Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama.

Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com

Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti.

Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik.

Ikuti tips ini:

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.
2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (saya dah ikuti kursus ini – sekadar untuk pengetahuan sendiri).

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. Saya pernah bertanya kepada seorang pengasuh di sebuah taska (dirahsikan namanya) di Kota Damansara tentang pengisian untuk baby. Anda nak tahu apa yang dia kata? ‘ Baby tahu apa? ‘ Ya Allah, saya rasa macam nak tampar jer muka dia hehehe (takla sampai ke situ).
Jangan tipu saya! Saya dah pernah pergi kursus dan saya tahu apa yang perlu diajarkan kepada bayi. Jika anda nak tahu, pengasuh taska pun perlu buat Lesson Plan/Rancangan mengajar. Ini adalah guideline dan peraturan JKM sendiri.

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.

Ok itu sahaja.

Comments

  1. tq yer bagui info nih..sedikit sebanyak dapatlah membantu nurul yang memang tengah nak hantar ke nursery anak nurulni.dah 1thun setengah

    ReplyDelete
  2. yup mmg bagus...byk info dari situ. tq ya

    ReplyDelete
  3. masa pergi survey saya melihat bagaimana mereka menjaga bayi2 yg lain, dari segi keselamatan dan kebersihan. saya juga minta menu apa yg mereka akan sediakan pada kanak-kanak di tasaka. biar lah bayar mahal asalkan kebersihan dan keselamatan anak kita terjaga.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG