Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya.

Apabila Bayi Mengalami Kolik
* Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan.
* Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut.
* Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat.
* Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI.

Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI?
Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol.

Adakah bayi kesakitan kerana kolik?
Bayi yang terkena kolik akan merasa tidak selesa. Namun demikian, sebahagian besar doktor mengatakan bahawa "penderitaan" ibubapa yang melihat anaknya tidak henti menangis lebih besar dibandingkan dengan rasa sakit yang dirasakan bayi itu sendiri. Kolik boleh bertahan sampai usia bayi 3-4 bulan (sampai sistem pencernaannya kuat), tapi yang pasti kolik akan hilang. Dan kolik tidak mengganggu pertambahan berat badan pada bayi.

Apa yang harus kita lakukan?
* Berjumpalah doktor, pastikan bahawa memang ini kolik, ceritakan semua gejala-gejalanya, dilengkapi dengan keterangan penting lain seperti (kekerapan minum, ASI/formula, kekerapan buang air besar, dll)
* Kerapkan minum susu, tapi sedikit-sedikit. Ini untuk memperingan fungsi saluran pencernaan bayi yang belum terlalu kuat. Memang bayi akan selalu menangis dan haus. Haus disebabkan zat asam yang naik ke kerongkongannya yang membuatnya merasa panas dan ingin minum.
* Setelah selesai minum, sendawakan bayi. Ada banyak teknik untuk membuat bayi bersendawa antaranya dengan mendukungnya dengan posisi memeluk di dada dan menepuk punggungnya.
* Ketika bayi menangis jangan baringkan dia. Ambil lah posisi duduk yang selesa, lalu pangkulah bayi sehingga dia juga duduk di pangkuan, dan menghadap ke arah ibubapanya. Posisi duduk sekaligus akan menekan perutnya dan membuat dia merasa lebih selesa.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG