Perkara yg perlu kita tahu untuk membanyakkan susu ibu
Petikan Blog mysuperkids.net Kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah: Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi. Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan. Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian. Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu: Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, a...