Rambut Gugur Selepas Bersalin
Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang pulih dari mengalami keguguran rambut yang agak teruk sebelum ini. Rakin sekarang sudah 5 bulan dan saya rasa masalah keguguran rambut saya sudah berkurangan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air (bila dikumpulkan boleh dikatakan sebesar penumbuk tangan :)). Masalah ini menyebabkan rambut saya hampir botak :). Bertanyakan tuan 'google', dan saya dapat beberapa maklumat mengenainya.
Apa yang anda perlu ketahui:
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
* Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com
Cara saya mengatasinya:
-Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.
Tips penjagaan rambut:
-Makan makanan yang seimbang.
-Amalkan minum air suam dan jus buah-buahan.

thanks for d info. minta copy nak share kat blog.
ReplyDeletehttp://brideinmaking.blogspot.com/
check this out! mungkin boleh membantu. ;)
ReplyDeletehttp://ferrapplicious.blogspot.com/2011/07/rambut-gugur-lepas-bersalin.html
lega skit lps baca :)) baby skang baru 3 bulan dan kebelakangan ni rambut gugur dengan teruk especially semasa mandi dan menyikat rambut...ada beberapa spot kat kepala dah nipis n nampak kulit kepala, risau gak. thanks for the info... ;)
ReplyDeleteoh.. sbb hormon ke? saya kehilangan rambut sgt teruk ni.. baby 3 bulan lebih sy perasan rambut makin banyak gugur... skrg dia baru masuk 4 bulan.. rambut maikn byk gugur dan menipis sehingga semakin byk spot seakan botak.. baru nak gembira rambut panjang.. nampaknya kena potong rambut le... anyway, info ini sgt membantu mengurangkan rasa cemas kerana hampir botak.. tapi betul ke simpton ini hanya sementara.. hope so sbb kalu ia berterusan comfirm saya akan botak lepas ni.. tQ!
ReplyDeleteinfo yang menarik sangat. terima kasih atas perkongsian yang best.
ReplyDeletenice post....thanks...
ReplyDeletenice post
ReplyDeleteLega bila baca post nie... Bby sy baru 3bln & mmg skrg rambut tgh gugur byk giler.. Smpai stress dibuatnye.. Its normal rupanye... Ok ade geng. :))
ReplyDeleteTerima kasih atas info ni. Baby sy 5bln. Rambut gugur mmg byk smpai sy jadi rimas & stress. Harap cpt back to normal.
ReplyDeleteTq for your info. It's very useful
ReplyDeleteJom lawat blh saya cara merawat rambut gugur..
ReplyDeletemilaicare4u.blog.spot