Kenapa Perlu Buat Stok Susu Beku yang Banyak?




Kenapa perlu buat stok susu yang banyak? Jawapan ia senang sahaja, ia ibarat pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa yang mendatang. Sementara rezeki susu masih banyak, tak salah kita sedaya upaya manfaatkan rezeki dan masa yang ada.

Kenapa saya membuat stok beku yang banyak? Antara sebab perlunya simpan stok susu adalah :
1. Target saya menyusukan Rakin sehingga umurnya 2 tahun. Saya tidak tahu adakah hari esok susu saya masih banyak seperti hari ini. Untuk itu, saya memang perlukan stok yang banyak supaya anak saya terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%. InsyAllah.

2. Melalui pengalaman kawan-kawan, susu ibu ada pasang surutnya.

3. Anak saya juga ada masanya minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman saya sehari. Oleh itu, saya perlukan stok susu beku untuk cukupkan permintaan dari anak.

4. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, kerja luar atau pergi kursus ditempat jauh daripada anak, maka suami boleh sediakan susu kepada anak susu dari stok susu beku.

5. Tiba-tiba sekiranya saya jatuh sakit atau dimasukkan ke hospital dimana keadaan itu membuatkan saya tidak mampu untuk menyusu secara terus, maka ketika itulah perlunya stok susu beku.

6. Apabila berlakunya period,stress atau kepenatan, maka sememangnya akan ada kesan pada pengeluaran susu.

Apapun setiap orang orang mempunyai pendapat yang berbeza. Ada ibu-ibu yang rasa tidak perlu buat stok banyak-banyak dan ada pula yang sampai beratus-ratus susu beku, yang pasti semuanya tiada salahnya. Apa yang penting anak kita dapat susu yang terbaik dari kita sehingga 2 tahun tanpa susu formula, InsyaAllah.



Comments

  1. As'salam owner TOT... nama saya sara... saya nak bertanya.. di manakah puan dapatkan frezer begini ? apakah ianya freezer yg sama yg biasa kita guna ? apakah terdapat perbezaan antara freezer utk simpan susu ibu dan freezer harian yg di gunakan ? mohon advice. terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Oleh Ibu Berpantang

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG