. Oleh itu, ibu menyusu mesti meningkatkan keperluan kalsium untuk mengelakkan susu berkurang semasa period.

Beberapa mitos tentang makanan penambah susu:


1. Makan milk booster meningkatkan stimulasi susu.

Stimulasi yang paling berkesan untuk penghasilan susu ialah dari hisapan bayi dan pam. Makanan-makanan di atas, ya membantu untuk penghasilan susu, tapi penyebab utama untuk susu dihasilkan ialah sebagai memenuhi keperluan dari bayi. Makanan-makanan di atas tu umpama bawang, ikan bilis, daging di dapur rumah kita. Dan hisapan bayi/pam tu adalah perbuatan menggodek semua benda itu dalam kuali. Bolehkan benda-benda bawang, daging tu menjadi sejenis masakan kalau kita tak masak? Makna kata, kalau rumah kita ada banyak barang mentah pun, kalau kita malas nak masak, takkan ada makanan di rumah kita.

Jadi makanlah makanan seimbang yang mengandungi kesemua zat keperluan badan, dan susukanlah bayi sekerap mungkin.

2. Sesetengah lactogenic food ni hanya sesuai untuk orang tertentu

Bergantung kepada diet yang diambil oleh seseoarang ibu menyusu. Jika ibu tu hanya makan nasi dengan ikan kering saja setiap hari, tapi minum rebusan longan kering bergelen-gelen, mungkin tak berkesan sebab yang ada cuma kalori dan glukos saja. Jadi, ambillah makanan seimbang.

3. Susu yang banyak tanda kejayaan seseorang ibu menyusu

Keperluan setiap bayi adalah berbeza-beza. Ibu akan menghasilkan susu mengikut keperluan bayinya. Oleh itu, pada waktu siang sekiranya ibu bekerja, disarankan untuk mengepam sekerap mungkin untuk mengadakan rangsangan bagi pengeluaran susu. Susu yang dihasilkan oleh ibu A tidak sama dengan susu ibu B, mungkin kerana keperluan bayi A dan bayi B adalah berbeza.

Tanda kejayaan ibu menyusu adalah mungkin berjaya menyusukan bayinya hingga 2 tahun, dan bayi yang disusukan adalah sihat dan cergas.

Saya tolong warwarkan produk shakle :). Di dalam set B (Breastfeeding) Shaklee, kami telah susun semuanya dalam satu pakej. Vitamin dan mineral perlu, B complex, vitamin C dan alfalfa, hanya dalam satu pakej, trial pack cuma RM80 saja. Anda juga boleh mendapatkan set B ini bersama Ostematrix (Set E) dengan hanya RM140.

Sebagai permulaan, ibu2 boleh mencuba set B atau set E. Ia bukan sahaja untuk ibu yang bermasalah dengan supply susu, tapi juga untuk semua ibu, kerana ia membekalkan segala keperluan nutrisi ibu yang menyusukan anak.

Ia sesuai untuk semua dan highly recommended untuk mereka yang tidak mengambil makanan yang benar2 seimbang, contohnya mereka yang tak suka minum susu, tak makan sayur mentah (ulam), tak suka ikan dan sebagainya.


Jangan lupa untuk terus berdoa, mengiringi usaha dan harapan kita. Kadang2 kita dah buat semua, tapi belum berjaya, mungkin sebab kita lupa nak berdoa dengan bersungguh2.

Petikan dari http://mysuperkids.net

Lelaki bergelar Ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya

"Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.

"Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?"

Ibunya menjawab:

"Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga kasih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya" .

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya" .

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknyaagar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak- anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka,walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan
menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha
mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri/penyokong) , agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Wanita Bergelar Isteri

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"KECANTIKAN SEORANG WANITA HARUS DILIHAT DARI MATANYA KERANA ITULAH PINTU HATINYA, TEMPAT DIMANA CINTA ITU ADA."

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

Tidur meniarap tidak elok untuk bayi? Rakin lebih selasa tidur secara meniarap. Bagi saya tidur meniarap lebih membuatkan bayi tidur lebih lena. Tetapi perlulah kerap memantau posisi kepala bayi agar selesa dan tidak merbahayakan bayi.

Petikan dari http://www.majalahpama.com.my

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur.

Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini.
Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria.
Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakunya SIDS. Didapati bahawa gabungan bakteria jenis Staphylococcus dan Enterobakteria yang menghuni bahagian hidung dan tekak boleh menyebabkan SIDS. Sebenarnya, sindrom ini boleh dicegah daripada berlaku. Ibu bapa mempunyai peranan besar untuk memastikan keadaan bayi mereka terutamanya ketika tidur.

Namun apa yang pasti gejala SIDS ini biasanya melibatkan bayi di bawah usia satu tahun. Menurut perangkaan, satu daripada 1,000 bayi meninggal dunia disebabkan sindrom tersebut setiap tahun. Kematian sebegini mendapat perhatian daripada ibu bapa di seluruh dunia.
Di Scotland misalnya, kempen yang diadakan untuk memerangi sindrom tersebut menyaksikan pengurangan kes daripada 140 pada tahun 1989 kepada 50 pada tahun 1996.

Persekitaran
Pastikan bahawa keadaan persekitaran bilik tidur bayi sentiasa bersih dan bebas daripada mikroorganisma berbahaya. Pencahayaan dan sistem peredaran udara di dalam bilik tersebut perlu berada dalam keadaan yang sesuai. Edaran udara yang tidak sempurna, memungkinkan pengumpulan mikroorganisma tersebut. Juga, pastikan bilik anak tidak dipenuhi dengan terlalu banyak hiasan kerana ia boleh mengumpul habuk dan mikroorganisma dan tidak sihat untuk pernafasan serta kesihatannya secara menyeluruh.

Posisi tidur
Bayi yang tidur dalam posisi meniarap lebih mudah diserang SIDS berbanding bayi yang tidur secara terlentang. Kerana tidur secara meniarap membuatkan bayi sukar bernafas dan akhirnya menyebabkan kematiannya. Tambahan pula jika hidungnya tertindih dengan bantal (elakkan penggunaan bantal semasa tidur meniarap).

Botol susu di mulut
Sebelum tidur, pastikan tiada sebarang sisa minuman di dalam mulutnya, dengan kata lain jangan biarkan bayi tidur dengan botol susu di mulutnya. Jika bayi tersedak akibat meminum banyak air, ia sudah pasti akan membahayakan mereka. Gunakan cara lain untuk menidurkan mereka. Malah pastikan sendawa bayi terlebih dahulu untuk memastikan dia tidak termuntah susu semasa tidur.

Jangan tidur bersama
Sesetengah ibu, kerana risaukan keadaan bayi mereka ketika tidur memilih untuk tidur bersama bayi mereka. Langkah ini adalah salah dan sangat berisiko kerana bayi mungkin terhimpit terutamanya jika tilam yang digunakan adalah tilam jenis lembut. Ada baiknya sekiranya anda tidur berasingan dalam bilik yang sama. Di samping selamat ia memudahkan anda melihat keadaannya ketika tidur.

Beri ruang
Ada ibu yang gemar meletakkan terlalu banyak bantal dan permainan dalam katil si bayi. Perbuatan ini patut dihindari kerana ia akan melemaskan bayi tanpa disedari. Gunakan bantal seminimum mungkin (atau tanpa bantal langsung) supaya bayi selesa ketika tidur. Pastikan bayi tidur dalam keadaan yang terlentang.

Bantu Anak Berjalan Dengan Cara Yang Betul


Petikan dari www.utusan.com.my 08/07/2010

MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri.

Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama.

Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya.

Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan.

Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor.

Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain dapat melangkahkan satu kaki ke hadapan merupakan impian yang tidak terhenti di situ saja.

Sebenarnya terdapat beberapa cara ibu bapa oleh membantu bayi belajar berjalan. Galakkan bayi untuk berdiri dan berpapah pada perabot rumah untuk meningkatkan kestabilan dan membantunya belajar menyeimbangkan badan dengan betul.

Apabila bayi semakin yakin, dia akan memilih untuk bergerak mengelilingi perabot untuk mencapai mainan kesukaannya.

Baby walker
Alat bantuan berjalan yang mempunyai tempat duduk dan beroda ini bukan alat terbaik untuk membantu anak berjalan lebih awal.

Malah ia sebenarnya boleh menyekat perkembangan semula jadi anak untuk berjalan. Bayi yang menggunakan walker cenderung bergantung kepada alat tersebut untuk bergerak dan menyeimbangkan badan.

Keadaan ini menyebabkan otot yang diperlukan untuk berjalan tidak berkembang seperti sepatutnya.

Gunakan baby walker dengan berwaspada memandangkan setiap tahun banyak berlaku kemalangan disebabkan alat tersebut.

Kaki ayam
Alam semula jadi sebenarnya memberi kita lapik tapak kaki terbaik untuk kita mengekalkan keseimbangan badan. Memakaikan kasut pada anak yang baru cuba berjalan juga tindakan semula jadi, tetapi cuba biarkan anak terbiasa dengan permukaan yang berbeza-beza seperti rumput, karpet, kayu dan pasir. Ia akan menjadi pengalaman yang menarik dan mengujakan bagi anak.

Pegang tangan
Memegang atau memimpin tangan memang dilihat cara terbaik untuk membantu anak berjalan tetapi sebenarnya menjejaskan keseimbangannya.

Kalau mahu juga berbuat demikian cuba pegang badannya supaya tegak.

Interaksi
Satu dunia 'baru' akan terbuka apabila anak boleh berdiri dan dia akan melihat sekelilingnya dengan perspektif yang baru. Sokong keterujaan itu dengan menghabiskan lebih banyak masa bersamanya dan beri galakkan untuk dia berasa lebih yakin menggerakkan atau melangkahkan kakinya.

Dan apabila dia jatuh, ketawa bersamanya dan galakkannya untuk mencuba lagi. Anak anda akan cuba mencapai semua benda apabila dia boleh berjalan. Waktu ini mungkin anda akan 'merindui' saat-saat dia hanya berbaring di katil.

12 Perkara Perlu Anda Elak

Tanpa anda sedari, ada beberapa perkara yang sering anda lakukan sebelum hamil tidak sesuai untuk diteruskan apabila anda sedang hamil. Berikut antara perkara yang perlu anda beri perhatian.

Manicure, pedicure - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh elakkan melakukannya semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda, ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindarinya.

Facial - Jika sekadar facial biasa yang menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namum, pastikan anda produk yang digunakan itu benar-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya? Elakkan juga facial yang bertujuan untuk pengelupasan atau pemutihan kerana kulit sangat sensitif semasa hamil.

Mewarnakan Rambut - Sebolehnya elakkan terutama pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap ke dalam kulit dan boleh menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan anda.

Kasut Bertumit - Tak perlu nak bergaya dengan kasut bertumit semasa hamil. Semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan dan mudah membuat anda terjatuh.

Ubat Nyamuk - Elakkan daripada apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia yang amat berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma Darah - Ibu hamil tidak digalakkan untuk menderma darah kerana mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan darah yang banyak untuk kehamilan anda.

Membawa Barang - Elakkan membawa barang berat apatah lagi setelah kehamilan memasukki trimester yang terakhir.

Durian - Elakkan makan durian terutama pada trimester pertama kehamilan kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

Kapal Terbang - Elakkan menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi sebarang masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambahkan lagi risiko terhadap kehamilan anda.

Gincu Bibir - Jika anda suka memakai gincu semasa hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

Krim Pemutih - Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

Ubat Jerawat - Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia adalah perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah setelah melahirkan nanti.

Petikan dari Bidanbersalin.blogspot.com

Apa Itu Caesarean?

Jenis-Jenis Pembedahan Caesarean
Jenis pembedahan caesarean merujuk kepada bagaimana potongan dibuat. Jenis Classical merujuk kepada pembedahan secara menegak, iaitu dari bawah pusat hingga ke tulang pelvis. Kaedah kedua ialah potongan secara melintang, dilakukan di bawah lipatan perut yang yang dinamakan funnesteil. Cara ini lebih popular kerana parutnya tidak ketara. Malah ia memberi keselesaan untuk bergerak, bangun dan duduk selepas pembedahan kerana selari dengan lipatan perut.


Sebab-Sebab Pembedahan Caesarean Dilakukan.
Pembedahan caesarean dilakukan kerana ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal. Terdapat 2 keadaan kenapa pembedahan itu dijalankan. Sama ada elektif (dirancang) atau sewaktu kecemasan. Jika ibu menghidap darah tinggi dan diabetes semasa kehamilan, selain saiz bayi dalam kandungan terlalu besar, caesarean dilakukan secara elektif. Kaedah caesarean turut dilaksanakan bagi mengurangkan risiko ibu mengalami keguguran, mandul dan masalah uri rendah. Pembedahan caesarean akan dilakukan secara kecemasan jika bayi lemas dan ibu menanggung sakit bersalin yang terlalu lama.

Faktor Ibu
•Tulang punggung ibu kecil manakala bayi terlalu besar, dan laluannya dikhuatiri tidak muat.
•Ibu tidak boleh meneran atau tidak dapat mengatasi tekanan semasa kelahiran kerana sakit, koma atau pengsan dan sebagainya.
•Ibu mengalami masalah ketumbuhan / tumor pada pangkal rahim dan menyebabkan tiada ruang untuk bayi keluar.
•Pintu rahim tidak boleh terbuka (poor progress).
•Ibu mempunyai komplikasi seperti darah tinggi dan sebagainya.

