Posts

Showing posts with the label Penyusuan Susu Ibu

Ilmu Penyusuan, Apa yang Ibu-ibu Perlu Tahu

Image
Sumber dari facebook Wan Nihayah Niha

Cara-cara Memindahkan Stok EBM / Susu

Image
Setelah habis tempoh berpantang, buat pertama kalinya saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya saya nak pindahkan kesemua stok EBM saya dari Kelantan ke Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi, usah pening kepala :)...tanyakan sahaja dengan tuan google..pasti ada blogger yang bermurah hati kongsikan cara dan pengalaman masing-masing travel dengan EBM. Huh pengalaman saya kali ini mencabar kesabaran saya dan suami. Kami terpaksa melakukan proses packing ebm sebanyak 2 kali gara-gara kereta buat hal :). Mujurlah segalanya dapat diatasi dengan jayanya. Ok mari kita tunjukkan cara-cara packing EBM untuk pindahkan dari kampung ke rumah yang dirindui. Pertama sekali, kawan-kawan perlulah menyediakan barang-barang seperti gambar di bawah. Sediakan cooler box, ice cube, garam(untuk melambatkan proses kecairan ice cube) dan tuala kecil yang dilembapkan. Langkah-langkahnya, masukkan ice cube pada dasar cooler box. Taburkan garam. Kemudian susun ebm dan lapiskan...

Petua Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah : 1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. 2. Susukan bayi pada ke...

Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka

Image
Bermulanya puasa, saya mengalami dehidrasi sehingga menyebabkan saya kepeningan, rasa loya dan muntah-muntah selama beberapa hari. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkenaan puasa di bulan ramadhan kepada ibu menyusu dan wanita hamil, boleh merujuk di Puasa Ibu Menyusu dan juga boleh merujuk di Info Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka .

Sentiasa Mengambil Langkah Berjaga-Jaga - Penyimpanan EBM

Image
Assalamualaikum. Pernah terjadi kepada diri sendiri, peristiwa EBM cair atau rosak akibat daripada sikap cuai saya tidak menutup rapat pintu freezer . Dan, ambil ikhtibar dari kejadian rakan pejabat yang pulang ke kampung selama seminggu. Tetapi, plug deep freezer tertolak keluar dari soket suis ketika blackout . Dan, menyebabkan beratus-ratus Oz EBM cair atau rosak. Apa jua keadaan, menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menutup pintu freezer . Saya akan selalu menjeling ke arah peti ais dan freezer untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kalau bukan kita, mungkin kecuaian daripada suami atau anak-anak. Ketika pulang ke kampung atau keluar dari kawasan dalam tempoh yang lama juga, suami saya bertanggunjawab membuat pesanan ringkas kepada jiran. Sekiranya berlaku 'blackout', minta jiran on kan punca elektrik. Dan kalau tak keberatan, minta jiran meninjau keadaan peti ais kita dalam keadaan on selepas berlakunya blackout . Untuk memudahkan kerja jiran, pasang...

Susu Ibu Tidak Mencukupi?

Pasti ibu-ibu sangat khuatir sama ada susu yang dihasilkan memenuhi keperluan bayi atau tidak. Sebenarnya penghasilkan susu bergantung kepada kekerapan bayi menyusu dan minda ibu ketika bayi sedang menyusu. Berikut adalah petikan yang saya ambil dari http://susu-terbaik.blogspot.com. Menurutnya, apabila bayi menghisap payudara, hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan. Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu. Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi? Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti ke...

Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke? Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan. Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/ Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam: • Mudah digunakan . Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan. • Berat dan saiznya . Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah ...

Kenapa Perlu Buat Stok Susu Beku yang Banyak?

Image
Kenapa perlu buat stok susu yang banyak? Jawapan ia senang sahaja, ia ibarat pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa yang mendatang. Sementara rezeki susu masih banyak, tak salah kita sedaya upaya manfaatkan rezeki dan masa yang ada. Kenapa saya membuat stok beku yang banyak? Antara sebab perlunya simpan stok susu adalah : 1. Target saya menyusukan Rakin sehingga umurnya 2 tahun. Saya tidak tahu adakah hari esok susu saya masih banyak seperti hari ini. Untuk itu, saya memang perlukan stok yang banyak supaya anak saya terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%. InsyAllah. 2. Melalui pengalaman kawan-kawan, susu ibu ada pasang surutnya. 3. Anak saya juga ada masanya minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman saya sehari. Oleh itu, saya perlukan stok susu beku untuk cukupkan permintaan dari anak. 4. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, kerja luar atau pergi kursus ditempat jauh daripada anak, maka suami boleh sediakan susu ke...

Hukum Ibu Susuan

Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober. Soalan: 1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi. 2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)? 3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan? Jawapan: 1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut. 2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain. 3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung...

Cara Meningkatkan Susu Ibu

Penyusuan di Bulan Puasa

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan. Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'. Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya. Suka saya kongsikan jadual pemaka...

Dari 4 kepada 6

Image
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku...

Susu Merundum

Image
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol. Ini pula si c...

