Posts

44 Hari Berpantang

Image
Download Sekarang!!! Kepada pengguna Android Google Play Store!!! Mobile Apps ini mengumpulkan Amalan Pemakanan Dalam Pantang di beberapa sumber yang boleh dipercayai. Ia merangkumi : - Pemakaman ibu dalam pantang - Petua Berpantang - Idea menu - Video Resepi Berpantang - Resepi Lauk - Resepi Sayur - Resepi minuman - dan Senarai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan semasa berpantang 🔥Download Apps Google Play 🔥 44 Hari Berpantang http://tiny.cc/xcpzjz Semoga bermanfaat

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

📝 Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang Semasa Bersalin :- Ikan kembung - gatal Ikan cencaru - tajam Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan Ikan sardin - gatal Ikan tongkol - gatal Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa Sayur kangkung - sejuk dan angin Timun - sejuk Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan Kacang tanah - angin Telur - gatal Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah Santan - sejuk dan angin 📝 Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:- ✅ Ikan haruan ✅ Ikan selar ✅ Ikan gelama ✅ Ikan merah ✅ Daging ✅ Sayur sawi ✅ Sayur carrot ✅ Sayur brokoli ✅ Buah oren manis ✅ Kismis ✅ Kurma ✅ Madu ✅ Habbatussauda' ✅ Susu kambing ✅ Halia ✅ Bawang putih ✅ Lada hitam ✅ Ulam pegaga Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam ...

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Sumber : Nini Syikin Shammuin Perkongsian ilmu mengenai Jaundice oleh Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus. Bila saya baca, tergamam sekejap kerana semua yang diceritakan oleh ustaz semuanya terkandun g dalam QASEH. Sila baca yer.. NEONATAL JAUNDICE Apabila menyentuh tentang kelahiran baru, sering kali sang faqir dihubungi oleh ibubapa yang sedang berusaha menangani masalah Kuning atau Jaundice yang berlaku pada bayi mereka. AlhamduLILLAH, setakat ini, 2 orang putera dan seorang puteri sang faqir, tiada seorang dari mereka yang di’hinggapi’ dengan masalah jaundice (kuning), doktor atau jururawat yang menguruskan isteri tersayang dan bayi lazimnya agak ‘Ajib, apakah pemakanan atau amalan ibu kepada tiga orang anak ini, sehingga tiada langsung tanda kuning. Satu jawapan mudah yang dapat diberi BACK TO SUNNAH. Setakat ini sudah hampir 35 soalan di dalam inbox PM sang faqir bertanyakan cara merawat jaundice, malahan ada yang memberi pendapat di dalam ‘wall’, bahawa jaundi...

Ilmu Penyusuan, Apa yang Ibu-ibu Perlu Tahu

Image
Sumber dari facebook Wan Nihayah Niha

Perkara yg perlu kita tahu untuk membanyakkan susu ibu

Petikan Blog mysuperkids.net Kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah: Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi. Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan. Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian. Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu: Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, a...

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku

Petika dari facebook Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.... 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita... 4. Masih ingat teori ini? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka ...

Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15) Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?" Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak. Kelalaian pertama : Kurang berdoa A. Kurang berdoa semasa mengandung. Doa-doa yang digalakkan...

Petua Mengatasi Anak Kencing Malam

Image
Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut: 1.Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda. 2.Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur. 3.Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam 4.Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan. 5.Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padan...

Rambut Gugur dan Rapuh Selepas Bersalin

Masalah rambut gugur dan rapuh selepas bersalin adalah fenomena biasa. Ini kerana tubuh kekurangan zinc . Selain makan supplement zinc, kita juga perlu tahu makanan memberi kita banyak kandungan zinc. Mari kita lihat makanan yang tinggi kandungan Zinc. 10 Foods Highest in Zinc Zinc is an essential mineral required by the body for maintaining a sense of smell, keeping a healthy immune system, building proteins, triggering enzymes, and creating DNA. Zinc also helps the cells in your body communicate by functioning as a neurotransmitter. A deficiency in zinc can lead to stunted growth, diarrhea, impotence, hair loss, eye and skin lesions, impaired appetite, and depressed immunity. Conversely, consuming too much zinc can disrupt absorption of copper and iron, as well as create large amounts of toxic free radicals. If you have a zinc deficiency, than animal foods are better sources of zinc than plant foods. The current percent daily value (%DV) for Zinc is 15mg. Below is a list of the to...

Cara-cara Memindahkan Stok EBM / Susu

Image
Setelah habis tempoh berpantang, buat pertama kalinya saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya saya nak pindahkan kesemua stok EBM saya dari Kelantan ke Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi, usah pening kepala :)...tanyakan sahaja dengan tuan google..pasti ada blogger yang bermurah hati kongsikan cara dan pengalaman masing-masing travel dengan EBM. Huh pengalaman saya kali ini mencabar kesabaran saya dan suami. Kami terpaksa melakukan proses packing ebm sebanyak 2 kali gara-gara kereta buat hal :). Mujurlah segalanya dapat diatasi dengan jayanya. Ok mari kita tunjukkan cara-cara packing EBM untuk pindahkan dari kampung ke rumah yang dirindui. Pertama sekali, kawan-kawan perlulah menyediakan barang-barang seperti gambar di bawah. Sediakan cooler box, ice cube, garam(untuk melambatkan proses kecairan ice cube) dan tuala kecil yang dilembapkan. Langkah-langkahnya, masukkan ice cube pada dasar cooler box. Taburkan garam. Kemudian susun ebm dan lapiskan...

Tips Menguruskan Pakaian Atau Baju-baju Di Rumah

Image
Sesiapa yang rajin melipat baju sila angkat tangan! :D. Ikhlas saya katakan saya memang malas melipat baju. Nak melipat baju kita memerlukan banyak masa. Dan, perlu ada mood juga kan? Nak tunggu mood datang tu entah berapa hari entah berapa minggu baru ia datang. Pernah suatu ketika dulu, saya memang sibuk dan penat, pakaian yang tidak dilipat menggunung macam bukit. Nak dijadikan lawak, suami saya hari-hari bersuara.. 'Bila awak nak lipat baju..' 'Pergila lipat baju', sampai sehari tu berkali-kali dia cakap. Hehe. Tangguh punya tangguh...setelah 3 minggu baru saya nak melipat. Tau tak kenapa suami saya beria-ia menyuruh saya melipat baju? Rupa-rupanya ada hadiah yang dia nak bagi diletakkan dalam timbunan baju-baju tu. Maknanya lebih seminngu saya kerugian... bersusah-susah menyapu rumah menggunakan penyapu. Bayangkan timbunan baju-baju boleh menimbus sebesar-besar kotak vacum. Yeahhh dapat hadiah vacuum :p. Ok sekarang saya ada tips untuk orang yang malas macam saya...

Jamu Susuk Dara

Image
Assalamulaikum. Alhamdulillah hari 62 hari umur anak perempuan saya, Rania Sakina Mohd Rostam. Ingatkan masa berpantang saya boleh meneruskan misi meng'update' blog-blog saya yang telah lama bersawang, rupanya menjaga anak seorang dan menjadi suri rumah tangga celup ini lebih sibuk dari bekerja di ofis. Berat badan saya juga telah kembali kepada berat asal saya. Cuma satu perkara yang belum kembali kepada normal, gatal-gatal pada badan. Gatal-gatal badan sejak kandungan saya berumur 6 bulan. Tak ada apa yang boleh saya buat kecuali mengurangkannya dengan memakai losyen dan minyak. Ubat klinik or hospital pun gagal membantu. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Sekarang apa yg sedang saya azamkan, berusaha keras memulihkan semula keadaan kulit yang berparut dan warna yang tak sekata...heheh. Pertama sekali, untuk hilang jerawat dan bekas jerawat di muka dan badan (alahan pregnant). Saya guna Sabun Susu Beras. Alhamdulillah kulit muka saya kembali asal kepada malah lebih ok da...

Tips berpuasa untuk anak-anak (bersama Wardina)

Image

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil iaitu :- Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak. Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. Surah At-Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisplin.

Petua Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah : 1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. 2. Susukan bayi pada ke...

Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka

Image
Bermulanya puasa, saya mengalami dehidrasi sehingga menyebabkan saya kepeningan, rasa loya dan muntah-muntah selama beberapa hari. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkenaan puasa di bulan ramadhan kepada ibu menyusu dan wanita hamil, boleh merujuk di Puasa Ibu Menyusu dan juga boleh merujuk di Info Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka .

Sentiasa Mengambil Langkah Berjaga-Jaga - Penyimpanan EBM

Image
Assalamualaikum. Pernah terjadi kepada diri sendiri, peristiwa EBM cair atau rosak akibat daripada sikap cuai saya tidak menutup rapat pintu freezer . Dan, ambil ikhtibar dari kejadian rakan pejabat yang pulang ke kampung selama seminggu. Tetapi, plug deep freezer tertolak keluar dari soket suis ketika blackout . Dan, menyebabkan beratus-ratus Oz EBM cair atau rosak. Apa jua keadaan, menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menutup pintu freezer . Saya akan selalu menjeling ke arah peti ais dan freezer untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kalau bukan kita, mungkin kecuaian daripada suami atau anak-anak. Ketika pulang ke kampung atau keluar dari kawasan dalam tempoh yang lama juga, suami saya bertanggunjawab membuat pesanan ringkas kepada jiran. Sekiranya berlaku 'blackout', minta jiran on kan punca elektrik. Dan kalau tak keberatan, minta jiran meninjau keadaan peti ais kita dalam keadaan on selepas berlakunya blackout . Untuk memudahkan kerja jiran, pasang...

Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Image
Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis. Khasiat Badam Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini . Khasiat Kurma Penemuan kajian sains tentang kha...

4 Kunci Supaya Pasangan Yg Telah Berumah Tangga Akan Tetap Bahagia Sehingga ke Hujung Nyawa

Komunikasi yang baik Komunikasi yang baik adalah kunci utama dari segalanya, kerana dengan adanya komunikasi yang baik akan mempermudah pasangan untuk mengeluarkan apa yang dirasa dalam hatinya, apabila yang satu mengeluarkan pendapat apa yang dirasa dan yang satunya lagi harus siap menjadi pendengar setia . Begitu Juga sebaliknya. Menerima kekurangan dan kelebihan Kunci yang kedua adalah harus ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan diantara keduanya, kerana kekurangan dan kelebihan itu akan selalu berjalan seiring dan tak kan terpisah selamanya kerana tidak ada mahkluk yang ada di dunia ini yang sempurna seutuhnya. Dan itulah hakikat sebuah pernikahan biar bisa saling menutup kekurangan dengan kelebihan antara kedua pasangan . Memaafkan Kunci yang ketiga adalah memaafkan kerana manusia itu tidak akan lepas dari sebuah kesalahan, maaf dan memaafkan adalah awal dari terbentuknya sebuah kesatuan dan persatuan dari kedua belah pasangan. Mementingkan pernikahan di atas segalanya Artinya ...

Bebas BPA

Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA. Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin. Kesan Terhadap Kesihatan BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pe...