Posts

Showing posts with the label Kelahiran

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Sumber : Nini Syikin Shammuin Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus. Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandun g dalam QASEH. Sila baca yer.. NEONATAL JAUNDICE Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka. AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH. Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundi...

Persediaan Si Ibu dan Anak Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

Seawal 30 minggu ibu dan bakal ibu perlulah membuat persediaan barang-barang yang perlu dibawa pada hari bersalin nanti. Setelah google di sana-sini, saya jumpa senarai ini, ada yang boleh ikut ada yang tidak. Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital) 1. Beg Pakaian. 2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil) 3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1. 4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll) - Komen; Biasanya kalau bersalin di hospital swasta, alatan mandi telah disediakan. 5. Kain batik untuk dipakai 3 - KOmen; Perlu bawa beberapa helai sebab ada hospital yang sudah sediakan pakaian untuk pesakit ada yang tidak. 6. T-Shirt 3 7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil) 8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga. 9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik ...

Apa Itu Caesarean?

Jenis-Jenis Pembedahan Caesarean Jenis pembedahan caesarean merujuk kepada bagaimana potongan dibuat. Jenis Classical merujuk kepada pembedahan secara menegak, iaitu dari bawah pusat hingga ke tulang pelvis. Kaedah kedua ialah potongan secara melintang, dilakukan di bawah lipatan perut yang yang dinamakan funnesteil. Cara ini lebih popular kerana parutnya tidak ketara. Malah ia memberi keselesaan untuk bergerak, bangun dan duduk selepas pembedahan kerana selari dengan lipatan perut. Sebab-Sebab Pembedahan Caesarean Dilakukan. Pembedahan caesarean dilakukan kerana ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal. Terdapat 2 keadaan kenapa pembedahan itu dijalankan. Sama ada elektif (dirancang) atau sewaktu kecemasan. Jika ibu menghidap darah tinggi dan diabetes semasa kehamilan, selain saiz bayi dalam kandungan terlalu besar, caesarean dilakukan secara elektif. Kaedah caesarean turut dilaksanakan bagi mengurangkan risiko ibu mengalami keguguran, mandul dan masalah uri rendah. Pembedahan ca...

Keperluan Ibu Semasa Berpantang

Untuk ibu yang baru, jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal untuk kita juga penting, akan membantu diri kita lebih mudah ketika berpantang. Pakaian - Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah panas dan berpeluh. - Kain batik – senang pakai - Seluar pakai buang - beli cukup untuk tempoh seminggu. - pad hamil - Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan - Bengkung – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut Makanan Kesihatan - Ubat-ubatan / Vitamin - memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor - Jamu/makanan kesihatan untuk ibu baru bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan ia itu sesuai untuk kita dan penyusuan. Penyusuan Badan - Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa - Pad alas payudara - untuk elak dari bra basah akibat susu melimpah. Biasanya susu payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu...

Amalan Sunat Sebelum dan Selepas Bersalin

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat. Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah...

Doa Amalan Ketika Mengandung

Image
Doa amalan selepas Solat Lima Waktu: Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Tanda-tanda Bersalin

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin. Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran. Bersedia untuk kelahiran Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda. Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda: * Menghadiri kelas antenatal * Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan ...

Uri Lekat (Retained Placenta)

Saya tidak pernah mengalami masalah ini, tetapi saya mendapat tahu mengenainya dari suami saya yang menceritakan isteri kepada rakan sekerjanya terpaksa buang rahim kerana mengalami uri lekat dan menyebabkan dia tidak dapat mengandung lagi. "Saya sedang hamil anak kedua..baru 18 minggu.Sewaktu bersalin anak kedua 23 Mac 2008 lepas, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, selepas itu saya menghadapi kesukaran dan ujian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran saya..uri saya tidak dapat dikeluarkan dengan normal..uri saya telah melekat. 2 doktor telah berusaha mengeluarkan uri tersebut dan alhamdulillah berjaya. Namun, selepas itu pula saya mengalami tekanan darah yang tinggi. hampir 8 jam saya berada di labour room..sekarang nie, bila saya mengenangkan kejadian lepas, saya takut." "Saya ada bertanya doktor ada kemungkinan tak lekat uri lagi untuk anak kedua ni, doktor pun tak dapat nak pastikan. Saya masih ingat doktor pelatih pegang tali pusat yang dipotong...

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bayi Baru Lahir

Image
Terdapat beberapa perkara penting yang kita perlu ambil berat tentang bayi yang baru lahir, iaitu tabiat usus dan pundi kencing: 1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari? Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama. 2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya? Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan. 3. Bagaimana pula jika ada ke...

Persediaan Untuk Menyambut Bayi Anda

(Dari Rumah Ke Wad Bersalin) Anda pernah bersalin? Jika pernah, sudah tentu anda mempunyai pengalaman yang sungguh berharga. Jika anda sedang mengandung anak yang pertama… harap tulisan seterusnya dapat memberikan anda idea persediaan untuk menghadapi masa masa hampir nak bersalin sehinggalah akhirnya melahirkan bayi yang ditunggu tunggu:) Apabila anda mengalami tanda tanda untuk bersalin, anda perlu ke pusat bersalin atau pun hospital yang anda telah pilih dengan segera. Jadi ada baiknya, sebelum sakit bersalin lagi, anda telah pergi berjumpa Dr. atau kakitangan di sana untuk mengetahui prosedur kemasukan dan bagaimana proses seterusnya. Setiap pusat bersalin atau hospital mempunyai prosedurnya yang tersendiri. Tanda tanda bersalin seperti rasa sakit seolah-olah senggugut (lebih sakit dari senggugut), perut mengeras dengan lebih kerap berbanding biasa, air ketuban mula mengalir keluar dan pendarahan. Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa (biasanya suami ...