Posts

Showing posts with the label Petua Kesihatan Bayi

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya. Apabila Bayi Mengalami Kolik * Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan. * Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut. * Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat. * Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI. Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI? Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol....

Petua Hilangkan Selesema Bayi

Image
Selesema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ingin saya kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. 1. Petua gunakan minyak kelapa dara / minyak zaitun dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi. InsyaAllah selesema akan hilang dengan cepat. 2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Atau...sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi. Selamat mencuba :)

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Simptom bayi kembung Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik. Mengapa bayi kembung Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran...

Apabila Anak Batuk Berkahak dan Selesema

Image
Minggu lalu saya menyerahkan anak kedua saya Rakin Syahid kepada doktor pakar kanak-kanak di Pusat Rawan Azzaharah Bangi berikutan batuk dan selesema yang tak pulih-pulih. Rakin ditahan wad selama 3 hari 2 malam, sehingga kahak dan selesemanya benar-benar pulih. Di wad, Rakin diberi 'nebulizer', jalani fisioterapi, ubatan serta sedut kahak dan hingus. Alhamdullah selepas 4 hari Rakin pulih. Dari situ, saya dapat mempelajari teknik fisioterapi pada bayi, iaitu teknik tepuk yang betul pada bayi yang mana ia boleh membantu melegakan kahak dan selesema pada bayi. Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/, artikel menerangkan mengenai batuk berkahak pada bayi dan suka saya kongsikan dengan pembaca blog saya mengenainya. BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca ...

Anak Demam

Image
Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut. Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37. Jika suhu naik sampai 39-40, perlulah basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun. Pakaian tebal dan stoking perlu dielakkan ketika anak demam. Berdasarkan petikan dari http://www.susu.my. APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika ...

Muntah Susu

Apa itu muntah susu? Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun. Apa yang menyebabkan muntah? Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun. Gejala dan simtom * Keluar secara 'effortless' * Muntah terjadi sebaik minum susu * Muntah selepas sendawa * Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum Tip untuk kurangkan muntah susu *...

Tip Membersihkan Botol Susu Bayi

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali. Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu t...

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

Pernahkah anda terpikir bahawa Botol Susu boleh bahayakan kesihatan bayi anda? Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat/berbahaya adalah bertanda 3,6 dan 7. Hal ini adalah kerana bahan pembuatan plastik tersebut dapat menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.