Posts

Showing posts with the label Botol Susu Anak

Bebas BPA

Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA. Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin. Kesan Terhadap Kesihatan BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pe...

Selamatkah Botol Susu Anak?

Petikan daripada Pa&Ma, Februari 2004 Penggunaan botol susu lazim bagi kanak-kanak. Kepada yang menghisap susu ibunya, botol susu dianggap penting. Kebanyakan ibu bapa pasti akan membeli botol susu untuk penggunaan anaknya sehari-hari. Namun, selamatkah botol susu atau bekas makanan yang anda gunakan untuk keperluan anak anda itu? 1. Adakah botol susu selamat dipakai dan diperbuat daripada apa? Kebanyakan botol susu untuk kegunaan bayi diperbuat daripada dua komponen berbeza iaitu polyethylene yang lebih dikenali dengan plastik EVA dan satu lagi ialah polycarbonate. Ia merupakan komponen dalam penggunaan botol susu yang dibenarkan pada peringkat antarabangsa dan selamat dipakai. Cuma, apabila susu (sama ada susu badan atau formula dalam botol terbabit) direbus pada kepanasan 100ยบ c selama 20 hingga 30 minit, ia sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphenol A akan larut bersama susu di dalam botol terbabit. Konfliknya, apakah ibu bapa lazimnya merebus susu sebelum memberi anak merek...

Tip Membersihkan Botol Susu Bayi

Untuk peringkat botol susu yang dipakai oleh bayi di bawah umur 6 bulan, kita tidak perlu menggunakan sabun pencuci untuk membersihkannya. Walaupun sekarang ada bermacam-macam sabun pencuci yang memang khusus mencuci botol susu bayi. Untuk bayi di bawah 6 bulan, botol susu yang digunakan cukup dengan hanya dibilas dengan air panas dan menggunakan berus lembut yang khusus untuk botol susu untuk membuang kotoran yang melekat. Kuncinya tidak membiarkan terlalu lama cairan susu dalam botol susu tersebut apabila sudah tidak diminum. Bila anda dalam perjalanan, apabila selesai bayi anda menggunakan botol susu tersebut, bilas cepat dengan air sisa susu yang ada. Hal ini sangat membantu mempermudah membersihkan botol tersebut sesudah anda sampai di rumah kembali. Selain mensterilkan botol susu, ibubapa juga boleh menggunakan cara manual untuk mensterilkan botol susu tersebut dengan cara merebusnya. Caranya adalah, pertama didihkan air secukupnya dengan pastikan semua bahagian dari botol susu t...

Selamatkah Botol Susu Anak Anda?

Pernahkah anda terpikir bahawa Botol Susu boleh bahayakan kesihatan bayi anda? Barangan plastik, baik botol mahupun tempat makanan seharusnya memiliki gambar segitiga dan nombor tertentu dibahagian bawah barangan. Barangan plastik yang selamat untuk makanan dan minuman adalah yang bertanda 4 dan 5, nombor 1 dan 2 paling selamat tapi adalah untuk sekali penggunaan. Sementara yang tidak selamat/berbahaya adalah bertanda 3,6 dan 7. Hal ini adalah kerana bahan pembuatan plastik tersebut dapat menyebabkan kerosakan organ tubuh, sistem saraf dan hormon bila digunakan dalam jangka waktu yang lama.