Posts

Tanda -tanda Bayi Tumbuh Gigi

Image
Gigi bayi biasanya tumbuh pada usia 6 bulan, namun ada juga yang sudah tumbuh semasa berumur 3 bulan.Gigi anak-anak biasanya lengkap pada usia 3–5 tahun. Gigi susu tersebut, akan tanggal satu demi satu, dan akan diganti dengan gigi tetap. Jumlahnya sekitar 20 buah iaitu sepuluh di atas dan sepuluh lagi di bawah. Berikut adalah tanda –tanda bayi tumbuh gigi • Tidurnya tidak nyenyak. • Banyak berliur. • Pipinya merah. • Suhu tubuhnya sedikit naik (tapi tidak lebih dari 39 C, yang menimbulkan demam). • Gusinya membengkak dan merah. • Selalu ingin menggigit untuk mengurangkan rasa sakitnya. • Selera makannya rendah. Artikel dari Bondamama

Cuti Bersalin 90 hari

Pembentangan bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri telah melegakan ramai ibu-ibu. Tempoh 60 hari dikatakan terlalu singkat kepada ibu yang baru bersalin untuk menguruskan bayi dan kembali cergas bagi memulakan rutin di tempat kerja. Sedih apabila saya terlihat satu komen dari blogger yang mengatakan kalau cuti bersalin diberi 90 hari baik tak payah kerja. Walhal Malaysia adalah bukan negara yang pertama yang melanjutkan cuti bersalin kepada 90 hari. Melalui bacaan saya di internet, sebelum ini Malaysia adalah salah satu negara yang memberi tempoh cuti bersalin paling pendek. Lebih kurang 80% negara-negara di seluruh dunia telah mengamalkan cuti bersalin melebihi 12 minggu termasuk beberapa negara asia iaitu Singapura, India, Indonesia, Thailand dan Laos. Lain-lain negara seperti : Bulgaria - 45 hari cuti sakit bergaji penuh sebelum bersalin. 2 tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji. Majikan perlu memberikan kerja/jawatan yang sama setelah ibu tersebut kembali bekerja. W...

Imiginasi

Image
Saya selalu membayangkan seolah-olah saya adalah orang lain. Membayangkan sekiranya saya berada di negara yang menghadapi bencana alam, berada di kemelut peperangan dan membayangkan apa jua keadaan yang bertitian hidup dan mati. Semalam saya bersama-sama anak sulung saya melihat cerita ultraman cosmos di saluran ceria. Di situ saya lihat keadaan di mana raksasa sedang mengganas, kalau saya di tempat itu, apa tindakan saya? Adakah saya masih mampu memikirkan keselamatan orang yang sayang atau hanya berusaha menyelamatkan diri sendiri. Saya juga pernah membayangkan apabila saya masih hidup di hari tibanya kiamat, bagaimana? Anak-anak di mana? Mampukah saya melindungi mereka? Owh sedih dan takut bila memikirkan saat-saat itu. Sekarang pula, hampir setiap hari di dada akhbar memaparkan kejadian membuang dan membunuh bayi / anak. Bagaimana tergamak mereka diperlakukan begitu. Sedih dan geram berbaur dihati. Suka saya mengajak para pembaca tataplah wajah orang kesayangan kamu semasa mereka t...

Perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas?

Saya tercari-cari maklumat mengenai perlukah air masak untuk bayi 6 bulan ke atas? atau umur bayi yang sesuai diberikan air masak?. Namun tiada jawapan yang tepat mengenainya. Saya amat berbesar hati sekirannya ada rakan pembaca yang ingin kongsikan mengenainya. Namun artikel 'Makanan Pertama Bayi' yang saya dapat dari akhbar Berita Harian ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Elak beri sajian pejal sebelum usia lebih enam bulan. SEORANG rakan menceritakan gelagat bayi lelakinya berusia lima bulan yang sering menangis seolah-olah kelaparan. Namun katanya, dia teringat pesan ibunya yang menegahnya menyuap makanan sebarangan kecuali bubur nasi bercampur kentang, itu pun bubur dikisar dan direneh sehingga benar-benar halus selepas bayinya mencapai usia enam bulan. Tidak bertanya lanjut, rakan penulis hanya berdiam diri tapi sesekali dia memberikan bayinya nestum di luar pengetahuan ibunya. Selepas beberapa ketika, dia mendapat maklumat daripada portal keibubapaan yang membe...

Apabila Anak Batuk Berkahak dan Selesema

Image
Minggu lalu saya menyerahkan anak kedua saya Rakin Syahid kepada doktor pakar kanak-kanak di Pusat Rawan Azzaharah Bangi berikutan batuk dan selesema yang tak pulih-pulih. Rakin ditahan wad selama 3 hari 2 malam, sehingga kahak dan selesemanya benar-benar pulih. Di wad, Rakin diberi 'nebulizer', jalani fisioterapi, ubatan serta sedut kahak dan hingus. Alhamdullah selepas 4 hari Rakin pulih. Dari situ, saya dapat mempelajari teknik fisioterapi pada bayi, iaitu teknik tepuk yang betul pada bayi yang mana ia boleh membantu melegakan kahak dan selesema pada bayi. Dipetik dari http://pmr.penerangan.gov.my/, artikel menerangkan mengenai batuk berkahak pada bayi dan suka saya kongsikan dengan pembaca blog saya mengenainya. BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca ...

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Sekarang ini saya sedang pulih dari mengalami keguguran rambut yang agak teruk sebelum ini. Rakin sekarang sudah 5 bulan dan saya rasa masalah keguguran rambut saya sudah berkurangan. Merata-rata tempat ada sahaja rambut saya..di lantai, bantal, atas katil, di sikat dan paling ketara sekali dalam bilik air (bila dikumpulkan boleh dikatakan sebesar penumbuk tangan :)). Masalah ini menyebabkan rambut saya hampir botak :). Bertanyakan tuan 'google', dan saya dapat beberapa maklumat mengenainya. Apa yang anda perlu ketahui: * Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. * Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. * Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. * Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih ...

Penyusuan di Bulan Puasa

Sebelum menjelangnya Ramadhan, pelbagai persoalan menerjah ke pemikiran saya. Yang paling utama adalah 'cukupkah susu ku nanti?'. Gelabah melihat stok yang tidak seberapa banyak...'cukupkah?'. Namun saya cuba menenangkan diri dan mencari petua-petua yang berguna untuk menghadapi bulan Ramadhan. Bolehkah ibu yang berpuasa memberi susu secukupnya kepada anak? Pasti boleh! Yang paling penting bagi saya, saya mesti yakin dan set ke dalam fikiran saya...susu saya cukup malah akan lebih. Sambil-sambil sentiasa berdoa dan berzikir..'Ya Matin', 'Matin' adalah nama Allah yang bererti 'Yang Teguh'. Sepanjang puasa ini, saya telah mengamalkan makan sekerap yang boleh pada waktu malam. Kerana waktu malam sahaja peluang atau masa untuk kita minum dan makan. Makan makanan yang boleh menperbanyakkan pengeluaran susu juga perlu, seperti kurma, horlick, oat, susu, 'suplement', ikan, roti, keju, sayur hijau dan sebagainya. Suka saya kongsikan jadual pemaka...