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Menyusukan Bayi

Petikan dari Mesra.net Info Keibubapaan dan penjagaan anak. Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar. Susui bayi anda selama mana yang di...

Bahaya Penggunaan Susu Formula

• Bayi kekurangan khasiat penyusuan ibu • Air yang digunakan bagi penyediaan susu mungkin tercemar • Susu formula yang menyebabkan perbelanjaan yang membazir, bermakna kurang agihan makanan kepada ahli yang lain • Ahli keluarga mungkin mencairkan susu supaya ia tahan lebih lama dan menjimatkan • Kesilapan membancuh mengakibatkan penyakit • Mengandung yang terlalu kerap membebankan keluarga

Cabaran Awal Penyusuan, Bersedialah!

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com Cabaran awal yang bakal dilalui oleh ramai para ibu yang berniat menyusukan bayi mereka biasanya adalah cabaran yang bisa membuatkan si ibu goyah, patah semangat dan berputus asa. Pada waktu ini jugalah baru si ibu sedar betapa pentingnya memiliki dan menggali ilmu-ilmu penyusuan serta mendapat sokongan khasnya daripada suami tersayang. Saya akan cuba mengupas isu ini seringkas mungkin. Saya akan berikan situasi-situasi utamanya dahulu kemudian baru cara-cara menghindarkan, mengatasi dan menangani situasi-situasi itu di entri akan datang. Antara cabaran yang bakal ditempuhi ialah: 1. Pandangan keluarga dan masyarakat Perlu diakui, betapa banyak keluarga di Malaysia yang tidak terdedah dengan peri pentingnya anugerah Tuhan ini. Setiap hari kita terlalu dimomokkan oleh media massa dan elektronik betapa hebatnya susu-susu formula yang dinaik taraf kandungannya dari masa ke masa. "Susah nanti kau nak bekerja, anak asyik nak bergayut saha...

Antara Skil 'Bunuh Diri' dalam Penyusuan Ibu

Petikan dari http://menyususimanja.blogspot.com/ Secara asasnya, apabila sebut sahaja penyusuan ibu, kita tidak lari daripada memikirkan perkara-perkara berikut yang secara tidak langsung mencipta alasan dalam menjayakan penyusuan ibu. Antaranya ialah: 1. "Susu tidak cukup." 2. "Saya ibu bekerja, mustahil saya boleh lakukan." 3. "Saya terlalu sibuk." 4. "Saya bertubuh kecil." 5. "Saya dah cuba bermacam-macam cara, tetap tidak berhasil." 6. "Orang boleh kata apa sahaja, tetapi saya yang alaminya." 7. "Keturunan saya memang tiada susu badan." Saya yakin pasti tidak cukup ruangan comel ini dengan pelbagai lagi alasan, kerana manusia yang lemah sentiasa mencipta seribu satu alasan. Mahu marah dengan pernyataan saya? Rasa geram? Itu perkara normal selagi kita bernama manusia. Ibu-ibu sekalian, percayalah tidak ada jalan mudah untuk kita menjayakan penyusuan. Mengapa agaknya kebanyakan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka d...

Bagaimana Bekalkan EBM / Susu ke Pengasuh / Pusat Asuhan

Image
Gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com/ Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Saya bertuah kerana Pusat Asuhan yang saya hantar anak saya berpengalaman menguruskan bayi yang minum EBM, maka tidak perlulah saya bersusah payah menerangkan satu persatu kepada pengajarnya. Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah). Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya. Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekira...

Urutan Melancarkan Aliran Air Susu Ibu

Image
Gambar dan petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com Click gambar untuk melihat dengan lebih jelas. Mulakan dengan bahagian belakang, urut ke atas kawasan yang diloretkan. Kemudian sambung dengan mengurut bahagian depan dari bahu turun ke pangkal payudara anda. Jika ada ketulan, tuam dengan tuala yang ‘disuamkan’.

'Cracked Nipple'- Bagaimana Menghadapinya?

Petikan dari http://sweetstory.yuitsumuni.com 'Cracked nipple' kerap berlaku bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Berikut adalah antara perkara yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan ataupun mengurangkan rasa sakit(jika berlaku): - Sebelum susukan anak atau perah susu, sapukan sedikit susu pada puting,. Ini akan membantu refleks 'let-down', melembutkan puting susu dan membiarkan bayi anda mengisap lebih lembut dan mudah. - Adakah bayi anda mengisap dengan betul ?? - 'latch' yang tidak betul boleh menyebabkan anda terasa sakit, puting susu kering atau pecah-pecah. Pastikan bayi memasukkan seluruh bahagian aerola ke dalam mulutnya. bukan hanya puting. - Biarkan bayi anda mulai menyusu pada payudara yang lebih sakit bagi membantu anda mengurangkan rasa sakit. - Ubah kedudukan bayi anda setiap kali menyusu jangan kekal dalam satu posisi sahaja. - Jangan biarkan bayi anda tertidur ketika menyusu ataupun membiarkan dia menggonggong kerana ini boleh menyebabkan luka a...