Posts

Showing posts with the label Bayi dan Penyediaan Makanan

Perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas?

Saya tercari-cari maklumat mengenai perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas? atau umur bayi yang sesuai diberikan air masak?. Namun tiada jawapan yang tepat mengenainya. Saya amat berbesar hati sekirannya ada rakan pembaca yang ingin kongsikan mengenainya. Namun artikel 'Makanan Pertama Bayi' yang saya dapat dari akhbar Berita Harian ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan. SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan. Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya. Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang membe...

Cara Membuat Stok Makanan Bayi

Image
Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com 1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula. 2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini.. 3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. 4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam. 5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris. 6) Kemudian rebus lobak merah dal...

Pisang Lenyek

Pisang sesuai dijadikan makanan pertama bayi anda. Kebanyakan bayi menyukai pisang kerana rasa lemak manisnya. Bahan-bahan • 1 biji pisang • Susu ibu/ susu formula Lenyek pisang dengan garfu. Tambah susu sehingga sesuai dengan kepekatan yang anda mahu. Susu ibu akan sedikit berair. Anda juga boleh memekatkannya dengan menambah bijirin bayi.

Pemakanan Bayi

Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak? Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna. Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan? 6 bulan. Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan? Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan. Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari. Makanan jenis apakah yang boleh diberi Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan di...

Resepi Bijirin Oat dan Pisang

Image
Bahan-bahan ¼ cawan oat segera ½ cawan air/susu ibu/susu formula ¼ cawan pisang lenyek Penyediaan: Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Didihkan dengan api kecil selama 5 minit. Tutup api, angkat dan masukkan pisang. Kacau rata. Untuk bayi bawah 8 bulan, kisar dengan pengisar sehingga berkrim. Anda juga boleh campurkan atau gantikan pisang dengan buah-buahan lain seperti epal atau peach.

Tekstur Makanan Yang Sesuai Untuk Bayi

Tekstur makanan yang berlainan turut menambah kepada kepelbagaian dalam menu bayi selain daripada jenis dan warna makanan. Walaupun memperkenalkan bayi kepada tekstur makanan yang baru merupakan perkara yang baik, namun bayi selalunya memerlukan masa untuk biasa dengan rasa dan tekstur baru. Setiap bayi mempunyai selera yang unik, tetapi transisinya lebih kurang begini : Empat Hingga Enam Bulan : • Makanan dikisar halus sehingga menjadi puri. • Cairkan makanan bayi dengan cecair seperti susu ibu/formula/air suam. • Jika buah-buahan direbus, gunakan air rebusan tersebut untuk mencairkan makanan. • Kisar makanan menggunakan pengisar. • Penapis berjaring halus boleh digunakan untuk menapis makanan sambil melenyeknya dengan sudu. Tujuh Bulan : • Makanan bayi boleh dipekatkan dengan sedikit ketulan-ketulan kecil. • Jika menggunakan penapis untuk menapis makanan, gunakan penapis yang kasar. Lapan Bulan : • Selain daripada memperkenalkan bayi dengan tekstur makanan yan...

Makanan Perlu Dielakkan Sehingga Bayi 2 Tahun

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca… Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan - Semua makanan pejal : Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna. Makanan Yang Perlu Dielakkan: 4 Hingga 12 bulan - Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat : Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis g...

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi

Image
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru... Cara 1 Masak nasi seperti biasa. Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan. Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar. Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu. Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat. Cara 2 Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih). Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan. Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan. Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata. Jerangkan di atas api ...

Bubur Tauhu Lembut

Resepi untuk bayi(6 bulan ke atas) Untuk 2-3 kali hidangan 1. Nasi 2 sudu 2. Setengah tofu telur/tauhu lembut dihancurkan 3. 1 ekor isi udang dicincang/ beberapa ekor ikan bilis 4. Sedikit Brokoli (agak2) 5. Sedikit Lobak merah 6. Sedikit air Cara-cara nya: Nasi dicampur dengan tauhu/tofu telur, air,dan isi udang/ikan bilis. Biarkan mendidih, last sekali baru masukkan lobak merah dan brokoli. Pesanan :Jangan masak lama sangat sayur-sayuran agar vitaminnya tidak hilang. Bagi bayi yang belum tumbuh gigi bubur bolehlah dikisar atau dilecek.

Dalca bayi

10 bulan keatas. Dal bagus sebab banyak protin.. daging byk iron dan kurang alergi. Sayur sumber serat dan pelbagai khasiat lain. Seimbang untuk makanan bayi. Bahan-bahan: 1 genggam dal rendam semalaman 1 ulas kecik bawang putih sedikit halia 1 genggam daging/ayam/bilis - cincang halus lobak merah dadu kecik 1 biji ubi kentang dadu kecil kacang pis 3 cawan air Penyediaan: Masuk semua dalam periuk (kecuali kacang pis). Didihkan dengan api kecik sampai kacang dal lembut dan hancur, tambah air jika perlu masukkan kacang pis. Kacau-kacau lagi sampai kacang pis masak.

Bubur Oat , Ikan dan Saderi Untuk Bayi

Image
(7 bulan keatas) Bahan-bahan: 1.3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat) 2.ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis secukupnya 3.1 helai daun sedari beserta batangnya 4.secawan air Penyediaan: Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya. Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit. Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak. Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur. Hidangkan.

Bubur Untuk Bayi Anda

Bubur Nasi Bersayur Bayam Bahan-bahan: * beras * bayam * ikan bilis * air Cara-cara: * tanak beras sehingga lembut masukkan bilis. * masak sehingga bilis lembut * masukkan bayam * kisar Bubur Ikan Kacang Pis Bahan-bahan: * beras * kacang pis * isi ikan merah * tauhu * daun sup Cara penyediaan * tanak beras sehingga lembut * masukkan kacang pis, isi ikan dan tauhu * masak sehingga lembut * masukkan daun sup * suamkan dan kisar Bubur Nasi Brokoli Bahan-bahan * 20g beras * 620ml air * 50g brokoli * 10g ikan bilis dibuang tulang Cara penyediaaan * masukkan beras dan bilis ke dalam periuk, tanak hingga menjadi bubur * masukkan brokoli masak sehingga empuk * suamkan dan kisar kasar Bubur Makaroni Bahan-bahan: * 50g makaroni * 30g daging ayam cincang * 30g brokoli * 300ml air Cara penyediaan: * rebus makaroni sehingga empuk dan toskan * rebus daging ayam bersama air sehi...

Resepi Makanan Bayi

Image
Fruit Puree Bahan-bahan: 1.Epal/Pear 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong buah kecil-kecil atau boleh juga rebus buah. Bila dah lembut, sejukkan. Kemudian buangkan kulit. Kisar buah bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Veggie Puree Bahan-bahan: 1.Lobak merah/Brokoli/Ubi kentang 2.Susu Ibu/Susu Segar/Air Masak Cara Penyediaan: Potong sayur kecil-kecil. Rebus. Bila dah lembut,sejukkan. Kemudian buang kulit. Kisar sayur bersama-sama susu ibu atau susu segar atau air masak sehingga halus. Boleh terus dimakan atau boleh bekukannya. Chicken / Meet Puree 1. Ayam/Daging yang telah dibuang tulang (dipotong kecil-kecil) 2. Stock ayam/daging yang dibuat sendiri Cara Penyediaan: Rebus ayam/daging (boleh juga dicampur dengan lobak merah). Angkat bila sudah mendidih. Sejukkan seketika. Sedia untuk dikisar. Campurkan sedikit stock ayam/daging. Siap, boleh dimakan dan dibekukan. Stok untuk dibekukan di s...

Panduan Menyediakan Makanan Bayi

Image
Selain ibu, bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya. Ikuti tip-tip yang berikut; 1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut. Walaubagaimanapun, sekiranya bayi telah berusia 1 tahun, anda boleh memberi anak anda sekadar merasa makanan orang dewasa seperti kek, muffin, ayam goreng, atau puding. Ingat, sekadar merasa tetapi bukan untuk kenyang. 2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda. 3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun. Begitu juga dengan yogurt dan telur. 4. Buah tembikai adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai. Begitu juga dengan keledek dan labu. 5. Air yang...