Sentiasa Mengambil Langkah Berjaga-Jaga - Penyimpanan EBM

Assalamualaikum.

Pernah terjadi kepada diri sendiri, peristiwa EBM cair atau rosak akibat daripada sikap cuai saya tidak menutup rapat pintu freezer.

Dan, ambil ikhtibar dari kejadian rakan pejabat yang pulang ke kampung selama seminggu. Tetapi, plug deep freezer tertolak keluar dari soket suis ketika blackout. Dan, menyebabkan beratus-ratus Oz EBM cair atau rosak.

Apa jua keadaan, menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menutup pintu freezer. Saya akan selalu menjeling ke arah peti ais dan freezer untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kalau bukan kita, mungkin kecuaian daripada suami atau anak-anak.

Ketika pulang ke kampung atau keluar dari kawasan dalam tempoh yang lama juga, suami saya bertanggunjawab membuat pesanan ringkas kepada jiran. Sekiranya berlaku 'blackout', minta jiran on kan punca elektrik. Dan kalau tak keberatan, minta jiran meninjau keadaan peti ais kita dalam keadaan on selepas berlakunyablackout. Untuk memudahkan kerja jiran, pasang lampu garaj kereta supaya jiran kita senang tahu rumah kita blackout atau sebaliknya.

Dulu-dulu, walaupun cerita ini telah lapuk, pernah dua kali saya menyelamatkan EBM saya dari rosak dengan menumpang freezer jiran dan menumpang freezer pasaraya kecil yang berdekatan rumah untuk selamatkan EBM. Berikutan ada penyelenggaran elektrik dan peti ais rosak :).

Kalau diingat-ingat, semua tu memang pengalaman manis demi menyelamatkan hak anak!.

Comments

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku