Posts

Showing posts from 2010

Si Kecilku Selalu Terjatuh

Image
Ini calar yang Rakin dapat ketika saya tertidur dan dia merayap-rayap ke sana sini, akhirnya terjatuh ketika berdiri di bucu meja. Semalam si kecil Rakin terjatuh dan terhentak di birai meja ketika dia dalam posisi berdiri ingin mengambil mainannya yang terjatuh dari pegangannya. Anakku ini selalu terjatuh, tapi kali ini walaupun tidak luka tapi bunyi hentakkannya agak kuat..cukup membuatkan hati saya berdebar-debar. Padahal baru sahaja beberapa saat menuju ke dapur. Anak kecil yang sudah pandai bergerak begitulah..perlukan pengawasan yang lebih tapi dalam kita berhati-hati dan cukup mengawasinya juga ia tetap berlaku jua. Segera saya mengambil air batu untuk dituam ditempat yang benjol. Ya Allah lindungi lah anakku..jauhilah anakku dari apa sahaja yang memudaratkannya'. Petikan dari drsaiful.blogspot.com. Jika si manja anda terjatuh tanda-tanda berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda-tanda tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 1. Anak pengs...

Petua Hilangkan Selesema Bayi

Image
Selesema akan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ingin saya kongsikan serba sedikit petua untuk hilangkan selsema pada bayi. 1. Petua gunakan minyak kelapa dara / minyak zaitun dengan kunyit – Ambil kunyit hidup dan di gesekkan dengan minyak. Sapu pada sepanjang batang hidung bayi dan ubun-ubun bayi. InsyaAllah selesema akan hilang dengan cepat. 2.Gunakan madu- Madu mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Atau...sapukan 2 titik madu ke lelangit bayi. Selamat mencuba :)

Bayi Kembung Perut

Definisi kembung perut Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut. Simptom bayi kembung Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik. Mengapa bayi kembung Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya. Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran...

Ibumu..Ibumu..Ibumu..Ayahmu

'Abang...patutlah Rasullullah berkata Ibumu..ibumu..ibumu..kali ketiga barulah ayahmu'...tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku sedang saya memujuk si Rakin daripada menangis ketika terjatuh. Maha Besar Allah jadikan naluri si ibu yang perihatin dengan tindak tanduk anaknya walaupun sekejap dan matanya yang tidak lekang memerhati gerak geri anak-anak untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan baik dan selamat walaupun sedang membuat sebarang kerja. Ketika itu saya teringatkan sebuah cerita antara Rasulullah dan sahabatnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” Lagu ini khas untuk ibu...

Kuliah Pagi 1

Suka dengar ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias. Khas untuk suamiku...hihi. Saya sayang kamu. Wink wink.

Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

Syahmi: Mama.. siapa buat Syahmi?.. Siapa bagi adik?..Siapa buat bird? Mama: Allah yang buat Syahmi. Allah yang bagi adik. Allah yang buat bird. Syahmi: Ooo, sape Allah? Mama: Allah itu yang ciptakan kita semua. Syahmi: Ciptakan tu ape? .... Tanpa jemu saya menerangkannya tentang kewujudan kita semua datangnya dari Allah. Suka saya kongsikan sebuah artikel yang saya baca dari JIWANG.ORG. Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka. Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara ke...

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi

Image
Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi • Tidurnya tidak nyenyak. • Banyak berliur. • Pipinya merah. • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam). • Gusinya membengkak dan merah. • Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya. • Selera makannya rendah. Artikel dari Bondamama

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek. Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Lain-lain negara seperti : Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. W...

Imiginasi

Image
Saya selalu membayangkan seolah-olah saya adalah orang lain. Membayangkan sekiranya saya berada di negara yang menghadapi bencana alam, berada di kemelut peperangan dan membayangkan apa jua keadaan yang bertitian hidup dan mati. Semalam saya bersama-sama anak sulung saya melihat cerita ultraman cosmos di saluran ceria. Di situ saya lihat keadaan di mana raksasa sedang mengganas, kalau saya di tempat itu, apa tindakan saya? Adakah saya masih mampu memikirkan keselamatan orang yang sayang atau hanya berusaha menyelamatkan diri sendiri. Saya juga pernah membayangkan apabila saya masih hidup di hari tibanya kiamat, bagaimana? Anak-anak di mana? Mampukah saya melindungi mereka? Owh sedih dan takut bila memikirkan saat-saat itu. Sekarang pula, hampir setiap hari di dada akhbar memaparkan kejadian membuang dan membunuh bayi / anak. Bagaimana tergamak mereka diperlakukan begitu. Sedih dan geram berbaur dihati. Suka saya mengajak para pembaca tataplah wajah orang kesayangan kamu semasa mereka t...

Perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas?

Saya tercari-cari maklumat mengenai perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas? atau umur bayi yang sesuai diberikan air masak?. Namun tiada jawapan yang tepat mengenainya. Saya amat berbesar hati sekirannya ada rakan pembaca yang ingin kongsikan mengenainya. Namun artikel 'Makanan Pertama Bayi' yang saya dapat dari akhbar Berita Harian ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan. SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan. Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya. Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang membe...

Apabila Anak Batuk Berkahak dan Selesema

Image
Minggu lalu saya menyerahkan anak kedua saya Rakin Syahid kepada doktor pakar kanak-kanak di Pusat Rawan Azzaharah Bangi berikutan batuk dan selesema yang tak pulih-pulih. Rakin ditahan wad selama 3 hari 2 malam, sehingga kahak dan selesemanya benar-benar pulih. Di wad, Rakin diberi 'nebulizer', jalani fisioterapi, ubatan serta sedut kahak dan hingus. Alhamdullah selepas 4 hari Rakin pulih. Dari situ, saya dapat mempelajari teknik fisioterapi pada bayi, iaitu teknik tepuk yang betul pada bayi yang mana ia boleh membantu melegakan kahak dan selesema pada bayi. Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/, artikel menerangkan mengenai batuk berkahak pada bayi dan suka saya kongsikan dengan pembaca blog saya mengenainya. BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca ...

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang pulih dari mengalami keguguran rambut yang agak teruk sebelum ini. Rakin sekarang sudah 5 bulan dan saya rasa masalah keguguran rambut saya sudah berkurangan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air (bila dikumpulkan boleh dikatakan sebesar penumbuk tangan :)). Masalah ini menyebabkan rambut saya hampir botak :). Bertanyakan tuan 'google', dan saya dapat beberapa maklumat mengenainya. Apa yang anda perlu ketahui: * Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. * Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. * Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. * Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih ...

Penyusuan di Bulan Puasa

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan. Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'. Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya. Suka saya kongsikan jadual pemaka...

Tips Menjadi Ibu Bapa Terbaik

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:- Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh. Tips:- 1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). 2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yak...

Anak Demam

Image
Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut. Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37. Jika suhu naik sampai 39-40, perlulah basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun. Pakaian tebal dan stoking perlu dielakkan ketika anak demam. Berdasarkan petikan dari http://www.susu.my. APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika ...

Dari 4 kepada 6

Image
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku...

Puting Kosong!

Image
Baru-baru ini, saya berpeluang menjenguk Rakin di Pusat Asuhan. Sejuk mata memandang apabila tengok keadaan tempat Rakin dan kawan-kawan sungguh kemas dan bersih. Tapi apabila lihat Rakin yang sedang nyenyak tidur di dalam 'baby carrier', saya dan Syahmi terkejut dan saling berpandangan..Syahmi terus bersuara..'Adik makan puting la mama!'. Erkk..saya tak pernah belikan Rakin puting! Cikgu nya kata memang dari cikgu yang lama lagi Rakin diberi puting kosong tu...hehe ini sah tertukar hak milik. Nasib baik Rakin tak 'ketagih' menghisap puting kosong tu sampai ke rumah. Saya minta jasa baik cikgu-cikgu Rakin agar tidak memberikan Rakin puting kosong lagi. Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info} Assalamualaikum, orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi piliha...

Persediaan Si Ibu dan Anak Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)

Seawal 30 minggu ibu dan bakal ibu perlulah membuat persediaan barang-barang yang perlu dibawa pada hari bersalin nanti. Setelah google di sana-sini, saya jumpa senarai ini, ada yang boleh ikut ada yang tidak. Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital) 1. Beg Pakaian. 2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil) 3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1. 4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll) - Komen; Biasanya kalau bersalin di hospital swasta, alatan mandi telah disediakan. 5. Kain batik untuk dipakai 3 - KOmen; Perlu bawa beberapa helai sebab ada hospital yang sudah sediakan pakaian untuk pesakit ada yang tidak. 6. T-Shirt 3 7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil) 8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga. 9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik ...

Susu Merundum

Image
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol. Ini pula si c...

Lelaki bergelar Ayah

Image
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. ...

Wanita Bergelar Isteri

Image
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?" Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku mem...

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

Image
Tidur meniarap tidak elok untuk bayi? Rakin lebih selasa tidur secara meniarap. Bagi saya tidur meniarap lebih membuatkan bayi tidur lebih lena. Tetapi perlulah kerap memantau posisi kepala bayi agar selesa dan tidak merbahayakan bayi. Petikan dari http://www.majalahpama.com.my Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini. Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria. Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakuny...

Bantu Anak Berjalan Dengan Cara Yang Betul

Image
Petikan dari www.utusan.com.my 08/07/2010 MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya. Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan. Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor. Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain d...

12 Perkara Perlu Anda Elak

Tanpa anda sedari, ada beberapa perkara yang sering anda lakukan sebelum hamil tidak sesuai untuk diteruskan apabila anda sedang hamil. Berikut antara perkara yang perlu anda beri perhatian. Manicure, pedicure - Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh elakkan melakukannya semasa hamil terutama pada 3 bulan pertama usia kandungan anda, ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghindarinya. Facial - Jika sekadar facial biasa yang menggunakan produk yang bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namum, pastikan anda produk yang digunakan itu benar-benar bersih dan tidak mengandungi bahan yang berbahaya? Elakkan juga facial yang bertujuan untuk pengelupasan atau pemutihan kerana kulit sangat sensitif semasa hamil. Mewarnakan Rambut - Sebolehnya elakkan terutama pada trimester pertama kehamilan kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna akan meresap ke dalam kulit dan boleh ...