Dari 4 kepada 6
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku...