Cara Menyimpan EBM ke Plastik Susu (Breast Milk Storage Bag)

Gambar dan petikan dari memorisusuanku.blogspot.com

'EBM = Expressed Breast Milk'Selain botol, saya juga menyimpam EBM di dalam plastik susu khas. Plastik susu ini dapat menjimatkan ruang peti ais, tetapi sedikit renyah apabila ingin pindahkan susu ke botol susu. Biasanya saya akan pindahkan susu dari tempat beku ke bahagian sejuk pada jam 11 malam, dalam 5.30 pagi saya akan pindahkan susu ke botol. Kemudian masukkan kembali ke bahagian sejuk.

Bahan-bahannya seperti dibawah:
(Petikan dan gambar dari memorisusuanku.blogspot.com)
1. EBM
2. Plastik susu
3. Getah utk pengikat
4. Gunting
5. 'Masking tape'
6. Pen
1. Lekatkan 'masking tape' untuk catat tarikh/masa.
2. Isi EBM mengikut sukatan berapa banyak bayi anda minum setiap sesi. Untuk pindahkan susu ke plastik susu, goncang dengan perlahan terlebih dahulu bagi sebatikan lemak dan air susu. Kemudian masukkan botol ke dalam plastik, sambil kita memegang di kepala botol dan terbalikkan dengan pantas.
3. Ikat EBM dan pastikan ruang udara dalam 1 cm atau lebih, supaya bila sudah dicairkan senang kita hendak goncang lemak dan air.
4. Siap! Boleh simpan dalam peti ais dahulu, selepas 24 jam boleh bekukan untuk simpanan.
Biasanya kesilapan ibu-ibu selepas mengepam, terus memasukkan susu yang masih suam ke tempat beku. Susu tidak boleh terus dibekukan, kena masuk ke dalam bahagian sejuk untuk samakan suhu EBM dahulu.

Comments

  1. salam..dekat mane nk dptkn storage bags ni? -aishah-

    ReplyDelete
  2. wslm. kat kedai2 online ada...kat kedai2 brg bb pun ada. Saya biasabya bli sini http://www.enjoybreastfeed.com

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Baca kat sini ada yang tanya pasal sealer tu kan.Saya tgh berusaha untuk bf anak ketiga sekarang ni (dalam pantang). Anak 1 dan 2 memang takder EBM ni pun dulu.Dalam pantang dah minum formula. Kebetulan dah terbeli plastik YHAB tu.Pening gak memula sebab tgk takder sealer. Kebetulan makcik nak buat muffin bwk sealer dr umah dia so sy pun buatlah cam Farha tu.Best giler tp ni dia dah bawak balik terpaksa gi cari beli ni. So makcik sy tu beli kat kedai buat kek ( Kedai Bagus). Harganya RM95.00

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane beli YHAB?
      ctfazilah@gmail.com 0172542369

      Delete
    2. mane beli YHAB?
      ctfazilah@gmail.com 0172542369

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG