Tips Menguruskan Pakaian Atau Baju-baju Di Rumah

Sesiapa yang rajin melipat baju sila angkat tangan! :D. Ikhlas saya katakan saya memang malas melipat baju. Nak melipat baju kita memerlukan banyak masa. Dan, perlu ada mood juga kan? Nak tunggu mood datang tu entah berapa hari entah berapa minggu baru ia datang. Pernah suatu ketika dulu, saya memang sibuk dan penat, pakaian yang tidak dilipat menggunung macam bukit. Nak dijadikan lawak, suami saya hari-hari bersuara.. 'Bila awak nak lipat baju..' 'Pergila lipat baju', sampai sehari tu berkali-kali dia cakap. Hehe. Tangguh punya tangguh...setelah 3 minggu baru saya nak melipat. Tau tak kenapa suami saya beria-ia menyuruh saya melipat baju? Rupa-rupanya ada hadiah yang dia nak bagi diletakkan dalam timbunan baju-baju tu. Maknanya lebih seminngu saya kerugian... bersusah-susah menyapu rumah menggunakan penyapu. Bayangkan timbunan baju-baju boleh menimbus sebesar-besar kotak vacum. Yeahhh dapat hadiah vacuum :p.

Ok sekarang saya ada tips untuk orang yang malas macam saya. Senang sahaja.

Pertama, selepas baju siap dibasuh, anda harus/wajib hanger kan semua baju/seluar cantik-cantik seolah-olah ampaian tu adalah almari anda.

Kedua, apabila baju di ampaian sudah kering, boleh angkat terus ke dalam almari :D.

Kaedah ini tidak sesuai untuk pakaian budak bawah 2 tahun, tuala, bedsheet dan sebagainya. Sekurang-kurangnya masa untuk melipat banyak baju boleh dipendekkan. Banyak masa boleh dijimatkan. Dan masa yang berkualiti boleh dihabiskan dengan anak-anak dan suami!

Baju ofis
Baju anak bujang

Selamat mencuba!!!

Comments

  1. setuju..saya pon mcm awk. malas lipat baju. tp belum praktik lg cara gantung ni sebab perlukan tiang yg lebih byk utk gantung baju yg banyak tuu hhehe

    ReplyDelete
  2. hehe...betul perlu hanger n tempat gantung yg byk dan tahan...klau tak.. boleh runtuh...:p. Pakaian yang pakai je gantung...pakaian yg dah tak mo pakai masuk box.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.. Saya pun menjemur kain..guna hanger semuanya.. Haha. Dari menjemur dah gantung kemas2 anggap jemuran tu mcm almari.. Bila dah kering.. Senang masukkan dlm almari kan ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG