Surat Kepada Pemilik Pusat Asuhan Anakku Rakin

Sakit hati bila memikirkan perkara itu. Untuk peringatan bersama ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua. Ceritanya begini, mulai tahun baru yang seminggu lepas, saya menukarkan anak saya ke pusat asuhan yang lain berikutan kesihatan anak saya selalu terganggu (selesema dan batuk) yang berpanjangan. Apa yang saya kesalkan pemilik pusat asuhan lama anak saya yang saya rasa sedikit kurang ajar. Malas saya hendak memberi penerangan yang panjang lebar, tapi bolehlah kawan-kawan membaca surat saya kepada pemilik pusat asuhan tersebut yang saya karang ketika hati saya membuak-buak dalam kemarahan :).

'Assalamulaikum Puan,

Ada beberapa perkara yang saya rasa tersangat tidak berpuas hati dengan pengurusan puan.
1. Minta puan bayangkan sekiranya puan meminjamkan barang milik puan dengan keadaan elok dan bersih, tetapi dipulangkan dengan keadaan yang sangat teruk dan peminjam itu bukan sahaja tidak memberi alasan yang munasabah malah tidak meminta maaf. Dari situ ibubapa pun boleh tengok, kalau dah barang yang diserahkan rosak dan hilang, boleh jadi anak yang diserahkan juga boleh jadi macam tu.
Bottile warmer - Saya terima alasan puan mengatakan bottle warmer terjatuh dan pecah sebab budak tertolak, tetapi setahu saya ia di dalam bilik baby, keadaan meja dibilik tersebut, tidak mungkin bayi yang masih kecil boleh berpaut kerana meja tersebut agak tinggi. Takkan baby tolak pengasuh?
Baby carrier – Saya minta puan tengok sendiri keaadaan baby carrier milik Rakin. Saya serahkan baby carrier untuk memudah cara pengasuh-pengasuh disitu. Saya hantar baby carrier masih elok, bersih dan berfungsi dengan baik.
Tuala dan 2 helai blanket – hilang.
Berikutan pengasuh yang selalu bertukar, itulah barang-barang Rakin yang hilang dan rosak. Tak cukup dengan itu, ketika saya melawat tempat Rakin pada hari 2 Jan 2011, bilik baby sungguh tak terurus, dengan bau hancing, tilam-tilam baby bertimbun dan kotor dan lantai yang tidak bersih. Patutlah saya kerap mendengar keluhan ibu-ibu lain yang bayinya yang dihantar ke situ selalu kena penyakit. Kalau pengasuh puan tak mampu untuk bersihkan tilam dan bantal, mintalah ibubapa yang bersihkan (seperti yang dibuat sebelum ini).

2. Buat pengetahuan puan, inilah pengalaman pertama saya berhadapan dengan pusat asuhan kanak-kanak yang seperti ini. Kerap bertukar pengasuh dan pengurusan yang begitu tidak memuaskan. Saya bukanlah mengharapkan ganti rugi daripada puan, kalau dikira dengan jumlah yang betul, nilainya lebih RM300. Saya cuma mahu puan mengakui kesalahan puan. Sepatutnya puan mementingkan kepuasan pelanggan dan buat pengurusan yang betul, bukannya melepaskan kepada pekerja-pekerja puan semata-mata. Pantaulah pekerja-pekerja puan membuat kerja dan berilah latihan yang cukup kepada mereka sebelum masuk bertugas. Bayangkan kalau anak puan yang masih bayi ditempatkan ditempat yang sedemiakian, walhal yuran dibayar setiap bulan.

3. Seharusnya tujuan puan membuka pusat pengasuhan ini bukan hanya sekadar untuk mengaut keuntungan sahaja tetapi sebaik-baiknya sediakanlah kemudahan dan jagaan yang baik sebagaimana puan harapkan jika anak puan sendiri membesar di sini. Saya berharap puan dapat menerima teguran saya ini dengan hati yang terbuka. Berubahlah untuk kebaikan. Sekian terima kasih.'


Jagalah prestasi. Jagalah kualiti. Jagalah hati pelanggan anda.

Comments

  1. Dasyatnya taska tu. pahtu mung antar rakin mn lo ni? aku dlu xfikir sgt pasl taska sbb skjp je antar Γ‘in tp skang rsnya kna hati2 jugak lepas nih..

    ReplyDelete
  2. yanie>>aku hantar taska tempat abg dia thn lepas...lama dah aku bookg situ..thn ni baru dpt. Kat taska baru dia mmg limit..nak jaga bb 5 org je..xmo ramai2. Taska lama ramai giler bb..cikgu 2 org jah..tamak sungguh!!! Benci aku! haha

    ReplyDelete
  3. huhu..terharunyer bace....dasyat2..sian rakinn..

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Boleh tahu kat taska mana tu? Sekarang Rakin di taska mana?

    Saya pun pernah melalui pengalaman tak best kat taska. Kot manalah tau taska yang sama

    ReplyDelete
  5. wslm...dalam area perumahan umah sy...bayu c h. Pernah hantar situ x? Ada beberapa taska n tadika kat situ di bwh owner yg sama.

    ReplyDelete
  6. Yang hijau kat corner tu ya? Pernah hantar sana masa Nuryn dah setahun lebih.

    Yang satu lagi kat Putra Budiman pun pernah hantar juga dari Muqry 5 bulan sampailah setahun setengah. Kat situlah Nuryn jatuh buai masa umur dia 5 bulan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG