Posts

Cara Membuat Stok Makanan Bayi

Image
Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com 1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula. 2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini.. 3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. 4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam. 5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris. 6) Kemudian rebus lobak merah dal...

Amalan Sunat Sebelum dan Selepas Bersalin

Semasa mengandung merupakan masa yang banyak mengalami perubahan emosi dan fizikal. Di samping itu mengandung juga merupakan suatu harapan dan cita-cita sebuah perkahwinan. Oleh itu banyak amalan-amalan yang sunat dilakukan semasa mengandung agar zuriat yang bakal lahir itu nanti menjadi generasi yang cemerlang, baik di dunia dan di akhirat. Dalam mencapai matlamat tersebut, anak itu mestilah ditarbiyah sejak dia masih janin lagi atau semasa di dalam kandungan. Tingkah laku ibu bapa yang baik semasa ibu itu sedang hamil merupakan satu pendidikan awal. Di antara amalan-amalan yang sunat dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah...

Diabetes Melitus Semasa Hamil

Apakah Diabetes Melitus? Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus. Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan? Diabetes Mellitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita. Apakah bezanya antara diabetes...

Penambahan Berat Badan Semasa Hamil

Image
Pertambahan berat badan merupakan satu perkara yang merisaukan wanita yang mengandung. Masa mengandung bukanlah masa untuk anda menguruskan berat badan anda, kecuali anda mendapat nasihat doktor puan untuk berbuat demikian. Sekiranya anda termasuk di dalam golongan orang yang gemuk, cuba kurangkan berat badan anda kepada yang ideal sebelum anda mula merancang untuk mengandung. Pertambahan berat badan yang sesuai - tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi - adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin / bayi. Pertambahan berat badan yang tinggi sebagai contoh akan menyebabkan anda lebih cenderung untuk mendapat kencing manis dan eclampsia. Persoalannya, berapakah pertambahan berat badan yang ideal? Sebenarnya ia bergantung kepada berat anda sebelum mengandung. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa pertambahan berat badan di antara 10kg sehingga 15kg adalah perkara yang normal. Untuk membantu anda mengawasi berat badan anda, cuba awasi pengambilan kalori supay...

Doa Amalan Ketika Mengandung

Image
Doa amalan selepas Solat Lima Waktu: Doa ketika terasa sakit hendak bersalin dan juga boleh diamalkan ketika kandungan berusia 8 bulan keatas:

Tekanan Darah Rendah / Hipotensis

Pagi tadi saya ke klinik kerana sejak dari semalam saya mengalami pening kepala dan kebelakangan ini saya mengalami cirit birit, najis berwarna hijau dan sakit dada. Doktor mengatakan saya mengalami tekanan darah rendah. Berdasarkan pengalaman, semasa hamil saya tidak pernah mengalami masalah tekanan darah. Alhamdulillah kandungan saya sekarang sudah cukup 24 minggu..terasa sekejap sahaja masa berlalu..perasaan takut bersalin makin lama makin menebal terbuku di dada...takut!!..hehe. Disebabkan hipotensis, saya ditahan sekejap di klinik untuk dimasukkan air satu botol. Walaupun hari ini saya tidak sihat, tetapi saya perlu kuatkan semangat...semangat untuk balik kampung! Esok kami sekeluarga akan bertolak ke kampung halaman..cuti untuk satu minggu lebih. Tak sabar rasanya bercuti, menyambut aidiladha dan berkongsi kegembiraan dengan adik yang baru melangsungkan perkahwinan. Dibawah ini adalah sedikit info mengenai tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah (Hipotensi) Lebih Susah Diubat...

Tuna - Sukar Hamil, Hamil dan Menyusu Badan

Sedapkan sandwich tuna, lagi pula mudah dibuat. Namun... sedarkah anda, ikan tuna antara ikan yang mengandungi banyak raksa. Logam berat ini bukan sahaja mempengaruhi kesuburan, malah ia berbahaya untuk bayi dalam kandungan, dan juga bayi yang menyusu badan.... Bahaya ketidaksuburan di kalangan wanita juga dikaitkan dengan pencemaran ke atas logam berat seperti plumbum, raksa dan kadmium. Mengikut jurnal ‘Pediatrics’ 1997, ibu-ibu mengandung yang mempunyai paras plumbum yang tinggi dalam tulangnya berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang kecil atau mempunyai berat badan yang ringan. Bayi kecil ini biasanya dikaitkan dengan kematian, taraf kesihatan yang rendah, pertumbuhan yang tidak sempurna dan mempunyai IQ yang rendah. Plumbum juga boleh memasuki badan bayi melalui penyusuan susu badan. Kajian ke atas pekerja lelaki yang terdedah secara sederhana kepada plumbum menunjukkan paras plumbum dalam darahnya di antara 50–350 ug/L. Paras ini adalah lebih rendah dari paras merbahaya yang d...