Jamu Susuk Dara

Assalamulaikum. Alhamdulillah hari 62 hari umur anak perempuan saya, Rania Sakina Mohd Rostam. Ingatkan masa berpantang saya boleh meneruskan misi meng'update' blog-blog saya yang telah lama bersawang, rupanya menjaga anak seorang dan menjadi suri rumah tangga celup ini lebih sibuk dari bekerja di ofis. Berat badan saya juga telah kembali kepada berat asal saya. Cuma satu perkara yang belum kembali kepada normal, gatal-gatal pada badan. Gatal-gatal badan sejak kandungan saya berumur 6 bulan. Tak ada apa yang boleh saya buat kecuali mengurangkannya dengan memakai losyen dan minyak. Ubat klinik or hospital pun gagal membantu. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Sekarang apa yg sedang saya azamkan, berusaha keras memulihkan semula keadaan kulit yang berparut dan warna yang tak sekata...heheh.

Pertama sekali, untuk hilang jerawat dan bekas jerawat di muka dan badan (alahan pregnant). Saya guna Sabun Susu Beras. Alhamdulillah kulit muka saya kembali asal kepada malah lebih ok dan rasa licin dan lembut je kulit (perasan sendiri..) dari sebelum menggunakannya. Selama 4 bulan saya gunakannya, alhamdulillah baru 2 biji jerawat naik, itupun cepat je hilang. Sekaligus saya tinggalkan aje produk yang saya guna sebelum ni. Aihh beria betul buat iklannya. Tapi takpelah sebab lama dah tak bercerita. Nak tengok rupanya?


Dan, saya ingat selepas saya bersalin, tanda-tanda saya menggaru dan parut di perut, paha dan punggung akan kelihatan, rupanya tak ada pun. Baguskan sabun ni? :p

Kedua, semasa tempoh berpantang saya ambil set berpantang dan kecantikan shaklee. Alhamdulillah sepanjang tempoh berpantang saya rasa ceria, bertenaga dan tidak stress. Luka pun cepat sembuh. Sekarang pun saya masih ambil set kecantikan dari shaklee ni. Dengan harapan kulit saya cepat-cepat akan kembali kpd asal dan parut-parut luka akibat menggaru akan pudar dan hilang :)

Ketiga, ada 2 produk lagi saya guna. Haha..susah betul orang perempuan ni kan? Macam-macam guna. Bersusah payah menyental di sana sini. Penangan alahan pregnant anak perempuan kali ni memang sungguh berlainan dari sebelum ini. Saya gunakan Sabun Tanamera dan scrub bunga tanjung untuk rawatan luaran. Mari kita tengok gambarnya :)


Sabun ini memang best, sebabnya rasa macam ia mengurut2 badan semasa mandi. Kulit pun nampak menggelupas selepas menggunakannya.


Scrub ini saya gunakan sebelum mandi, campurkannya dengan sedikit air, sapu seluruh badan...apabila kering sedikit, bolehla menyental badan. Fungsinya membuang kulit mati. Maka, bolehlah bayangkan berapa produk yang saya gunakan sebelum, semasa dan selepas mandi. Gigihkan? :p.

Coretan bukan main panjang, akhirnya sampai ke isi yang saya nak warwarkan kepada pembaca. Barulah ia kena dengan tajuk post saya kali ini.. 'Jamu Susuk Dara'. Ikhlas saya katakan pertama kali saya membaca nama-nama Jamu Susuk Dara ni, terdetik di dalam fikiran, alahai ini nama betul-betul melayu..:D. Namun jodoh saya dengan jamu ini sungguh kuat, sehinggakan saya tertarik untuk menjadi pengedar Jamu Susuk Dara. Rasa sungguh segar dan selesa menggunakan produk-produk dari Jamu Susuk Dara. Antara produk yang saya guna adalah :

Miss V Feminin Wash - Feminin wash ni rasa nya berbeza dengan yang lain. Belum pernah saya gunakan feminin wash yang membuat kita rasa bersih dan segar sepanjang hari. Bila pakainya kita akan rasa berangin di situ sepanjang hari.

Masker V - Masker V ini berbagai-bagai kegunaannya, boleh guna untuk vagina, ketiak dan saya pula baru lepas bersalin, saya pakaikan ditempat-tempat yang menjadi hitam ketika pregnant. Alhamdulillah menjadi!

Jamu Pengantin Dara - Jamu ni pun best juga, ia untuk mengecutkan dan membersih peranakan, meremajakan dan membersih vagina, mengetatkan dan pelbagai lagi. Lagipun baguskan kalau makan jamu yang memang dimakan turun temurun dari wanita dahulu kala lagi.

Gel Intim - gel intim ini sebenarnya ada pelbagai kegunaan, bukan sahaja untuk kegunaan ketika bersama.

Maaflah saya tak berapa pandai memberi komen sebab saya ni pemalu orangnya. Apapun paling penting, semuanya menjadi dengan izin Allah. InsyaAllah kita hanya berusaha Allah yang memberi.


Kedai saya

Produk-produk Jamu Susuk Dara ini halal dipakai dan ada yang masih menunggu kelulusan KKM dan ada yang dah ada kelulusan KKM.

Kalau ada sesiapa yang berminat dengan Jamu Susuk Dara boleh klik di sini. Pelbagai lagi produk JSD untuk perempuan dan lelaki. Atau boleh terus email kepada saya, salehahw@gmail.com.

Sekian, dari pengedar Jamu Susuk Dara :)

Comments

  1. amboi mak dara...semenjak ade anak dara sorang dah macam2 petua dari mak dara ye..bagus2..gigih sungguh anda...sy excited ni nk tgk mak dara balik opis...huhuhu

    ReplyDelete
  2. eh..,xde ke produk utk rambut/kepala? nnt kalo ade review la yer(kalau rajin)...hehehe..akak kn cuti lg sebulan sempat lg nk test produk tu..huhu

    ReplyDelete
  3. tadak...rambut gugur bersepah. nnti kita cari. hihihi bli jgn x bli.

    ReplyDelete
  4. Saya alami masalah yang sama semasa hamil anak ke-4 iaitu gatal-gatal satu badan. Nak tanya, di mana nak cari sabun tanamera dan scrub bunga tanjung tu ek?

    ReplyDelete
  5. dr website jugak..bolh search aje...sabun sliming susuk dara pun bagus utk pudarkan parut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku