Posts

Showing posts with the label Wanita dan Kesuburan

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d...

Risiko Ketidaksuburan

Adakah saya menghadapi masalah ketidaksuburan? Sekiranya anda berusia kurang dari 35 tahun dan masa mencuba untuk hamil kurang dari satu tahun, tiada sebab untuk anda merasa bimbang. Walaubagaimanapun, sekiranya anda telahpun melakukan hubungan kelamin selama lebih dari satu tahun tanpa mengunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan, ada kemungkinan yang anda dan suami mengalami masalah yang menganggu peluang anda untuk hamil. Cuma doktor yang boleh menentukan punca ketidaksuburan anda. Penyelidikan telah menunujukkan satu dari sepuluh pasangan akan menghadapi masalah untuk hamil. Sekiranya anda salah satu daripadanya jangan risau kerana peluang untuk anda hamil masih ada. Berjumpalah dengan doktor untuk mengenal pasti punca ketidaksuburan anda. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kemandulan? Sekiranya anda ada mempunyai masalah berikut, beritahulah doktor anda dan jangan membuang masa untuk menunggu selama setahun. Perempuan * Endometriosis * Uterine fibroid * Jangkitan ku...

Apa itu D&C?

Mengapa perlu D&C D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud: Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim. Apakah tujuan kita melakukan D & C Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah. 1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pint...

Wanita dan Kesuburan

Image
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita? Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun. Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran. Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun dise...