Posts

Showing posts with the label Resepi

Cara Membuat Stok Makanan Bayi

Image
Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com 1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula. 2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini.. 3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. 4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam. 5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris. 6) Kemudian rebus lobak merah dal...

Pisang Lenyek

Pisang sesuai dijadikan makanan pertama bayi anda. Kebanyakan bayi menyukai pisang kerana rasa lemak manisnya. Bahan-bahan • 1 biji pisang • Susu ibu/ susu formula Lenyek pisang dengan garfu. Tambah susu sehingga sesuai dengan kepekatan yang anda mahu. Susu ibu akan sedikit berair. Anda juga boleh memekatkannya dengan menambah bijirin bayi.

Resepi Bijirin Oat dan Pisang

Image
Bahan-bahan ¼ cawan oat segera ½ cawan air/susu ibu/susu formula ¼ cawan pisang lenyek Penyediaan: Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Didihkan dengan api kecil selama 5 minit. Tutup api, angkat dan masukkan pisang. Kacau rata. Untuk bayi bawah 8 bulan, kisar dengan pengisar sehingga berkrim. Anda juga boleh campurkan atau gantikan pisang dengan buah-buahan lain seperti epal atau peach.

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi

Image
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru... Cara 1 Masak nasi seperti biasa. Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat. Cara 2 Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih). Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata. Jerangkan di atas api ...

Bubur Tauhu Lembut

Resepi untuk bayi(6 bulan ke atas) Untuk 2-3 kali hidangan 1. Nasi 2 sudu 2. Setengah tofu telur/tauhu lembut dihancurkan 3. 1 ekor isi udang dicincang/ beberapa ekor ikan bilis 4. Sedikit Brokoli (agak2) 5. Sedikit Lobak merah 6. Sedikit air Cara-cara nya: Nasi dicampur dengan tauhu/tofu telur, air,dan isi udang/ikan bilis. Biarkan mendidih, last sekali baru masukkan lobak merah dan brokoli. Pesanan :Jangan masak lama sangat sayur-sayuran agar vitaminnya tidak hilang. Bagi bayi yang belum tumbuh gigi bubur bolehlah dikisar atau dilecek.

Dalca bayi

10 bulan keatas. Dal bagus sebab banyak protin.. daging byk iron dan kurang alergi. Sayur sumber serat dan pelbagai khasiat lain. Seimbang untuk makanan bayi. Bahan-bahan: 1 genggam dal rendam semalaman 1 ulas kecik bawang putih sedikit halia 1 genggam daging/ayam/bilis - cincang halus lobak merah dadu kecik 1 biji ubi kentang dadu kecil kacang pis 3 cawan air Penyediaan: Masuk semua dalam periuk (kecuali kacang pis). Didihkan dengan api kecik sampai kacang dal lembut dan hancur, tambah air jika perlu masukkan kacang pis. Kacau-kacau lagi sampai kacang pis masak.

Bubur Oat , Ikan dan Saderi Untuk Bayi

Image
(7 bulan keatas) Bahan-bahan: 1.3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat) 2.ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis secukupnya 3.1 helai daun sedari beserta batangnya 4.secawan air Penyediaan: Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya. Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit. Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak. Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur. Hidangkan.

Bubur Untuk Bayi Anda

Bubur Nasi Bersayur Bayam Bahan-bahan: * beras * bayam * ikan bilis * air Cara-cara: * tanak beras sehingga lembut masukkan bilis. * masak sehingga bilis lembut * masukkan bayam * kisar Bubur Ikan Kacang Pis Bahan-bahan: * beras * kacang pis * isi ikan merah * tauhu * daun sup Cara penyediaan * tanak beras sehingga lembut * masukkan kacang pis, isi ikan dan tauhu * masak sehingga lembut * masukkan daun sup * suamkan dan kisar Bubur Nasi Brokoli Bahan-bahan * 20g beras * 620ml air * 50g brokoli * 10g ikan bilis dibuang tulang Cara penyediaaan * masukkan beras dan bilis ke dalam periuk, tanak hingga menjadi bubur * masukkan brokoli masak sehingga empuk * suamkan dan kisar kasar Bubur Makaroni Bahan-bahan: * 50g makaroni * 30g daging ayam cincang * 30g brokoli * 300ml air Cara penyediaan: * rebus makaroni sehingga empuk dan toskan * rebus daging ayam bersama air sehi...

Resepi Makanan Bayi

Image
Fruit Puree Bahan-bahan: 1.Epal/Pear 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Veggie Puree Bahan-bahan: 1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Chicken / Meet Puree 1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil) 2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri Cara Penyediaan: Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan. Stok untuk dibekukan di s...