Penyusuan di Bulan Puasa
Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan.
Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'.
Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya.
Suka saya kongsikan jadual pemakanan saya sepanjang puasa..
Buka Puasa
3 biji kurma, nasi, lauk, sayuran, kuih muih, buah, jus/susu bersama horlick dan oat dan air masak.
9 malam
Kuih muih dan air masak.
Sebelum Tidur
Kurma, air masak, Alfafa dan vitamin-vitamin (Shaklee) dan Kalsium.
12 hingga 2 pagi
Apabila selesai menyusukan anak, saya akan minum 2 gelas air masak dan 3 biji kurma.
Sebelum sediakan sahur
Biskut/tart/kek/roti, air masak dan kurma.
Sahur
3 biji kurma, nasi, lauk, sayuran, kuih muih, buah, jus/susu bersama horlick dan oat, air masak sebanyak yang boleh dan alfafa dan vitamin-vitamin (shaklee).
Saya akan membuat pengepaman seperti biasa. Alhamdulillah, hasilnya tidak berkurang malah kadang-kadang tu bertambah. Sentiasalah berfikiran positif dan berdoa.
Kita boleh mencuba.. Allah juga yang menentukan.. =)

byk jugak yg hah boleh telan sepanjang malam eh..saya makan cuma masa berbuka dan masa sahur je..
ReplyDeletewaktu diantara tu lebih suka berbaring. letihnya yg amat..nk buat mcm mana kan..kalau tengah menyusu tanpa pregnancy pon rasanya saya boleh makan byk mcm ni gak kot :D
lydzar>>>pantas mengomen! haha. Paksa diri makan tu mula2..lama2 jadi biasa. Kalau mkn byk..berat naik kan best.. ni x naik2 pun. Hadoi.
ReplyDeleteLetih yg amat sebab puasa tu lydzar...moga2 dpt posa penuh yer. Semoga cepat sembuh dr pregnancy symtoms tuu. ;)