Faktor Bayi
•Bayi songsang - dibimbangi semasa bersalin kepala bayi tidak dapat keluar.
•Bayi terlalu besar dan tidak dapat keluar melalui tulang punggung ibu.
•Bayi lemas - bayi berak dalam perut, lemas, jantung bayi berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Apabila itu berlaku, pembedahan kecemasan perlu dibuat ketika itu juga bagi menyelamatkan bayi.
•Failed vacuum atau forceps. Kelahiran secara bantuan vakum atau forsep yang tidak berjaya.
•Bayi mempunyai komplikasi seperti badan terlalu lemah atau terlalu kecil (intra uterine growth retardation) atau lain-lain yang menyebabkan ia tidak mampu menghadapi tekanan kelahiran.

Ringkasan Cara-Cara Pembedahan Dilakukan
Doktor akan memberi nasihat kepada ibu sebelum pembedahan dan mengambil persetujuan ibu atau ahli keluarga terdekat. Selepas mendapat tandatangan, ibu akan diperiksa oleh doktor bius. Doktor bius akan mengambil kira pelbagai faktor dan menyatakan cadangan jenis bius yang terbaik untuk ibu.

Bius terbahagi kepada bius general (General Anesthesia) atau bius tidur dan bius separuh badan (Regional Anesthesia). Bius Regional boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu spinal anesthesia dan epidural.

Selepas dibius ibu diminta bertenang dan pembedahan caesarean dimulakan.

Dua jenis torehan boleh dibuat iaitu menegak (longitudinal) atau melintang (transverse). Torehan melintang dikatakan amat sesuai kerana ia cepat sembuh, parutnya tidak jelas kelihatan dan kurang menyakitkan berbanding torehan menegak.

Komplikasi Caesarean Bagi Jangka Pendek Dan Jangka Panjang
Peringkat Awal - Masalah Penyembuhan Luka.
Penjagaan selepas pembedahan adalah sama seperti pantang bersalin secara normal. Dalam tempoh 2 minggu pertama bersalin, badan memerlukan sumber vitamin dan protein yang tinggi untuk proses penyembuhan.

Elakkan mengambil makanan yang kaya dengan minyak, lemak dan manis. Sebaliknya teruskan pengambilan pil-pil vitamin dan zat besi. Makanan yang kaya dengan kalsium harus ditambah bagi mendapatkan susu ibu yang berkualiti. Amalan meminum pati ikan haruan amat baik kerana ia mengandungi sumber kalsium yang tinggi.

Lazimnya, luka akan sembuh selepas 2 minggu. Secara kosmetiknya, parut boleh mencacatkan penampilan. Walaubagaimanapun kaedah funnesteil mampu mengurangkan kesan parut tersebut. Ibu yang bangun dan melakukan aktiviti akan pulih lebih cepat. Amalan menggunakan tungku dan berbengkung boleh dilakukan selepas luka sembuh sepenuhnya dan tidak mengganggu kesihatan. Lakukan jika anda rasa selesa. Anda juga boleh menjalani proses mengurut yang mampu mengembalikan semula bentuk badan dan kecergasan seperti sediakala.

Kesan Jangka Panjang
Hernia
Berlaku disebabkan oleh luka dinding perut yang nipis dan ada kalanya terbuka atau terkoyak di bahagian dalamnya. Usus akan terkeluar dan pusat membengkak. Pembedahan perlu dilakukan bagi menguatkan semula struktur perut ibu.

Adhesion Colic
Ini bermaksud usus melekat pada perut menyebabkan rasa sakit yang berpanjangan.

Bius Semasa Caesarean
General Anethesia - bermaksud bius seluruh tubuh. Ibu akan diberi ubat tidur dan tidak akan sedarkan diri.

Regional Anethesia - Hanya bahagian pinggang ke bawah dibius. Ibu akan sedar seperti biasa.

Bilangan Anak Selepas Caesarean
Tidak dapat dijangka dengan mudah kerana ia bergantung kepada rahim dan perut ibu selepas pembedahan. Biasanya kebenaran diberikan kepada kelahiran tiga hingga empat orang anak. Tetapi, ada juga ibu yang mendapat keluarga yang besar walaupun kesemua anaknya dilahirkan secara caesarean. Menurut undang-undang perubatan, sekiranya pembedahan caesarean dilakukan hanya sekali, kelahiran seterusnya boleh dibuat secara normal. Namum, jika 2 kali kelahiran sebelum ini melalui caesarean, kelahiran seterusnya harus menggunakan cara yang sama (caesarean).

BTL Bermaksud Bilateral Tubal Ligation (Mengikat Mati Kedua Belah Tiub Fallopian)

Jika doktor mendapati dinding perut ibu nipis dan berbahaya untuk mengandung buat sekian kalinya, kaedah BTL akan dicadangkan semasa caesarean. BTL merupakan cara merancang keluarga yang bersifat kekal.

Petikan dari bidanbersalin.blogspot.com
Related Posts with Thumbnails