Posts

Showing posts from 2012

Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15) Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?" Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia." Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak. Kelalaian pertama : Kurang berdoa A. Kurang berdoa semasa mengandung. Doa-doa yang digalakkan...

Petua Mengatasi Anak Kencing Malam

Image
Mengikut kajian, anak perempuan tidak kencing malam sebelum berumur 6 tahun manakala bagi anak lelaki pula sebelum berumur 7 tahun. Walau bagaimana pun jika anak anda kencing malam selalu, amalkan petua dan panduan berikut: 1.Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila dia terasa nak buang air. Kalau dia takut bangun untuk pergi ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan anda. 2.Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur. 3.Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam 4.Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tetapi kalau anak anda tidak mahu bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa ke bilik air sebelum tilamnya dibasahkan. 5.Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padan...

Rambut Gugur dan Rapuh Selepas Bersalin

Masalah rambut gugur dan rapuh selepas bersalin adalah fenomena biasa. Ini kerana tubuh kekurangan zinc . Selain makan supplement zinc, kita juga perlu tahu makanan memberi kita banyak kandungan zinc. Mari kita lihat makanan yang tinggi kandungan Zinc. 10 Foods Highest in Zinc Zinc is an essential mineral required by the body for maintaining a sense of smell, keeping a healthy immune system, building proteins, triggering enzymes, and creating DNA. Zinc also helps the cells in your body communicate by functioning as a neurotransmitter. A deficiency in zinc can lead to stunted growth, diarrhea, impotence, hair loss, eye and skin lesions, impaired appetite, and depressed immunity. Conversely, consuming too much zinc can disrupt absorption of copper and iron, as well as create large amounts of toxic free radicals. If you have a zinc deficiency, than animal foods are better sources of zinc than plant foods. The current percent daily value (%DV) for Zinc is 15mg. Below is a list of the to...

Cara-cara Memindahkan Stok EBM / Susu

Image
Setelah habis tempoh berpantang, buat pertama kalinya saya perlu memikirkan bagaimanakah caranya saya nak pindahkan kesemua stok EBM saya dari Kelantan ke Serdang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam. Jadi, usah pening kepala :)...tanyakan sahaja dengan tuan google..pasti ada blogger yang bermurah hati kongsikan cara dan pengalaman masing-masing travel dengan EBM. Huh pengalaman saya kali ini mencabar kesabaran saya dan suami. Kami terpaksa melakukan proses packing ebm sebanyak 2 kali gara-gara kereta buat hal :). Mujurlah segalanya dapat diatasi dengan jayanya. Ok mari kita tunjukkan cara-cara packing EBM untuk pindahkan dari kampung ke rumah yang dirindui. Pertama sekali, kawan-kawan perlulah menyediakan barang-barang seperti gambar di bawah. Sediakan cooler box, ice cube, garam(untuk melambatkan proses kecairan ice cube) dan tuala kecil yang dilembapkan. Langkah-langkahnya, masukkan ice cube pada dasar cooler box. Taburkan garam. Kemudian susun ebm dan lapiskan...

Tips Menguruskan Pakaian Atau Baju-baju Di Rumah

Image
Sesiapa yang rajin melipat baju sila angkat tangan! :D. Ikhlas saya katakan saya memang malas melipat baju. Nak melipat baju kita memerlukan banyak masa. Dan, perlu ada mood juga kan? Nak tunggu mood datang tu entah berapa hari entah berapa minggu baru ia datang. Pernah suatu ketika dulu, saya memang sibuk dan penat, pakaian yang tidak dilipat menggunung macam bukit. Nak dijadikan lawak, suami saya hari-hari bersuara.. 'Bila awak nak lipat baju..' 'Pergila lipat baju', sampai sehari tu berkali-kali dia cakap. Hehe. Tangguh punya tangguh...setelah 3 minggu baru saya nak melipat. Tau tak kenapa suami saya beria-ia menyuruh saya melipat baju? Rupa-rupanya ada hadiah yang dia nak bagi diletakkan dalam timbunan baju-baju tu. Maknanya lebih seminngu saya kerugian... bersusah-susah menyapu rumah menggunakan penyapu. Bayangkan timbunan baju-baju boleh menimbus sebesar-besar kotak vacum. Yeahhh dapat hadiah vacuum :p. Ok sekarang saya ada tips untuk orang yang malas macam saya...

Jamu Susuk Dara

Image
Assalamulaikum. Alhamdulillah hari 62 hari umur anak perempuan saya, Rania Sakina Mohd Rostam. Ingatkan masa berpantang saya boleh meneruskan misi meng'update' blog-blog saya yang telah lama bersawang, rupanya menjaga anak seorang dan menjadi suri rumah tangga celup ini lebih sibuk dari bekerja di ofis. Berat badan saya juga telah kembali kepada berat asal saya. Cuma satu perkara yang belum kembali kepada normal, gatal-gatal pada badan. Gatal-gatal badan sejak kandungan saya berumur 6 bulan. Tak ada apa yang boleh saya buat kecuali mengurangkannya dengan memakai losyen dan minyak. Ubat klinik or hospital pun gagal membantu. Alhamdulillah ia semakin berkurangan. Sekarang apa yg sedang saya azamkan, berusaha keras memulihkan semula keadaan kulit yang berparut dan warna yang tak sekata...heheh. Pertama sekali, untuk hilang jerawat dan bekas jerawat di muka dan badan (alahan pregnant). Saya guna Sabun Susu Beras. Alhamdulillah kulit muka saya kembali asal kepada malah lebih ok da...

Tips berpuasa untuk anak-anak (bersama Wardina)

Image

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil

Amalan surah-surah yang boleh dibaca ketika hamil iaitu :- Surah Al-Fatihah - untuk terang hati dan kuat ingatan. Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat. Surah Luqman - untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa. Surah Yusuf - untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak. Surah Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati. Surah Yassin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat. Surah At-Taubah - untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat. Surah An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisplin.