Kawan-kawan

Loading...

Cara Membuat Stok Makanan Bayi

Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com

1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula.

2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini..

3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu.

4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam.

5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris.

6) Kemudian rebus lobak merah dalam kuantiti air yang sedikit sahaja, ini adalah untuk mengekalkan khasiat dan nutrisi lobak merah tadi. Kalau air banyak, nanti khasiat hilang. Tujuan rebus adalah untuk MELEMBUTKAN sahaja. Rebus dalam masa 10 minit sahaja.

7) Selepas proses melembutkan lobak merah tadi, masukkan dalam blender and tuangkan sedikit air rebusan tadi untuk proses blender. Blend lobak merah tadi sampai betul-betul hancur dan jadi puree.

8) Bila dah siap di"puree"kan, saya masukkan lobak merah tadi ke dalam ice-tray. Masukkan gune sudu secara perlahan-lahan. Pastikan beli ice-tray yang bertutup supaya bila di masukkan dalam peti ais makanan tersebut bersih dan selamat dari contamination. Bubur juga boleh disimpan dengan cara ini. Cukup untuk 8 kali hidangan. Satu kiub untuk satu hidangan.


9) Untuk penyediaan kepada bayi, bolehlah keluarkan puree dan bubur dari peti ais dan panaskan. Sejukkan. Siap.

Selamat mencuba!!.

5 comments:

  1. senang cara penyediaannya..dak sabar nk masak utkk bb..kena tunggu lg 3 bulan nih..

    ReplyDelete
  2. salam nak tanya, ice tray tu beli katne yer...

    ReplyDelete
  3. salam...TQ so much for da info..tp nk tnye la kt mne beli tray yg comey tu yer...?BPA free kn..

    ReplyDelete
  4. nape ble saya bekukan pure tu, then ble di nyah bekukan makanan rasa macam hampas? air dan isi macam terpisah dan boleh diperah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la saya pun cam tu jugak jadi berhampas..huhu

      Delete

Related Posts with Thumbnails