Petua Mengatasi Anak Kencing Malam

Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut:

1.Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda.

2.Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.

3.Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam

4.Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan.

5.Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing di atas tilam itu tidak bagus. Contohnya : tilam basah dan susah untuk dibersihkan seterusnya akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit kepada anda sekeluarga.

6.Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis atau comforter yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing di atasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai comforter.

7. Beri anak anda minum 5 hingga 7 gelas air pada siang hari, tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur. 8. Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

Sumber dari sini.

Apapun banyakkan bersabar dan jangan putus berdoa dengan Pencipta.

Comments

  1. slm..sori bru tgk komen..mggu ni start kja :}

    ReplyDelete
  2. Saya pn dlm proses mngajar anak tido tnpa pampers..umur br 2 thn 9 bln...mmg byk cabarannya...nnti sila ke blog sy juga k..kita sama2 kongsi pndapat..
    www.mysufisecret.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku