Bola Sepak Kelantan ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Bercakap pasal bola tidak semestinya saya meminati bola sepak. Tapi bila orang bercakap mengenai bola sepak sekarang, tiada salahnya saya turut memberi komen dan semangat untuk pasukan negeri kampung halaman saya..'Kawe oghe kelate kan!'. Bila di rumah biasanya suami saya tidak senang menonton perlawanan bola, mana tidaknya..kalau tidak saya yang berkata 'Abang,saya tengah tengok cerita ni, janganlah kacau'..anak teruna saya yang akan bising 'Tak nak engok cite ball!'. Hehe kesian kan suami saya. Anak dan maknya tidak suka tonton bola sepak.

Taniah kepada pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan kerana layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009. Setelah hampir 40 tahun menunggu akhirnya pasukan Kelantan berjaya jua melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia. Dari hari ke hari menjelang perlawanan kedua-dua pasukan sudah ditawarkan dengan ganjaran yang lumayan jikalau menang merebut piala Malaysia. Bagi saya ganjaran tiada salahnya asalkan pemain tahu peranan masing-masing. Kepada penyokong-penyokong Kelantan yang akan berada di stadium nanti jaga tingkahlaku dan sabar yer..eheh. Kadang-kadang memalukan dan kadang-kadang tergelak juga melihat aksi-aksi penyokong Kelantan. Tidak kira menang atau kalah.. mesti ada yang tidak kena di akhir tontonan. Itulah uniknya penyokong Kelantan. Awal-awal lagi saya berpesan kepada suami, kalau mahu pergi menonton perlawanan ini boleh..tapi keluar dari stadium sebelum acara semua habis. Semoga Pahlawan Merah ini menang! Gomo kelate gomo!.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku