Berpindah atau Tidak?

Saya tengah dalam dilema sama ada ingin berpindah sepenuhnya atau tidak kepada blogspot. Sayang untuk meninggalkan blog lama saya yang menggunakan fotopages. Apa pun masa yang akan menentukannya...:).

Mama sebenarnya sudah mengantuk..tapi menahan mata sebab menunggu orang..uhuh. Sambil-sambil tu mama tengok-tengok kamera mama. Kejadian ni berlaku 24/6...selepas abah ambil Rakin dan Syahmi dari nursery..kedengaran abah ulang-ulang...'mama marahlah kali ni..kenapa adik macam ni'. Ingatkan apa la...nak tergelak pun ada tengok Rakin...hehe. Macam tepung gomok pun ada anak mama ni..hehe. Mama pun belum pernah lagi pakaikan Rakin bedak. Lupa nak pesan dengan cikgu barunya,jangan pakaikan bedak utk rakin, sebab lendir hidungnya masih belum kering lagi.



Rabu lepas mama ambil cuti untuk membeli belah. Mama paksa abah yang kebetulan mc hari tu teman mama ke jusco. Mama suruh abah tidur kat surau jusco tu kalau tidak larat. Hari tu mama belikan syahmi puzzle yang mama cari-cari selama ni...suka sangat sebab jusco equine dah ada kedai buku Popular. Pada pendapat mama bahan bacaan kanak-kanak di Popular lagi menarik dari MPH.


Syahmi sekarang dah makin petah bercakap dan sudah pandai berfikir. Syahmi suka bertanya, kadang-kadang mama tak tahu nak jawab apa. Selera makan pun makin bertambah. Mana taknya tengah-tengah malam minta nasi dengan mama. Terpaksa mama pujuk syahmi makan makanan yang ada. Kasihan anak mama ni. Semalam syahmi buat mama tergaman dengan pertanyaannya..

Syahmi: Mama...mama baik kan? Abah tak baik kan?
Mama: erkk. Kenapa syahmi cakap macam tu.
Syahmi: Abah marah..syahmi nak roti.
Mama: Owh abah bukan nak marah syahmi. Tapi abah nak cepat ke ofis..syahmi pula minta macam-macam..kan abah dah bagi air dan bekal. Tak boleh lah syahmi nak pergi kedai setiap pagi. Kasihan abah. Nanti lambat pergi ofis.
Syahmi: ermm.(
hehe oklah tu jawapan mama)

Syahmi juga suka tanya...'Mama beli kat mana adik?' .

Comments

  1. Hah, aku pun sama, sayang nak tinggalkan friendster blog. Yang aku buat sekarang hanya pindahkan semua blog ke facebook. Aku pun banyak cerita nk share tapi masa limited. Biarlah masa menentukan, yg pasti blog mung tulis aku sokmo bc heheh

    ReplyDelete
  2. yanie..Kalo boleh aku nak tulis semua pasal budak2 kecik ni. Suka tgk syahmi bila dia tgk2 gmbr dia... Pahni harap2 diorg baca. Tq menjenguk blog aku..keke.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanda Tanda Lelaki Subur

UNTUK MENGELAKKAN JAUNDICE SEJAK DARI IBU MENGANDUNG

Semoga Kesabaran itu Sentiasa Bersamaku