Posts

Showing posts from 2011

Petua Banyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ib...u merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah : 1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil. 2. Susukan bayi pada ke...

Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka

Image
Bermulanya puasa, saya mengalami dehidrasi sehingga menyebabkan saya kepeningan, rasa loya dan muntah-muntah selama beberapa hari. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkenaan puasa di bulan ramadhan kepada ibu menyusu dan wanita hamil, boleh merujuk di Puasa Ibu Menyusu dan juga boleh merujuk di Info Ibu Menyusu, Wanita Hamil dan Orang Tua di Beri Kemudahan Berbuka .

Sentiasa Mengambil Langkah Berjaga-Jaga - Penyimpanan EBM

Image
Assalamualaikum. Pernah terjadi kepada diri sendiri, peristiwa EBM cair atau rosak akibat daripada sikap cuai saya tidak menutup rapat pintu freezer . Dan, ambil ikhtibar dari kejadian rakan pejabat yang pulang ke kampung selama seminggu. Tetapi, plug deep freezer tertolak keluar dari soket suis ketika blackout . Dan, menyebabkan beratus-ratus Oz EBM cair atau rosak. Apa jua keadaan, menyebabkan saya lebih berhati-hati ketika menutup pintu freezer . Saya akan selalu menjeling ke arah peti ais dan freezer untuk elakkan segala kemungkinan yang boleh berlaku. Kalau bukan kita, mungkin kecuaian daripada suami atau anak-anak. Ketika pulang ke kampung atau keluar dari kawasan dalam tempoh yang lama juga, suami saya bertanggunjawab membuat pesanan ringkas kepada jiran. Sekiranya berlaku 'blackout', minta jiran on kan punca elektrik. Dan kalau tak keberatan, minta jiran meninjau keadaan peti ais kita dalam keadaan on selepas berlakunya blackout . Untuk memudahkan kerja jiran, pasang...

Susu Formula Diperkaya dengan Badam + Kurma + Kismis & mengandungi Terapi Bacaan 30 Juzuk Al-Quran

Image
Agak menarik. Anak saya yang baru mencecah 4 tahun tidak suka makan badam, kurma dan kismis. Kagum dengan orang-orang yang ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang baru dan unik. Mari kita baca apa khasiat yang ada pada badam, kurma dan kismis. Khasiat Badam Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Lagi di sini . Khasiat Kurma Penemuan kajian sains tentang kha...

4 Kunci Supaya Pasangan Yg Telah Berumah Tangga Akan Tetap Bahagia Sehingga ke Hujung Nyawa

Komunikasi yang baik Komunikasi yang baik adalah kunci utama dari segalanya, kerana dengan adanya komunikasi yang baik akan mempermudah pasangan untuk mengeluarkan apa yang dirasa dalam hatinya, apabila yang satu mengeluarkan pendapat apa yang dirasa dan yang satunya lagi harus siap menjadi pendengar setia . Begitu Juga sebaliknya. Menerima kekurangan dan kelebihan Kunci yang kedua adalah harus ikhlas menerima kekurangan dan kelebihan diantara keduanya, kerana kekurangan dan kelebihan itu akan selalu berjalan seiring dan tak kan terpisah selamanya kerana tidak ada mahkluk yang ada di dunia ini yang sempurna seutuhnya. Dan itulah hakikat sebuah pernikahan biar bisa saling menutup kekurangan dengan kelebihan antara kedua pasangan . Memaafkan Kunci yang ketiga adalah memaafkan kerana manusia itu tidak akan lepas dari sebuah kesalahan, maaf dan memaafkan adalah awal dari terbentuknya sebuah kesatuan dan persatuan dari kedua belah pasangan. Mementingkan pernikahan di atas segalanya Artinya ...

Bebas BPA

Ketahui apa itu apa itu Bisfenol A (BPA), bahayanya terhadap keluarga anda (bayi terutamanya) dan cara mengelakkan atau mengurangkan pendedahan terhadap BPA. Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin. Kesan Terhadap Kesihatan BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pe...

Susu Ibu Tidak Mencukupi?

Pasti ibu-ibu sangat khuatir sama ada susu yang dihasilkan memenuhi keperluan bayi atau tidak. Sebenarnya penghasilkan susu bergantung kepada kekerapan bayi menyusu dan minda ibu ketika bayi sedang menyusu. Berikut adalah petikan yang saya ambil dari http://susu-terbaik.blogspot.com. Menurutnya, apabila bayi menghisap payudara, hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan. Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu. Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi? Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti ke...

Pemilihan Pam / 'Breast Pump'

Pam susu? Perlu ke pam susu? Kalau tak ada pam susu tak keluar ke? Sebenarnya kepentingan mengepam susu lebih kepada ibu-ibu yang bekerja. Pam susu adalah keperluan, tapi keperluan itu bergantung kepada ibu. Kalau ibu-ibu pandai pam dengan tangan, tak perlulah membeli alat pengepam. Kalau tak mampu beli yang elektrik atau menggunakan bateri, pakailah pengepam manual. Apa yang saya lihat, tidak semua ibu-ibu menggunakan ‘breast pump’ walaupun kegunaannya boleh memudahkan mereka untuk mengepam dengan lebih berkesan. Bagi saya pilihlah ‘breast pump’ mengikut keperluan dan kemampuan. Petikan dari http://viaemma.blogspot.com/ Berikut adalah beberapa tips sebelum membuat pemilihan membeli pam: • Mudah digunakan . Jika anda kerap mengepam, pastikan pam tersebut boleh digunakan setiap hari dengan efisyen. Pilihlah pam yang senang dibawa bersama dan mudah dibersihkan. • Berat dan saiznya . Adakah di office mudah mendapatkan tenaga elektrik bagi membolehkan pam tersebut beroperasi? Bolehkah ...

Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri

Image
Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz. Tafsirnya: “Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak. Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; ...

Kenapa Perlu Buat Stok Susu Beku yang Banyak?

Image
Kenapa perlu buat stok susu yang banyak? Jawapan ia senang sahaja, ia ibarat pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan'. Kita tidak tahu apa yang mungkin terjadi pada masa yang mendatang. Sementara rezeki susu masih banyak, tak salah kita sedaya upaya manfaatkan rezeki dan masa yang ada. Kenapa saya membuat stok beku yang banyak? Antara sebab perlunya simpan stok susu adalah : 1. Target saya menyusukan Rakin sehingga umurnya 2 tahun. Saya tidak tahu adakah hari esok susu saya masih banyak seperti hari ini. Untuk itu, saya memang perlukan stok yang banyak supaya anak saya terjamin boleh dapat khasiat susu ibu 100%. InsyAllah. 2. Melalui pengalaman kawan-kawan, susu ibu ada pasang surutnya. 3. Anak saya juga ada masanya minum susu lebih banyak dari hasil pengepaman saya sehari. Oleh itu, saya perlukan stok susu beku untuk cukupkan permintaan dari anak. 4. Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, kerja luar atau pergi kursus ditempat jauh daripada anak, maka suami boleh sediakan susu ke...

Hukum Ibu Susuan

Sumber: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober. Soalan: 1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi. 2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)? 3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan? Jawapan: 1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut. 2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain. 3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung...

Apa itu Kolik? Dan Apa Penyebabnya?

Kolik berasal dari kata dalam bahasa Yunani, kolikos, yang bermaksud usus. Kolik berhubungan dengan ketidakmampuan sistem pencernaan bayi untuk mencerna makanannya. Apabila Bayi Mengalami Kolik * Tangisan yang lebih keras daripada kebiasaanya dan berpanjangan. * Ketika menangis, dia kelihatan seperti membongkokkan badannya; menggenggam tangannya, dan menarik kedua kakinya ke perut. * Mukanya merah ketika dia menangis atau menggeliat. * Selalu ingin minum. Seperti tidak kenyang, padahal baru sahaja memberi ASI. Adakah bayi yang diberikan susu formula lebih mudah mengalami kolik dibanding ASI? Tidak selalu. Memang ada kemungkinan usus bayi menjadi peka terhadap susu formula , tapi bayi yang diberi ASI pun boleh terkena kolik. Pada bayi yang diberi ASI, kolik boleh terjadi kerana makanan yang diambil ibunya. Ibu yang menyusui sangat tidak digalakkan meminum susu lembu, atau makanan-makanan seperti kubis, brokoli, makanan pedas, coklat dan juga minuman yang mengandung caffeine dan alkohol....

Masalah biasa dikalangan bayi (Menangis)

Ibu bapa menghadapi pelbagai masalah walaupun dengan bayi yang baru lahir. Antara masalah yang biasa berlaku ialah menangis. MENANGIS Semua bayi menangis kerana menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi. Jika ibu bapa memahami “bahasa bayi” ini, maka mereka dapat menangani anak-anak mereka dengan lebih baik. Tangisan bayi mempunyai corak yang berlainan mengikut sebabnya. Antara sebab bayi menangis; Sakit Bayi menjerit dengan nyaring kemudian senyap sebentar, lalu menjerit-jerit lagi dengan nyaring. Contohnya apabila bayi dicucuk dengan pin penyemat atau kepalanya terhantuk atau diberikan suntikan. Lapar Sedu-sedan yang singkat, berentak dan tidak sabar. Tangisan jenis ini berhenti sebaik sahaja bayi diberikan susu. Mengantuk Merengek sambil menggosokkan mata atau pipi. Berasa tidak selesa Rengekan yang berterusan. Bayi mungkin sakit mengalami kolik atau berasa panas. Bosan Mula-mula menangis secara merungut, kemudian meratap. Bayi berhenti menangis apabila diberi perhatian, ma...

Cara Meningkatkan Susu Ibu

Cara Memilih Taska Yang terbaik

Ingin saya memilih taska yang bagus untuk anak-anak saya, kerana bagi saya taska adalah rumah kedua bagi mereka. Namun ia bukanlah kerja senang, mungkin faktor jarak, masa dan kewangan yang menjadi permasalahan utama. Dipetik dari http://ummiasyiq.wordpress.com Agak memeningkan bila nak pilih sekolah yang terbaik untuk anak. Bila kata yang terbaik, pasti dalam kepala kata ‘mahal’. Adalah amat penting untuk kita sebagai ibu, mengetahui sekolah yang bagaimana yang terbaik untuk anak kita. Yang mahal itu tidak semestinya yang terbaik dan yang murah tak semestinya tiada kualiti. Jika kita tahu tips untuk memilih taska/tadika untuk anak, tentu wang bukan menjadi masalah. Iringkan dengan doa moga Allah murahkan rezeki untuk kita menghantar anak kita ke sekolah yang terbaik. Ikuti tips ini: 1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut. 2. Anda kena pastikan taska/tadika ada le...

Surat Kepada Pemilik Pusat Asuhan Anakku Rakin

Image
Sakit hati bila memikirkan perkara itu. Untuk peringatan bersama ingin saya kongsikan dengan para pembaca semua. Ceritanya begini, mulai tahun baru yang seminggu lepas, saya menukarkan anak saya ke pusat asuhan yang lain berikutan kesihatan anak saya selalu terganggu (selesema dan batuk) yang berpanjangan. Apa yang saya kesalkan pemilik pusat asuhan lama anak saya yang saya rasa sedikit kurang ajar. Malas saya hendak memberi penerangan yang panjang lebar, tapi bolehlah kawan-kawan membaca surat saya kepada pemilik pusat asuhan tersebut yang saya karang ketika hati saya membuak-buak dalam kemarahan :). 'Assalamulaikum Puan, Ada beberapa perkara yang saya rasa tersangat tidak berpuas hati dengan pengurusan puan. 1. Minta puan bayangkan sekiranya puan meminjamkan barang milik puan dengan keadaan elok dan bersih, tetapi dipulangkan dengan keadaan yang sangat teruk dan peminjam itu bukan sahaja tidak memberi alasan yang munasabah malah tidak meminta maaf. Dari situ ibubapa pun boleh te...