Bagaimana Bekalkan EBM / Susu ke Pengasuh / Pusat Asuhan

Gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com/

Hari ini saya nak kongsikan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Saya bertuah kerana Pusat Asuhan yang saya hantar anak saya berpengalaman menguruskan bayi yang minum EBM, maka tidak perlulah saya bersusah payah menerangkan satu persatu kepada pengajarnya.

Setibanya di rumah, saya akan mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah).

Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam saya akan keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi saya letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti(bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya.

Seawal jam 5 pagi saya biasanya bangun mengepam, selepas mengepam saya akan mulakan proses memindahkan EBM yang dicairkan ke dalam botol (sekiranya simpan didalam plastik) dan melabelkan botol-botol susu untuk ke pusat asuhan. Mula-mula saya akan susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Manakala baki 'fresh EBM' di bahagian sejuk saya akan pindahkan ke bahagian beku.
Cara melabel, saya akan labelkan dulu EBM yang telah dicairkan kepada nombor 1, nombor 2 dan nombor 3. Sebabnya EBM beku yang telah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24jam. Jadi anak saya akan habiskan EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Dan 3 botol 'fresh EBM' akan dilabelkan mengikut turutan dari nombor 3 hingga nombor 6.
Mengapa kita perlu sediakan 'fresh EBM'? Sebabnya anak kita, kadang-kadang tidak habiskan kesemua stok susu yang kita bekalkan setiap hari, mungkin 4 atau 5 botol sahaja yang dapat dihabiskan. Atau mungkin kesemua susu dapat dihabiskan sekiranya saya lewat mengambilnya di pusat asuhan. Sekiranya susu tersebut tidak dihabiskan, saya akan meminta jasa baik pengajar pusat asuhan untuk terus meletakkan susu tersebut di dalam peti ais Pusat Asuhan untuk digunakan keesokkan harinya. 'Fresh EBM' dapat tahan selama 2-3 hari dibahagian sejuk peti ais. Dan sekiranya hari tersebut adalah hari jumaat(hari terakhir bekerja) saya akan membawa pulang 'Fresh EBM' tersebut untuk dibekukan.

Amaran; EBM beku yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sekiranya bayi anda tidak menghabiskan stok dari EBM beku yang telah dicairkan dalam tempoh 24 jam, susu tersebut perlu dibuang. Maknanya membazir kan?.

Saya juga sediakan 'bottle warmer' untuk pengajar pusat asuhan memanaskan susu. Maknanya pengajar tidak perlu memanaskan air semata-mata untuk merendam susu. Sebenarnya kita sangat digalakkan menggunakan pemanas botol khas kerana EBM tidak boleh dipanaskan lebih 40 degree, nanti merosakkan nutrien.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG