4 Kunci Supaya Pasangan Yg Telah Berumah Tangga Akan Tetap Bahagia Sehingga ke Hujung Nyawa

Komunikasi yang baik

Komunikasi yang baik adalah kunci utama dari segalanya, kerana dengan adanya komunikasi yang baik akan mempermudah pasangan untuk mengeluarkan apa yang dirasa dalam hatinya, apabila yang satu mengeluarkan pendapat apa yang dirasa dan yang satunya lagi harus siap menjadi pendengar setia. Begitu Juga sebaliknya.

Menerima kekurangan dan kelebihan

Kunci yang kedua adalah harus ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan diantara keduanya, kerana kekurangan dan kelebihan itu akan selalu berjalan seiring dan tak kan terpisah selamanya kerana tidak ada mahkluk yang ada di dunia ini yang sempurna seutuhnya. Dan itulah hakikat sebuah pernikahan biar bisa saling menutup kekurangan dengan kelebihan antara kedua pasangan.

Memaafkan

Kunci yang ketiga adalah memaafkan kerana manusia itu tidak akan lepas dari sebuah kesalahan, maaf dan memaafkan adalah awal dari terbentuknya sebuah kesatuan dan persatuan dari kedua belah pasangan.

Mementingkan pernikahan di atas segalanya

Artinya adalah ketika seseorang telah memutuskan untuk menjalani ikatan suci tali pernikahan, maka segalanya harus berdasarkan keharmonian, tidak berdasarkan salah satu ego seorang pasangan saja.

Demikianlah empat kunci sekaligus saranan kejayaan dalam menjalankan bahtera rumah tangga supaya kekal bahagia sehingga akhir hayat.


Dipetik dari http://ciktieybasir.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku