Posts

Showing posts with the label Bayi Pramatang

Bayi Pramatang Perlu Penjagaan Rapi

Image
SOALAN: ISTERI saya baru melahirkan anak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, anak saya dikategorikan sebagai pra matang dan masih lagi di hospital buat masa ini. Saya ingin tahu bagaimana untuk kami suami isteri kendalikan anak sebaik DIA dibenarkan keluar nanti. Selain itu, apakah kemungkinan masalah kesihatan yang akan dia hadapi? Bapa Serba Tak Tahu, JAWAPAN: BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi. Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui. Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang me...