Posts

Tips Agar Rumah Sentiasa Kemas

Dialog mama dengan syahmi Mama : Syahmi..tolong kemaskan mainan syahmi ni..masukkan dalam bakul. Syahmi : Kawan mama nak datang ke? Dialog mama dengan abah Mama : Hari ni saya nak vacum dan moop rumah. Abah : Kenapa? Ada orang nak datang ke? :) Jelas sekali saya telah tersilap mendisiplin mereka..itulah kebiasaannya. Tidak kisahlah ada tetamu atau tidak, rumah mestilah sentiasa bersih dan kemas. Saya memang mahu pastikan rumah saya sentiasa bersih, kemas, selesa dan sedap mata memandang..kalau tidak memang sakit kepala saya dibuatnya. Faktor masa dan kesibukan diri menjadi rumah kurang terurus. Jadi saya cari-cari dalam internet cara-cara kekalkan rumah sentiasa kemas. Tapi rumah saya tidaklah tunggang langgang macam ni :) ..cuma saya rasa ia boleh diguna pakai ;) Taktik bersihkan/kemaskan rumah dalam masa 3 MINIT !! Berguna bukan? Saya selalu juga alami perkara macam ni. Bila ada orang nak datang...mulalah kelam kabut. Lebih-lebih lagi dengan mainan dan buku-buku syahmi yang bersepah.

Berpindah atau Tidak?

Image
Saya tengah dalam dilema sama ada ingin berpindah sepenuhnya atau tidak kepada blogspot. Sayang untuk meninggalkan blog lama saya yang menggunakan fotopages. Apa pun masa yang akan menentukannya...:). Mama sebenarnya sudah mengantuk..tapi menahan mata sebab menunggu orang..uhuh. Sambil-sambil tu mama tengok-tengok kamera mama. Kejadian ni berlaku 24/6...selepas abah ambil Rakin dan Syahmi dari nursery..kedengaran abah ulang-ulang...'mama marahlah kali ni..kenapa adik macam ni'. Ingatkan apa la...nak tergelak pun ada tengok Rakin...hehe. Macam tepung gomok pun ada anak mama ni..hehe. Mama pun belum pernah lagi pakaikan Rakin bedak. Lupa nak pesan dengan cikgu barunya,jangan pakaikan bedak utk rakin, sebab lendir hidungnya masih belum kering lagi. Rabu lepas mama ambil cuti untuk membeli belah. Mama paksa abah yang kebetulan mc hari tu teman mama ke jusco. Mama suruh abah tidur kat surau jusco tu kalau tidak larat. Hari tu mama belikan syahmi puzzle yang mama cari-cari selama ni....

Masa Yang Paling Sesuai Untuk Menyusukan Bayi

Petikan dari Mesra.net Info Keibubapaan dan penjagaan anak. Anda boleh mula menyusukan bayi anda sebaik sahaja bersalin atau dalam masa 1 jam selepas bersalin. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu. Lagipun pada masa ini, bayi anda paling peka pada alam sekelilingnya. Dalam masa 3 hari pertama selepas bersalin, anda akan menghasilkan susu yang pekat berwarna kekuningan limau (iaitu kolosturm). Jangan bimbang Kollostrum cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan bayi buat beberapa hari pertama. Ia kaya dengan zat dan antibodi dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan kuman. Jelaslah ia amat penting untuk bayi. Sepanjang tempoh ini, susui bayi anda mengikut kehendaknya. Buah dada anda mungkin terasa kosong pada permulaannya. Jangan risau. Bekalan anda cukup untuk memenuhi keperluan bayi. Lazimnya susu anda akan mula keluar pada hari ketiga dan keempat. Bayi anda juga semakin besar dan anda akan kenal tangisanya tatkala ia lapar. Susui bayi anda selama mana yang di...

Foot Detox & HiGoat

Image
Assalamualaikum wbt. Untuk dapatkan pelekat kaki nyah toksin (foot detox) dan HiGoat (susu kambing), boleh mengunjungi kedai atas talian kami. InsyaAllah kami tawarkan dengan harga yang berpatutan. Boleh beli secara pukal foot detox 500 keping ke atas!!!. http://whenmayendshop.blogspot.com/

Rakin Sudah Pandai Mengiringkan Badan

Image
Yeay. Rakin mama telah pandai mengiringkan badan. Hari ini umur Rakin 101 hari.

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun)

Image
Sejak akhir-akhir saya kurang menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak sulung saya di rumah. Mungkin disebabkan kepenatan, kesibukan suami dan kekangan masa yang saya hadapi seminggu dua ini. InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki cara saya terutamanya dalam segi menguruskan masa bersama anak-anak. Ingin saya berkongsi cara-cara mendidik anak-anak yang berumur 2 hingga 3 tahun di rumah. Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana. A. PERKEMBANGAN FIZIKAL 1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa. 2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam...

Selamatkah Botol Susu Anak?

Petikan daripada Pa&Ma, Februari 2004 Penggunaan botol susu lazim bagi kanak-kanak. Kepada yang menghisap susu ibunya, botol susu dianggap penting. Kebanyakan ibu bapa pasti akan membeli botol susu untuk penggunaan anaknya sehari-hari. Namun, selamatkah botol susu atau bekas makanan yang anda gunakan untuk keperluan anak anda itu? 1. Adakah botol susu selamat dipakai dan diperbuat daripada apa? Kebanyakan botol susu untuk kegunaan bayi diperbuat daripada dua komponen berbeza iaitu polyethylene yang lebih dikenali dengan plastik EVA dan satu lagi ialah polycarbonate. Ia merupakan komponen dalam penggunaan botol susu yang dibenarkan pada peringkat antarabangsa dan selamat dipakai. Cuma, apabila susu (sama ada susu badan atau formula dalam botol terbabit) direbus pada kepanasan 100ยบ c selama 20 hingga 30 minit, ia sejenis bahan kimia yang dipanggil bisphenol A akan larut bersama susu di dalam botol terbabit. Konfliknya, apakah ibu bapa lazimnya merebus susu sebelum memberi anak merek...