Posts

Showing posts with the label Perkembangan Anak

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku

Petika dari facebook Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik.... 1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang? 2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil? 3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia... mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita... 4. Masih ingat teori ini? Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, atau di telefon? Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan. Bagi mereka ...

Petua Mengatasi Anak Kencing Malam

Image
Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut: 1.Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda. 2.Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur. 3.Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam 4.Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan. 5.Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padan...

Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Image
Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis. Khasiat Badam Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini . Khasiat Kurma Penemuan kajian sains tentang kha...

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Image
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz. Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; ...

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya. Apabila Bayi Mengalami Kolik * Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan. * Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut. * Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat. * Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI. Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI? Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol....

Masalah biasa dikalangan bayi (Menangis)

Ibu bapa menghadapi pelbagai masalah walaupun dengan bayi yang baru lahir. Antara masalah yang biasa berlaku ialah menangis. MENANGIS Semua bayi menangis kerana menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi. Jika ibu bapa memahami “bahasa bayi” ini, maka mereka dapat menangani anak-anak mereka dengan lebih baik. Tangisan bayi mempunyai corak yang berlainan mengikut sebabnya. Antara sebab bayi menangis; Sakit Bayi menjerit dengan nyaring kemudian senyap sebentar, lalu menjerit-jerit lagi dengan nyaring. Contohnya apabila bayi dicucuk dengan pin penyemat atau kepalanya terhantuk atau diberikan suntikan. Lapar Sedu-sedan yang singkat, berentak dan tidak sabar. Tangisan jenis ini berhenti sebaik sahaja bayi diberikan susu. Mengantuk Merengek sambil menggosokkan mata atau pipi. Berasa tidak selesa Rengekan yang berterusan. Bayi mungkin sakit mengalami kolik atau berasa panas. Bosan Mula-mula menangis secara merungut, kemudian meratap. Bayi berhenti menangis apabila diberi perhatian, ma...

Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama. Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti. Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik. Ikuti tips ini: 1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. 2. Anda kena pastikan taska/tadika ada le...

Si Kecilku Selalu Terjatuh

Image
Ini calar yang Rakin dapat ketika saya tertidur dan dia merayap-rayap ke sana sini, akhirnya terjatuh ketika berdiri di bucu meja. Semalam si kecil Rakin terjatuh dan terhentak di birai meja ketika dia dalam posisi berdiri ingin mengambil mainannya yang terjatuh dari pegangannya. Anakku ini selalu terjatuh, tapi kali ini walaupun tidak luka tapi bunyi hentakkannya agak kuat..cukup membuatkan hati saya berdebar-debar. Padahal baru sahaja beberapa saat menuju ke dapur. Anak kecil yang sudah pandai bergerak begitulah..perlukan pengawasan yang lebih tapi dalam kita berhati-hati dan cukup mengawasinya juga ia tetap berlaku jua. Segera saya mengambil air batu untuk dituam ditempat yang benjol. Ya Allah lindungi lah anakku..jauhilah anakku dari apa sahaja yang memudaratkannya'. Petikan dari drsaiful.blogspot.com. Jika si manja anda terjatuh tanda-tanda berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda-tanda tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 1. Anak pengs...

Ajarilah Anak Bercakap Dengan Tuhan

Syahmi: Mama.. siapa buat Syahmi?.. Siapa bagi adik?..Siapa buat bird? Mama: Allah yang buat Syahmi. Allah yang bagi adik. Allah yang buat bird. Syahmi: Ooo, sape Allah? Mama: Allah itu yang ciptakan kita semua. Syahmi: Ciptakan tu ape? .... Tanpa jemu saya menerangkannya tentang kewujudan kita semua datangnya dari Allah. Suka saya kongsikan sebuah artikel yang saya baca dari JIWANG.ORG. Pada zaman dahulu, ada tiga orang sahabat telah terperangkap dalam gua ketika mencari tempat berlindung. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam gua tersebut, sebuah batu besar telah bergolek dan menutup pintu gua itu. Setelah puas berikhtiar, mereka kemudiannya berpakat untuk meminta doa kepada Tuhan dengan bersandarkan kepada amalan kebaikan yang ada pada mereka. Akhirnya batu besar itu dapat ditolak oleh mereka dan mereka pun terselamat. Salah seorang daripada mereka itu ialah seorang lelaki yang menceritakan amalannya terhadap ibu bapanya. Lelaki itu seorang yang miskin, tetapi dia tetap memelihara ke...

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi

Image
Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi • Tidurnya tidak nyenyak. • Banyak berliur. • Pipinya merah. • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam). • Gusinya membengkak dan merah. • Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya. • Selera makannya rendah. Artikel dari Bondamama

Dari 4 kepada 6

Image
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku...

Puting Kosong!

Image
Baru-baru ini, saya berpeluang menjenguk Rakin di Pusat Asuhan. Sejuk mata memandang apabila tengok keadaan tempat Rakin dan kawan-kawan sungguh kemas dan bersih. Tapi apabila lihat Rakin yang sedang nyenyak tidur di dalam 'baby carrier', saya dan Syahmi terkejut dan saling berpandangan..Syahmi terus bersuara..'Adik makan puting la mama!'. Erkk..saya tak pernah belikan Rakin puting! Cikgu nya kata memang dari cikgu yang lama lagi Rakin diberi puting kosong tu...hehe ini sah tertukar hak milik. Nasib baik Rakin tak 'ketagih' menghisap puting kosong tu sampai ke rumah. Saya minta jasa baik cikgu-cikgu Rakin agar tidak memberikan Rakin puting kosong lagi. Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info} Assalamualaikum, orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi piliha...

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)

Image
Tidur meniarap tidak elok untuk bayi? Rakin lebih selasa tidur secara meniarap. Bagi saya tidur meniarap lebih membuatkan bayi tidur lebih lena. Tetapi perlulah kerap memantau posisi kepala bayi agar selesa dan tidak merbahayakan bayi. Petikan dari http://www.majalahpama.com.my Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) ialah kematian yang berlaku secara mengejut pada bayi . Ia biasanya berlaku tanpa apa-apa simptom yang jelas. Bayi boleh meninggal secara tiba-tiba sahaja ketika tidur. Meskipun ajal dan maut di tangan Tuhan, namun ada kalanya, kelalaian boleh menyebabkan anda menyesal seumur hidup. Ikuti kupasan lanjut mengenai SIDS ini. Pelbagai kajian dilakukan oleh para saintis bagi mengenal pasti punca berlakunya kematian bayi secara misteri ini. Ada yang mengaitkannya dengan keadaan tempat tidur bayi, posisi tidurnya malahan ada juga yang mengaitkannya dengan jangkitan bakteria. Kajian saintis, mendapati bahawa kehadiran bakteria turut memainkan peranan penting sebagai penyebab berlakuny...

Bantu Anak Berjalan Dengan Cara Yang Betul

Image
Petikan dari www.utusan.com.my 08/07/2010 MENYAKSIKAN anak mula belajar berjalan merupakan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Namun apa yang berlaku sebenarnya, anak itu sendiri yang memutuskan bila dia bersedia untuk membuka langkah pertama. Paling penting ibu bapa tidak harus membandingkan keupayaan anak mereka untuk berjalan dengan anak orang lain, sebaliknya terima saja keupayaan anak itu seadanya. Ada sesetengah anak yang mula belajar berjalan ketika memasuki usia setahun dan ada juga anak yang baru belajar untuk meluruskan kaki ketika usianya sudah mencapai 18 bulan. Apa pun selagi bayi membesar dengan normal, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang. Namun jika ingin menyedapkan hati, ibu bapa boleh bertanya atau mendapatkan pandangan doktor. Berjalan merupakan proses yang berkaitan dengan keseimbangan, perkembangan motor dan perbuatan yang tidak terlalu tergopoh-gapah. Sesetengah bayi, dapat berdiri tegak sudah satu kejayaan baginya, manakala yang lain d...