Posts

Showing posts with the label Masalah Kelahiran

Uri Lekat (Retained Placenta)

Saya tidak pernah mengalami masalah ini, tetapi saya mendapat tahu mengenainya dari suami saya yang menceritakan isteri kepada rakan sekerjanya terpaksa buang rahim kerana mengalami uri lekat dan menyebabkan dia tidak dapat mengandung lagi. "Saya sedang hamil anak kedua..baru 18 minggu.Sewaktu bersalin anak kedua 23 Mac 2008 lepas, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Namun, selepas itu saya menghadapi kesukaran dan ujian yang tidak terjangkau oleh akal fikiran saya..uri saya tidak dapat dikeluarkan dengan normal..uri saya telah melekat. 2 doktor telah berusaha mengeluarkan uri tersebut dan alhamdulillah berjaya. Namun, selepas itu pula saya mengalami tekanan darah yang tinggi. hampir 8 jam saya berada di labour room..sekarang nie, bila saya mengenangkan kejadian lepas, saya takut." "Saya ada bertanya doktor ada kemungkinan tak lekat uri lagi untuk anak kedua ni, doktor pun tak dapat nak pastikan. Saya masih ingat doktor pelatih pegang tali pusat yang dipotong...

Apakah akibat kelahiran tidak selamat?

Apakah akibat kelahiran tidak selamat? Kepada Ibu 1. Pendarahan yang teruk @ banyak yang boleh menyebabkan renjatan dan kematian ibu. 2. Kelahiran yang tersekat @ tersangkut. 3. Berlaku koyakan yang teruk di sela paha dan pintu rahim @ kemaluan. 4. Jangkitan akibat penggunaan peralatan yang tidak basmi kuman. 5. Peranakan @ rahim boleh pecah (reptre uterus) 6. Lekat Uri. 7. Masalah kesihatan kepada ibu sepert :Sawan jika ibu mengalami tekanan darah, tinggi,kegagalan jantung ibu. Kepada Bayi 1. Lemas tertelan air mentuban. 2. Kecederaan di bahagian otak yang boleh menyebabkan terencat akal. 3. Bayi bersaiz besar boleh tersangkut ketika dilahirkan dan mengalami kecederaan di anggota lain. 4. Kesejukan (hipotermia). 5. Kematian bayi. 6. Jangkitan kuman seperti tetanus neonatorum disebabkan penggunaan peralatan yang tidak suci hama untuk memotong tali pusat.