Posts

Showing posts with the label Realiti

Cara-cara Memindahkan Stok EBM / Susu

Image
Setelah habis tempoh berpantang, buat pertama kalinya saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya saya nak pindahkan kesemua stok EBM saya dari Kelantan ke Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi, usah pening kepala :)...tanyakan sahaja dengan tuan google..pasti ada blogger yang bermurah hati kongsikan cara dan pengalaman masing-masing travel dengan EBM. Huh pengalaman saya kali ini mencabar kesabaran saya dan suami. Kami terpaksa melakukan proses packing ebm sebanyak 2 kali gara-gara kereta buat hal :). Mujurlah segalanya dapat diatasi dengan jayanya. Ok mari kita tunjukkan cara-cara packing EBM untuk pindahkan dari kampung ke rumah yang dirindui. Pertama sekali, kawan-kawan perlulah menyediakan barang-barang seperti gambar di bawah. Sediakan cooler box, ice cube, garam(untuk melambatkan proses kecairan ice cube) dan tuala kecil yang dilembapkan. Langkah-langkahnya, masukkan ice cube pada dasar cooler box. Taburkan garam. Kemudian susun ebm dan lapiskan...

Tips Menguruskan Pakaian Atau Baju-baju Di Rumah

Image
Sesiapa yang rajin melipat baju sila angkat tangan! :D. Ikhlas saya katakan saya memang malas melipat baju. Nak melipat baju kita memerlukan banyak masa. Dan, perlu ada mood juga kan? Nak tunggu mood datang tu entah berapa hari entah berapa minggu baru ia datang. Pernah suatu ketika dulu, saya memang sibuk dan penat, pakaian yang tidak dilipat menggunung macam bukit. Nak dijadikan lawak, suami saya hari-hari bersuara.. 'Bila awak nak lipat baju..' 'Pergila lipat baju', sampai sehari tu berkali-kali dia cakap. Hehe. Tangguh punya tangguh...setelah 3 minggu baru saya nak melipat. Tau tak kenapa suami saya beria-ia menyuruh saya melipat baju? Rupa-rupanya ada hadiah yang dia nak bagi diletakkan dalam timbunan baju-baju tu. Maknanya lebih seminngu saya kerugian... bersusah-susah menyapu rumah menggunakan penyapu. Bayangkan timbunan baju-baju boleh menimbus sebesar-besar kotak vacum. Yeahhh dapat hadiah vacuum :p. Ok sekarang saya ada tips untuk orang yang malas macam saya...

Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Image
Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis. Khasiat Badam Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini . Khasiat Kurma Penemuan kajian sains tentang kha...

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Image
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz. Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; ...

Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama. Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti. Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik. Ikuti tips ini: 1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. 2. Anda kena pastikan taska/tadika ada le...

Surat Kepada Pemilik Pusat Asuhan Anakku Rakin

Image
Sakit hati bila memikirkan perkara itu. Untuk peringatan bersama ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua. Ceritanya begini, mulai tahun baru yang seminggu lepas, saya menukarkan anak saya ke pusat asuhan yang lain berikutan kesihatan anak saya selalu terganggu (selesema dan batuk) yang berpanjangan. Apa yang saya kesalkan pemilik pusat asuhan lama anak saya yang saya rasa sedikit kurang ajar. Malas saya hendak memberi penerangan yang panjang lebar, tapi bolehlah kawan-kawan membaca surat saya kepada pemilik pusat asuhan tersebut yang saya karang ketika hati saya membuak-buak dalam kemarahan :). 'Assalamulaikum Puan, Ada beberapa perkara yang saya rasa tersangat tidak berpuas hati dengan pengurusan puan. 1. Minta puan bayangkan sekiranya puan meminjamkan barang milik puan dengan keadaan elok dan bersih, tetapi dipulangkan dengan keadaan yang sangat teruk dan peminjam itu bukan sahaja tidak memberi alasan yang munasabah malah tidak meminta maaf. Dari situ ibubapa pun boleh te...

Si Kecilku Selalu Terjatuh

Image
Ini calar yang Rakin dapat ketika saya tertidur dan dia merayap-rayap ke sana sini, akhirnya terjatuh ketika berdiri di bucu meja. Semalam si kecil Rakin terjatuh dan terhentak di birai meja ketika dia dalam posisi berdiri ingin mengambil mainannya yang terjatuh dari pegangannya. Anakku ini selalu terjatuh, tapi kali ini walaupun tidak luka tapi bunyi hentakkannya agak kuat..cukup membuatkan hati saya berdebar-debar. Padahal baru sahaja beberapa saat menuju ke dapur. Anak kecil yang sudah pandai bergerak begitulah..perlukan pengawasan yang lebih tapi dalam kita berhati-hati dan cukup mengawasinya juga ia tetap berlaku jua. Segera saya mengambil air batu untuk dituam ditempat yang benjol. Ya Allah lindungi lah anakku..jauhilah anakku dari apa sahaja yang memudaratkannya'. Petikan dari drsaiful.blogspot.com. Jika si manja anda terjatuh tanda-tanda berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda-tanda tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 1. Anak pengs...

Ibumu..Ibumu..Ibumu..Ayahmu

'Abang...patutlah Rasullullah berkata Ibumu..ibumu..ibumu..kali ketiga barulah ayahmu'...tiba-tiba ayat tu keluar dari mulutku sedang saya memujuk si Rakin daripada menangis ketika terjatuh. Maha Besar Allah jadikan naluri si ibu yang perihatin dengan tindak tanduk anaknya walaupun sekejap dan matanya yang tidak lekang memerhati gerak geri anak-anak untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan baik dan selamat walaupun sedang membuat sebarang kerja. Ketika itu saya teringatkan sebuah cerita antara Rasulullah dan sahabatnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.” Lagu ini khas untuk ibu...

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek. Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Lain-lain negara seperti : Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. W...

Imiginasi

Image
Saya selalu membayangkan seolah-olah saya adalah orang lain. Membayangkan sekiranya saya berada di negara yang menghadapi bencana alam, berada di kemelut peperangan dan membayangkan apa jua keadaan yang bertitian hidup dan mati. Semalam saya bersama-sama anak sulung saya melihat cerita ultraman cosmos di saluran ceria. Di situ saya lihat keadaan di mana raksasa sedang mengganas, kalau saya di tempat itu, apa tindakan saya? Adakah saya masih mampu memikirkan keselamatan orang yang sayang atau hanya berusaha menyelamatkan diri sendiri. Saya juga pernah membayangkan apabila saya masih hidup di hari tibanya kiamat, bagaimana? Anak-anak di mana? Mampukah saya melindungi mereka? Owh sedih dan takut bila memikirkan saat-saat itu. Sekarang pula, hampir setiap hari di dada akhbar memaparkan kejadian membuang dan membunuh bayi / anak. Bagaimana tergamak mereka diperlakukan begitu. Sedih dan geram berbaur dihati. Suka saya mengajak para pembaca tataplah wajah orang kesayangan kamu semasa mereka t...

Apabila Anak Batuk Berkahak dan Selesema

Image
Minggu lalu saya menyerahkan anak kedua saya Rakin Syahid kepada doktor pakar kanak-kanak di Pusat Rawan Azzaharah Bangi berikutan batuk dan selesema yang tak pulih-pulih. Rakin ditahan wad selama 3 hari 2 malam, sehingga kahak dan selesemanya benar-benar pulih. Di wad, Rakin diberi 'nebulizer', jalani fisioterapi, ubatan serta sedut kahak dan hingus. Alhamdullah selepas 4 hari Rakin pulih. Dari situ, saya dapat mempelajari teknik fisioterapi pada bayi, iaitu teknik tepuk yang betul pada bayi yang mana ia boleh membantu melegakan kahak dan selesema pada bayi. Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/, artikel menerangkan mengenai batuk berkahak pada bayi dan suka saya kongsikan dengan pembaca blog saya mengenainya. BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca ...

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang pulih dari mengalami keguguran rambut yang agak teruk sebelum ini. Rakin sekarang sudah 5 bulan dan saya rasa masalah keguguran rambut saya sudah berkurangan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air (bila dikumpulkan boleh dikatakan sebesar penumbuk tangan :)). Masalah ini menyebabkan rambut saya hampir botak :). Bertanyakan tuan 'google', dan saya dapat beberapa maklumat mengenainya. Apa yang anda perlu ketahui: * Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. * Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. * Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. * Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih ...

Penyusuan di Bulan Puasa

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan. Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'. Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya. Suka saya kongsikan jadual pemaka...

Anak Demam

Image
Demam yang terjadi sebenarnya adalah baik, ia sebagai isyarat bahawa ada sesuatu ganguan didalam tubuh, demam juga berfungsi untuk melawan dan menyembuhkan penyakit tersebut. Tetapi perlu diingat!!!, jika kepanasan melampau dari darjah 39 sehingga darjah 40 darjah Celsius, ini amat merbahaya kepada anak, boleh menyebabkan anak tersebut mendapat sawan atau ketegangan urat saraf dan boleh mengakibatkan menjadi lumpuh (kecacatan kekal). Suhu yang baik ketika demam ialah 38. Suhu normal tubuh ialah 37. Jika suhu naik sampai 39-40, perlulah basahkan tuala dan lap segera badan anak dengan air agar suhunya turun dan terkawal. Bahagian yang perlu dibasahkan ialah kepala dan badan. Selepas kita lap dengan air suhu akan turun. Pakaian tebal dan stoking perlu dielakkan ketika anak demam. Berdasarkan petikan dari http://www.susu.my. APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika ...

Dari 4 kepada 6

Image
Isnin lalu saya terima sms dari cikgu Rakin 'Kak, susu Rakin dah habis, sekarang Rakin tengah tidur'. Aiyakk! Baru jam 3.30 petang. Terpaksalah saya menyegerakan tugas-tugas dengan secepat mungkin dan minta izin untuk pulang awal. Keesokkan harinya saya sediakan Rakin 5 botol. Dan masih tidak cukup. Huhuk. Gelabah saya dibuatnya dan terdetik di fikiran saya 'Mampukah sehingga 2 tahun?'. Dan semalam saya sediakan Rakin 6 botol susu. 3 botol susu 4 oz dan 3 botol susu dengan kuantiti 3oz..itulah yang dicadangkan cikgunya kerana pada sebelah petang Rakin minum sehingga terlena dan susunya selalunya ada 'balance'. Untuk elakkan pembaziran susu, susu sebelah petang perlu dibekalkan dengan kuantiti 3oz sahaja setiap botol. 'Lebihan susu ibu yang tidak dihabiskan oleh bayi dapat bertahan selama 1 jam. Jika bayi tidak dapat menghabiskan susu tersebut dalam masa 1 jam, ia perlu dibuang dan bekalan yang baru perlu diambil.' Semoga Tuhan murahkan rezeki anak-anakku...

Puting Kosong!

Image
Baru-baru ini, saya berpeluang menjenguk Rakin di Pusat Asuhan. Sejuk mata memandang apabila tengok keadaan tempat Rakin dan kawan-kawan sungguh kemas dan bersih. Tapi apabila lihat Rakin yang sedang nyenyak tidur di dalam 'baby carrier', saya dan Syahmi terkejut dan saling berpandangan..Syahmi terus bersuara..'Adik makan puting la mama!'. Erkk..saya tak pernah belikan Rakin puting! Cikgu nya kata memang dari cikgu yang lama lagi Rakin diberi puting kosong tu...hehe ini sah tertukar hak milik. Nasib baik Rakin tak 'ketagih' menghisap puting kosong tu sampai ke rumah. Saya minta jasa baik cikgu-cikgu Rakin agar tidak memberikan Rakin puting kosong lagi. Oleh: Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin, MBBS (IIUM). Blog beliau boleh diakses melalui alamat http://www.drazwan.blogspot.com/{/xtypo_info} Assalamualaikum, orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother". Puting kosong ini menjadi piliha...

Susu Merundum

Image
Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi macam ini? Sejak demam bulan lepas, susu saya mengalami situasi pasang surut :)..ada masa banyak ada masa agak kurang. Bila kurang memang rasa begitu tertekan..tetapi saya cuba pujuk diri agar sabar..sabar...sabar dan sabar. Saya rasa ada banyak sebab susu kurang. Pertama saya sudah berkira-kira mahu pam pada waktu malam atau tak...kalau pam muatkah peti ais? Jadinya saya sudah tidak mengepam pada waktu malam dan kalau saya berada di rumah. Kedua saya sudah tidak disiplin waktu pengepaman saya di pejabat. Dan akhir sekali saya sudah kurang minum air dan malas makan suplement..hmm semua berpunca dari saya bukan? Dulu hasil pengepaman menjangkau lebih 24 oz..tp sekarang tidak lebih dari 18 oz sehari. Sekarang saya tengah berusaha keras untuk kembalikannya kepada normal dan kalau boleh saya nak penghasilannya makin bertambah untuk persediaan bulan puasa nanti. Ini adalah stok susu saya sehingga beberapa hari lepas. Lebih kurang 100 botol. Ini pula si c...

Lelaki bergelar Ayah

Image
Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, Tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya Yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, Disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya. ...

Wanita Bergelar Isteri

Image
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia mencari jawapan sambil membaca kitab suci Al-Quran untuk mencari jawapan mengapa wanita begitu mudah menangis?" Akhirnya dia terjumpa ayat dari Al-Quran yg berbunyi: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku mem...

Tips Agar Rumah Sentiasa Kemas

Dialog mama dengan syahmi Mama : Syahmi..tolong kemaskan mainan syahmi ni..masukkan dalam bakul. Syahmi : Kawan mama nak datang ke? Dialog mama dengan abah Mama : Hari ni saya nak vacum dan moop rumah. Abah : Kenapa? Ada orang nak datang ke? :) Jelas sekali saya telah tersilap mendisiplin mereka..itulah kebiasaannya. Tidak kisahlah ada tetamu atau tidak, rumah mestilah sentiasa bersih dan kemas. Saya memang mahu pastikan rumah saya sentiasa bersih, kemas, selesa dan sedap mata memandang..kalau tidak memang sakit kepala saya dibuatnya. Faktor masa dan kesibukan diri menjadi rumah kurang terurus. Jadi saya cari-cari dalam internet cara-cara kekalkan rumah sentiasa kemas. Tapi rumah saya tidaklah tunggang langgang macam ni :) ..cuma saya rasa ia boleh diguna pakai ;) Taktik bersihkan/kemaskan rumah dalam masa 3 MINIT !! Berguna bukan? Saya selalu juga alami perkara macam ni. Bila ada orang nak datang...mulalah kelam kabut. Lebih-lebih lagi dengan mainan dan buku-buku syahmi yang bersepah.