Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan
Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d...