Cara-cara Memindahkan Stok EBM / Susu

Setelah habis tempoh berpantang, buat pertama kalinya saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya saya nak pindahkan kesemua stok EBM saya dari Kelantan ke Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi, usah pening kepala :)...tanyakan sahaja dengan tuan google..pasti ada blogger yang bermurah hati kongsikan cara dan pengalaman masing-masing travel dengan EBM.

Huh pengalaman saya kali ini mencabar kesabaran saya dan suami. Kami terpaksa melakukan proses packing ebm sebanyak 2 kali gara-gara kereta buat hal :). Mujurlah segalanya dapat diatasi dengan jayanya.

Ok mari kita tunjukkan cara-cara packing EBM untuk pindahkan dari kampung ke rumah yang dirindui.

Pertama sekali, kawan-kawan perlulah menyediakan barang-barang seperti gambar di bawah.


Sediakan cooler box, ice cube, garam(untuk melambatkan proses kecairan ice cube) dan tuala kecil yang dilembapkan.

Langkah-langkahnya, masukkan ice cube pada dasar cooler box. Taburkan garam. Kemudian susun ebm dan lapiskannya dengan ice cube, taburkan garam. Langkah ini diulang sehingga penuh isi cooler box.

Gambar dari andthejourneybegin.blogspot.com

Akhir sekali, letakkan tuala kecil yang lembap supaya haba sejuk tidak meresap keluar. Jangan lupa tutup cooler box dengan rapat. Kemudian bolehlah masukkannya ke dalam kereta. Letakkan di bahagian kereta yang berhawa dingin bagi mengekalkan suhu sejuk. Suhu di bonet kereta jauh lebih panas dan ia boleh mempercepatkan kecairan ice cube. Cooler box kami muat-muat tempat kaki diletakkan di seat belakang.

Alhamdulillah..semua ebm Rania selamat sampai ke destinasi tanpa sebarang kecairan.

Ini ebm Rania. Alhamdulillah dah sampai pun.

Comments

  1. Salam sis, nak tanye proses pemindahan ni tak akan menjejaskan tahap kebekuan susu ke?

    ReplyDelete
  2. Thank u dear... info yg bagus. In sha allah, nk apply nt bila nk bawa ebm sicomel balik klang nt... :-)

    ReplyDelete
  3. Assalam, sy nak tanya sis.. berapa liter saiz cooler box yg sis guna tu yer ? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku