Kawan-kawan

Masalah biasa dikalangan bayi (Menangis)

Ibu bapa menghadapi pelbagai masalah walaupun dengan bayi yang baru lahir. Antara masalah yang biasa berlaku ialah menangis.

MENANGIS
Semua bayi menangis kerana menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi. Jika ibu bapa memahami “bahasa bayi” ini, maka mereka dapat menangani anak-anak mereka dengan lebih baik. Tangisan bayi mempunyai corak yang berlainan mengikut sebabnya. Antara sebab bayi menangis;
Sakit
Bayi menjerit dengan nyaring kemudian senyap sebentar, lalu menjerit-jerit lagi dengan nyaring. Contohnya apabila bayi dicucuk dengan pin penyemat atau kepalanya terhantuk atau diberikan suntikan.
Lapar
Sedu-sedan yang singkat, berentak dan tidak sabar. Tangisan jenis ini berhenti sebaik sahaja bayi diberikan susu.
Mengantuk
Merengek sambil menggosokkan mata atau pipi.
Berasa tidak selesa
Rengekan yang berterusan. Bayi mungkin sakit mengalami kolik atau berasa panas.
Bosan
Mula-mula menangis secara merungut, kemudian meratap. Bayi berhenti menangis apabila diberi perhatian, mainan atau didukung.
Menangani tangisan bayi
Setelah mengenal pasti jenis tangisan bayi anda, selesaikan masalah atau keperluannya. Ia mungkin tangisan untuk susu atau mahukan perhatian anda seperti tukar lampin, untuk tidur, untuk didukung, untuk pakaian yang lebih panas atau ventilasi yang lebih baik. Namun bayi mungkin menangis tanpa sebab yang ketara.

Cubalah cara-cara berikut untuk menenangkan bayi menangis tanpa sebab:
* Dukung bayi dengan merapatkannya ke dada anda dan mula berjalan ke sana sini.
* Bedung bayi dengan selimut atau kain. Bayi akan berasa lebih selamat, selesa dan tenang.
* Dodoikan bayi anda untuk menidurkannya.
* Sesetengah bayi boleh ditenangkan dengan pergerakan seperti menaiki kereta, menaiki kereta sorong atau dibuai dalam buaiannya.
* Berikan bayi puting. Dia mungkin ingin menghisapnya tetapi tidak memerlukan makanan.
* Ingat! Jangan Goncang bayi anda.
* Walau bagaimana geram dengan tangisannya, jangan sesekali andan menggoncang bayi anda. Menggoncang tidak akan menghentikan tangisannya tetapi mungkin menyebabkan kebutaan, kerosakan otak ataupun maut. Minta orang lainmenguruskan bayi apabila anda menjadi semakin ganas.
* Adakah bayi mengalami masalah perubatan?
* Tangisan, terutamanya yang bernada tinggi, mungkin menunjukkan masalah perubatan. Perhatikan corak, jangka masa dan keamatan tangisan anak anda dan berbincanglah dengan doktor. Bayi mungkin mengalami kolik atau masalah perubatan yang lain.

Petikan Dari: http://nanahanif.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails