Posts

Showing posts from January, 2011

Hukum Ibu Susuan

Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober. Soalan: 1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi. 2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)? 3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan? Jawapan: 1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut. 2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain. 3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung...

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya. Apabila Bayi Mengalami Kolik * Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan. * Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut. * Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat. * Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI. Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI? Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol....

Masalah biasa dikalangan bayi (Menangis)

Ibu bapa menghadapi pelbagai masalah walaupun dengan bayi yang baru lahir. Antara masalah yang biasa berlaku ialah menangis. MENANGIS Semua bayi menangis kerana menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi. Jika ibu bapa memahami “bahasa bayi” ini, maka mereka dapat menangani anak-anak mereka dengan lebih baik. Tangisan bayi mempunyai corak yang berlainan mengikut sebabnya. Antara sebab bayi menangis; Sakit Bayi menjerit dengan nyaring kemudian senyap sebentar, lalu menjerit-jerit lagi dengan nyaring. Contohnya apabila bayi dicucuk dengan pin penyemat atau kepalanya terhantuk atau diberikan suntikan. Lapar Sedu-sedan yang singkat, berentak dan tidak sabar. Tangisan jenis ini berhenti sebaik sahaja bayi diberikan susu. Mengantuk Merengek sambil menggosokkan mata atau pipi. Berasa tidak selesa Rengekan yang berterusan. Bayi mungkin sakit mengalami kolik atau berasa panas. Bosan Mula-mula menangis secara merungut, kemudian meratap. Bayi berhenti menangis apabila diberi perhatian, ma...

Cara Meningkatkan Susu Ibu

Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama. Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti. Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik. Ikuti tips ini: 1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. 2. Anda kena pastikan taska/tadika ada le...

Surat Kepada Pemilik Pusat Asuhan Anakku Rakin

Image
Sakit hati bila memikirkan perkara itu. Untuk peringatan bersama ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua. Ceritanya begini, mulai tahun baru yang seminggu lepas, saya menukarkan anak saya ke pusat asuhan yang lain berikutan kesihatan anak saya selalu terganggu (selesema dan batuk) yang berpanjangan. Apa yang saya kesalkan pemilik pusat asuhan lama anak saya yang saya rasa sedikit kurang ajar. Malas saya hendak memberi penerangan yang panjang lebar, tapi bolehlah kawan-kawan membaca surat saya kepada pemilik pusat asuhan tersebut yang saya karang ketika hati saya membuak-buak dalam kemarahan :). 'Assalamulaikum Puan, Ada beberapa perkara yang saya rasa tersangat tidak berpuas hati dengan pengurusan puan. 1. Minta puan bayangkan sekiranya puan meminjamkan barang milik puan dengan keadaan elok dan bersih, tetapi dipulangkan dengan keadaan yang sangat teruk dan peminjam itu bukan sahaja tidak memberi alasan yang munasabah malah tidak meminta maaf. Dari situ ibubapa pun boleh te...