Posts

Showing posts with the label Rancang Hamil

Kepentingan Asid Folik

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil . Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida) Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid folik semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): * Keluarga yang pernah mengalami NTD * Pernah hamil anak yang mengalami NTD * Mengambil ubat sawan * Kencing manis Semua wanita yang merancang unt...

Apa itu D&C?

Mengapa perlu D&C D & C adalah kependekan bagi “dilation and curettage”. D&C boleh dilakukan untuk pelbagai sebab dan ia bermaksud: Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim sedangkan curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim. Apakah tujuan kita melakukan D & C Ini adalah satu tata-cara yang paling sering dilakukan ke atas wanita untuk berbagai sebab dan tujuan. Ia mungkin dilakukan sendirian atau bersama-sama tatacara pembedahan yang lain. Diantara tujuan-tujuan melakukan D&C ialah. 1. Kita melakukan D & C tujuan untuk mengatasi masalah kemandulan ialah wanita yang telah lama mencuba untuk hamil tetapi masih gagal. D&C dilakukan sebagai kaedah rawatan yang termudah di peringkat awal untuk membesarkan saluran pint...

Wanita dan Kesuburan

Image
Bilakah Waktunya Tahap Terbaik Kesuburan Wanita? Dan Bagaimanakah Caranya Untuk Mengenal Pasti Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita? Secara umumnya wanita subur sebaik sahaja dia mencapai akil baligh iaitu apabila haid pertamanya keluar. Biasanya kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh dalam lingkungan umur 12 tahun. Lumrahnya, bagi seorang wanita, tempoh kesuburan berlangsung sehingga seseorang wanita mencecah umur 48 tahun iaitu sehingga berlaku putus haid (monopaus). Oleh itu dalam jangkamasa 36 tahun waktu subur tersebut, bagi wanita yang berumahtangga akan mengalami beberapa kali kehamilan dan kelahiran. Kesuburan seseorang wanita berkait dengan keupayaan mengeluarkan telur atau benihnya. Benih perempuan akan keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu tertentu sahaja. Terdapat beberapa cara atau kaedah bagi menentukan seseorang wanita itu mengeluarkan benih atau tidak dan bilakah masanya benih tersebut keluar. Waktu mengeluarkan benih inilah waktu subur atau pun dise...