Posts

Showing posts from November, 2009

Tekanan Darah Rendah / Hipotensis

Pagi tadi saya ke klinik kerana sejak dari semalam saya mengalami pening kepala dan kebelakangan ini saya mengalami cirit birit, najis berwarna hijau dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan pengalaman, semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah tekanan darah. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah cukup 24 minggu..terasa sekejap sahaja masa berlalu..perasaan takut bersalin makin lama makin menebal terbuku di dada...takut!!..hehe. Disebabkan hipotensis, saya ditahan sekejap di klinik untuk dimasukkan air satu botol. Walaupun hari ini saya tidak sihat, tetapi saya perlu kuatkan semangat...semangat untuk balik kampung! Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman..cuti untuk satu minggu lebih. Tak sabar rasanya bercuti, menyambut aidiladha dan berkongsi kegembiraan dengan adik yang baru melangsungkan perkahwinan. Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubat

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d

Pisang Lenyek

Pisang sesuai dijadikan makanan pertama bayi anda. Kebanyakan bayi menyukai pisang kerana rasa lemak manisnya. Bahan-bahan • 1 biji pisang • Susu ibu/ susu formula Lenyek pisang dengan garfu. Tambah susu sehingga sesuai dengan kepekatan yang anda mahu. Susu ibu akan sedikit berair. Anda juga boleh memekatkannya dengan menambah bijirin bayi.

Penjagaan Gigi dan Gusi Anak Anda

Image
Penjagaan gigi perlu bermula sebaik sahaja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa. Kepentingan gigi primer (gigi susu) Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan. Panduan Penjagaan Oral Baru lahir hingga 24 bulan *Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur. *Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja. *Mengatur tabiat makan anak anda. *Berhentikan

Pemakanan Bayi

Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak? Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna. Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan? 6 bulan. Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan? Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan. Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari. Makanan jenis apakah yang boleh diberi Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan di

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil . Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): * Keluarga yang pernah mengalami NTD * Pernah hamil anak yang mengalami NTD * Mengambil ubat sawan * Kencing manis Semua wanita yang merancang unt

Muntah Susu

Apa itu muntah susu? Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Apa yang menyebabkan muntah? Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun. Gejala dan simtom * Keluar secara 'effortless' * Muntah terjadi sebaik minum susu * Muntah selepas sendawa * Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum Tip untuk kurangkan muntah susu *

Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin. Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran. Bersedia untuk kelahiran Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda. Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda: * Menghadiri kelas antenatal * Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan

Tanda-tanda Keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk: * Pendarahan . Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi. * Sakit . Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi. * Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan. Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur: * Usia terutama 35 tahun keatas

Risiko Ketidaksuburan

Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan? Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma doktor yang boleh menentukan punca ketidaksuburan anda. Penyelidikan telah menunujukkan satu dari sepuluh pasangan akan menghadapi masalah untuk hamil. Sekiranya anda salah satu daripadanya jangan risau kerana peluang untuk anda hamil masih ada. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan anda. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemandulan? Sekiranya anda ada mempunyai masalah berikut, beritahulah doktor anda dan jangan membuang masa untuk menunggu selama setahun. Perempuan * Endometriosis * Uterine fibroid * Jangkitan ku

Uri Lekat (Retained Placenta)

Saya tidak pernah mengalami masalah ini, tetapi saya mendapat tahu mengenainya dari suami saya yang menceritakan isteri kepada rakan sekerjanya terpaksa buang rahim kerana mengalami uri lekat dan menyebabkan dia tidak dapat mengandung lagi. "Saya sedang hamil anak kedua..baru 18 minggu.Sewaktu bersalin anak kedua 23 Mac 2008 lepas, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, selepas itu saya menghadapi kesukaran dan ujian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran saya..uri saya tidak dapat dikeluarkan dengan normal..uri saya telah melekat. 2 doktor telah berusaha mengeluarkan uri tersebut dan alhamdulillah berjaya. Namun, selepas itu pula saya mengalami tekanan darah yang tinggi. hampir 8 jam saya berada di labour room..sekarang nie, bila saya mengenangkan kejadian lepas, saya takut." "Saya ada bertanya doktor ada kemungkinan tak lekat uri lagi untuk anak kedua ni, doktor pun tak dapat nak pastikan. Saya masih ingat doktor pelatih pegang tali pusat yang dipotong

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

Apakah akibat kelahiran tidak selamat? Kepada Ibu 1. Pendarahan yang teruk @ banyak yang boleh menyebabkan renjatan dan kematian ibu. 2. Kelahiran yang tersekat @ tersangkut. 3. Berlaku koyakan yang teruk di sela paha dan pintu rahim @ kemaluan. 4. Jangkitan akibat penggunaan peralatan yang tidak basmi kuman. 5. Peranakan @ rahim boleh pecah (reptre uterus) 6. Lekat Uri. 7. Masalah kesihatan kepada ibu sepert :Sawan jika ibu mengalami tekanan darah, tinggi,kegagalan jantung ibu. Kepada Bayi 1. Lemas tertelan air mentuban. 2. Kecederaan di bahagian otak yang boleh menyebabkan terencat akal. 3. Bayi bersaiz besar boleh tersangkut ketika dilahirkan dan mengalami kecederaan di anggota lain. 4. Kesejukan (hipotermia). 5. Kematian bayi. 6. Jangkitan kuman seperti tetanus neonatorum disebabkan penggunaan peralatan yang tidak suci hama untuk memotong tali pusat.

Tanda Tanda Lelaki Subur

Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur; 1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya. 2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita. 3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif. 4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra. 5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita. Selain mengenali

Tip Membersihkan Botol Susu Bayi

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali. Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu t

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

Pernahkah anda terpikir bahawa Botol Susu boleh bahayakan kesihatan bayi anda? Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat/berbahaya adalah bertanda 3,6 dan 7. Hal ini adalah kerana bahan pembuatan plastik tersebut dapat menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Apa itu D&C?

Mengapa perlu D&C D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud: Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim. Apakah tujuan kita melakukan D & C Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah. 1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pint

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir

Image
Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing: 1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari? Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama. 2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya? Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan. 3. Bagaimana pula jika ada ke

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda

(Dari Rumah Ke Wad Bersalin) Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:) Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri. Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan. Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi

Image
SOALAN: ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi? Bapa Serba Tak Tahu, JAWAPAN: BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi. Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui. Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang me

Wanita dan Kesuburan

Image
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita? Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun. Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran. Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun dise

Resepi Bijirin Oat dan Pisang

Image
Bahan-bahan ¼ cawan oat segera ½ cawan air/susu ibu/susu formula ¼ cawan pisang lenyek Penyediaan: Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Didihkan dengan api kecil selama 5 minit. Tutup api, angkat dan masukkan pisang. Kacau rata. Untuk bayi bawah 8 bulan, kisar dengan pengisar sehingga berkrim. Anda juga boleh campurkan atau gantikan pisang dengan buah-buahan lain seperti epal atau peach.

Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi

Tekstur makanan yang berlainan turut menambah kepada kepelbagaian dalam menu bayi selain daripada jenis dan warna makanan. Walaupun memperkenalkan bayi kepada tekstur makanan yang baru merupakan perkara yang baik, namun bayi selalunya memerlukan masa untuk biasa dengan rasa dan tekstur baru. Setiap bayi mempunyai selera yang unik, tetapi transisinya lebih kurang begini : Empat Hingga Enam Bulan : • Makanan dikisar halus sehingga menjadi puri. • Cairkan makanan bayi dengan cecair seperti susu ibu/formula/air suam. • Jika buah-buahan direbus, gunakan air rebusan tersebut untuk mencairkan makanan. • Kisar makanan menggunakan pengisar. • Penapis berjaring halus boleh digunakan untuk menapis makanan sambil melenyeknya dengan sudu. Tujuh Bulan : • Makanan bayi boleh dipekatkan dengan sedikit ketulan-ketulan kecil. • Jika menggunakan penapis untuk menapis makanan, gunakan penapis yang kasar. Lapan Bulan : • Selain daripada memperkenalkan bayi dengan tekstur makanan yan

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca… Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan - Semua makanan pejal : Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna. Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan - Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat : Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis g

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi

Image
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru... Cara 1 Masak nasi seperti biasa. Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat. Cara 2 Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih). Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata. Jerangkan di atas api

Bubur Tauhu Lembut

Resepi untuk bayi(6 bulan ke atas) Untuk 2-3 kali hidangan 1. Nasi 2 sudu 2. Setengah tofu telur/tauhu lembut dihancurkan 3. 1 ekor isi udang dicincang/ beberapa ekor ikan bilis 4. Sedikit Brokoli (agak2) 5. Sedikit Lobak merah 6. Sedikit air Cara-cara nya: Nasi dicampur dengan tauhu/tofu telur, air,dan isi udang/ikan bilis. Biarkan mendidih, last sekali baru masukkan lobak merah dan brokoli. Pesanan :Jangan masak lama sangat sayur-sayuran agar vitaminnya tidak hilang. Bagi bayi yang belum tumbuh gigi bubur bolehlah dikisar atau dilecek.

Dalca bayi

10 bulan keatas. Dal bagus sebab banyak protin.. daging byk iron dan kurang alergi. Sayur sumber serat dan pelbagai khasiat lain. Seimbang untuk makanan bayi. Bahan-bahan: 1 genggam dal rendam semalaman 1 ulas kecik bawang putih sedikit halia 1 genggam daging/ayam/bilis - cincang halus lobak merah dadu kecik 1 biji ubi kentang dadu kecil kacang pis 3 cawan air Penyediaan: Masuk semua dalam periuk (kecuali kacang pis). Didihkan dengan api kecik sampai kacang dal lembut dan hancur, tambah air jika perlu masukkan kacang pis. Kacau-kacau lagi sampai kacang pis masak.

Bubur Oat , Ikan dan Saderi Untuk Bayi

Image
(7 bulan keatas) Bahan-bahan: 1.3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat) 2.ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis secukupnya 3.1 helai daun sedari beserta batangnya 4.secawan air Penyediaan: Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya. Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit. Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak. Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur. Hidangkan.

Bubur Untuk Bayi Anda

Bubur Nasi Bersayur Bayam Bahan-bahan: * beras * bayam * ikan bilis * air Cara-cara: * tanak beras sehingga lembut masukkan bilis. * masak sehingga bilis lembut * masukkan bayam * kisar Bubur Ikan Kacang Pis Bahan-bahan: * beras * kacang pis * isi ikan merah * tauhu * daun sup Cara penyediaan * tanak beras sehingga lembut * masukkan kacang pis, isi ikan dan tauhu * masak sehingga lembut * masukkan daun sup * suamkan dan kisar Bubur Nasi Brokoli Bahan-bahan * 20g beras * 620ml air * 50g brokoli * 10g ikan bilis dibuang tulang Cara penyediaaan * masukkan beras dan bilis ke dalam periuk, tanak hingga menjadi bubur * masukkan brokoli masak sehingga empuk * suamkan dan kisar kasar Bubur Makaroni Bahan-bahan: * 50g makaroni * 30g daging ayam cincang * 30g brokoli * 300ml air Cara penyediaan: * rebus makaroni sehingga empuk dan toskan * rebus daging ayam bersama air sehi

Resepi Makanan Bayi

Image
Fruit Puree Bahan-bahan: 1.Epal/Pear 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Veggie Puree Bahan-bahan: 1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Chicken / Meet Puree 1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil) 2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri Cara Penyediaan: Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan. Stok untuk dibekukan di s

Panduan Menyediakan Makanan Bayi

Image
Selain ibu, bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya. Ikuti tip-tip yang berikut; 1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang. 2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda. 3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur. 4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu. 5. Air yang

Bola Sepak Kelantan ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Bercakap pasal bola tidak semestinya saya meminati bola sepak. Tapi bila orang bercakap mengenai bola sepak sekarang, tiada salahnya saya turut memberi komen dan semangat untuk pasukan negeri kampung halaman saya..'Kawe oghe kelate kan!'. Bila di rumah biasanya suami saya tidak senang menonton perlawanan bola, mana tidaknya..kalau tidak saya yang berkata 'Abang,saya tengah tengok cerita ni, janganlah kacau'..anak teruna saya yang akan bising 'Tak nak engok cite ball!'. Hehe kesian kan suami saya. Anak dan maknya tidak suka tonton bola sepak. Taniah kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan kerana layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009. Setelah hampir 40 tahun menunggu akhirnya pasukan Kelantan berjaya jua melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia. Dari hari ke hari menjelang perlawanan kedua-dua pasukan sudah ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan jikalau menang merebut piala Malaysia. Bagi saya ganjaran tiada salahnya asalkan pemain tahu peranan mas

Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Protein Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet. Iron (Zat Besi) Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi. Calsium (Kalsium) Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda