Cara Membuat Stok Makanan Bayi
Petikan dan gambar dari http://harlindahalim.blogspot.com 1) Basuh beras 3 senduk bersih-bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas dah basuh beras tu, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula. 2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnye akan jadi begini.. 3) Bile sudah selesai, masukkan dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. 4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bile air dah mendidih, amik 3 sudu besar beras hancur tadi dan masukkan dalam air mendidih tadi. Masak dalam setengah jam. 5) Untuk sayuran, boleh pilih mana-mana jenis buah. Contoh kali ini adalah lobak merah. Basuh lobak merah bersih-bersih, kupas kulitnye and hiris. 6) Kemudian rebus lobak merah dal...