Kali Pertama



Alhamdulillah akhirnya wujud juga blog ini. Saya akan cuba mengemaskini blog baru saya ini dengan rajinnya. Walaupun saya sudah ada blog sebelum ini, tapi itu tidak bermakna saya berpindah 100% ke blog ini. Blog ini hanya percubaan saya dan saya ingin jadikan ia satu blog perkongsian untuk para pembaca.

Mengapa saya memilih untuk menempekkan gambar itu. ehem saya punya suka la. Sebenarnya gambar itu mengingatkan saya dua kenangan; Pertama itu adalah gambar di mana pertama kali saya menjengah rumah yang kami diami sekarang. Gembira sebab itulah harta termahal kami miliki walaupun rumah kami itu kecil dan biasa sahaja. Tapi itu tak bermakna saya nak menetap diperantauan untuk selama-lamanya. InsyaAllah sebelum saya berumur 40 tahun, saya akan pindah ke kampung halaman. Kedua, bila saya lihat gambar itu, saya teringatkan selipar SANDAK milik suami saya. Pernah semasa kami menziarahi saudara mara, suami saya tertukar seliparnya dia selipar orang lain..punya gelabah dia bila balik rumah selipar bukan SANDAK tapi ASADI. Rupa selipar sahaja yang sama. Sanggup dia pergi balik semata-mata nak tukar selipar. Bukan sebab selipar milik suami saya tu mahal, tapi sebab selipar tu terlalu murah..rasanya tidak sampai RM10 dan sudah buruk.

Kenapa saya wujudkan blog ini? Adalah sebabnya. Salah satunya saya nak pupuk balik diri saya agar membaca dan kongsikan artikel yang menarik dengan blogger-blogger lain. Bukan apa, sejak saya mengandungkan anak kedua saya ini..saya rasa diri saya sudah malas nak menambah ilmu. Semoga segalanya dipermudahkanNya. Amiiin.

Comments

  1. hehe..akhirnya berjaya jugak buat ni..welcome to blog..chaiyok2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku